11 Jan 2021

Pes Sambal Tumis Maggi Wajib Ada Di Rumah!

 Assalamualaikum Readers 💫


Pes Sambal Tumis Maggi Wajib Ada Di Rumah! | Bila share entri masakan, ramai komen kata rajin memasak. Dah kawen ni semua kena rajin kecuali kawen dengan VVVIP ada 10 bibik lain lah. Haha.. Ini antara produk yang mak suggest dan bekalkan lepas selesai nikah, siap dengan rempah ratus lain. Love u mom! 


Pes sambal tumis Maggi - RM 1.50

Siap sambal tumis udang, sempat snap ini saja sebab hubby lapar


Bahan-bahan perencah ni memang memudahkan kerja memasak. Dah tak payah nak gunting cili kering lepas tu rebus lepas tu blend pulak. Alahai.. Kami anak beranak dah lama tak beli cili kering. Buat panas jari dan tangan. Bila rebus siap bersin bagai, leceh 😒😒 


Antara bahan masakan WAJIB ada, serbuk kunyit tu beli paket kecil boleh pakai untuk goreng ayam

Perencah nasi goreng pun wajib ada. Weekend malas masak lauk boleh buat nasi goreng, tak kuasa nak beratur tapau makanan
Banyak betul mak beli, siap guna sebelum expired



Pes sambal tumis Maggi ni boleh masak bermacam jenis masakan. Kena pandai olah baru menjadi. Paling mudah masak sambal tumis udang. Siap dalam 15 minit. Lagi pun dalam pes dah siap bawang. Nina tak suka blend bawang siap-siap simpan dalam peti ais. Masakan tak fresh dan dalam masa 2 hari bawang dah basi. Euuww 😔 Lebih suka tumbuk bawang putih dan merah terus masak. Berselera laki bini makan.


Terpulang kepada selera masing-masing. Diri sendiri yang nak makan. Rasanya masak sendiri mesti nak sedap dari kedai (guna bahan murah). Asyik rasa ajinomoto lebih. Sekarang ni nak sihat dan bersih bermula dari rumah 😎


13 comments:

  1. Akak pun sama tak suka blend bawang siap2, masakan jadi tak berapa sedap dan tak fresh kan...ko walau renyah kena la rajinkan sikit diri kita kan...yang nak makan kita dan keluarga kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA : Betul kena rajin bab masak ni sebab sendiri nak makan

      Delete
  2. menarik juga warna sambal tumis dia....

    ReplyDelete
  3. tak pernah try lagi.. selalu beli cili boh puteri.. blande bawang merah bawang putih.. mixed kan.. simpan dalam fridge hehe

    ReplyDelete
  4. Pes bawang tu boleh basi ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaz : Boleh basi, nanti tukar warna dh bau lain

      Delete
  5. Pes adabi paling banyak kat rumah ni, sebab banyak pilihan pes nasi goreng nak masak. Hari2 lain pes, banyak rasa nasi goreng boleh masak..haha

    ReplyDelete
  6. Betul Nina. masak sendiri lagi terjamin sedap, bersih dan jimat. Saya pun guna pek sambal tumis ni. senang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Pes sambal tumis ni wajib ada dlm stok hehe

      Delete
  7. Betul itu mudah. Oh sudah ada bawang rupanya dalam pes.

    ReplyDelete
  8. x penah try lagi pes ni... terbeli yg lain adabi punya cili giling. pedas giler... pdn muka sy hahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com