17 November 2013

Pokok Belinjau Atau Buah Belinjau


Assalammualaikum.


Fakta Pokok Belinjau atau buah belinjau | Happy weekends! Harini tak keluar pon, stay rumah dan jadi tukang pengupas buah belinjau yang akan dijadikan gulai. Entah bila mak nak masak, cuma kupas dan simpan dalam fringe. Sapa tau Pokok Belinjau? Mai nak habaq buah zaman purba nie. Mesti ramai yang tak tau dan tak pernah makan dan buat muka berkedut bila dengar nama kan..kan. Ada juga orang panggil buah malinjau. Aku lebih suka makan gulai dari keropok. My mum suka sangat keropok belinjau sampaikan nak order kat si Mel. Officemate nak balik Medan next month. Ngeh..ngeh  






Buah Belinjau



Sejenis tumbuhan yang berasal dari kawasan Asia Tenggara terutama di Indonesia, Malaysia dan Filipina. Digunakan untuk makanan ringan dan perubatan. Dikenali juga dengan nama Malinja & Melinjo. Bijinya diproses menjadi kerepek. Biji Belinjau kaya dengan antioksida, meningkatkan daya tahan tubuh dan mengandungi Vitamin A dan C. Protein didalam biji dapat mengurangkan Penuaan, Hipertensi, Kolesterol, Penyempitan Pembuluh Darah. 



Buah belinjau yang siap dikupas biji


Dah siap diproses! Tunggu nak masak je dan menjadi seperti ini

*
*
*
*

Encik Google



Start kenal buah nie bila kat belakang rumah tok ada pokoknya. Pokoknya hidup dah hampir 40 tahun sebelum ditebang oleh pemaju T___T Teringat lagi setiap kali nak petik buah nie mesti aku panjat pokoknya yang agak tinggi. Biasa tarzan&jane juara memanjat pokok disandang oleh aku. Haha.. Selalunya orang kampung kaitkan buah nie. Pucuk muda, bunga dan kulit biji belinjau boleh dimakan. Pucuknya sedap dimasak lemak. 






Kerepek Belinjau by Mr Google lagi





Buah muda berwarna hijau, dah masak berwarna merah. Buah tua selalunya dibuat keropok Belinjau. Sekarang senang nak dapat sebab banyak di import dari Indonesia. Kat Malaysia nak jumpa pokoknya dah susah. Keropok Belinjau memang sedap, rasanya lemak2 dan pahit sikit. Harga keropok belinjau agak mahal. Sekilo dalam RM 14. Yelah proses nak buat tu susah. Cara nak buat keropok belinjau dengan hanya menumbuk buah tua hingga leper dan jemur. Lebih sedap makan panas2 dengan nasi, orang berpantang pun elok makan.  





21 comments:

Aisy Nasiha said...

akak tak pernah tahu pasal buah ni.. boleh dibuat kerepok juga ye.. menarik...lain kali kalau jumpa, taklah jakun lagi

Nao Mei said...

buah nie....pahit-pahit rasa kan...hihihi...

Sobri Yaacob said...

salam..
pokok belinjau..
last mkan 5 tahun lpas..
lpas tu jarang dah nak jmpa org masak :(

Yumida Huda said...

x pnh tgk. 1st time tngk ni. sure sedap rasanya

reenapple said...

Aku rasa aku x pernah makan lagi makanan ni.. :3

Khir Khalid said...

Wah mcm best ni.. kerepek belinjau je yg sy slalu makan.. yg lain x pernah lagi.. :)

Aku Penghibur said...

ooo macam tu rupa pokok belinjau baru tahu

Cik Kay Jue said...

ckj pernah makan keropok dia je kalau tak silap.. hehe..

budi os 19 said...

Pohon ini serba bisa di pakai untuk di jadikan makan..seperti daunnya,kulit dan daging melinjonya sendiri ya mizz :)

Myra Jay said...

1st time tengok.. rasa macam tak pernah makan..heheee

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

akak rasa pernah makan kerepek dari buah ni.. beli masa akak belajar di terengganu dulu..

Raudzah Z said...

OOO macam ni rupanya..kita pernah makan keropok belinja..sedap..

Pha Is said...

1st time dengar pasal pokok ni..

Hafiza AizZawa said...

siapboleh buat kerepek.. br th bila bc pasal buah nie.. mmg tak pernah dgr..

aswadz said...

x pernah mkn keropok malinjau nih. kat mana nak cari ye?

hainom OKje said...

Okje makan keropok dia tu mmg best....pahit tapi sedap!

ikhwan yusuff said...

xpernah cuba lg..mcm best!!

Fiza Rahman said...

Baru tau pokok di mcm ni. Tau keropok dia jer.

Yun Sing said...

Tak pernah tawu ade pokok ni.. Sedap ke? Rindu nak panjat pokok :3

Norsuzaida ABDUL said...

Bila dpt makan belinjau rebus

Cik Ash said...

first time tengok buah ni... hihihihi

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com