27 Apr 2016

Hatyai Thailand 2016 : Day 1 - Ranu Kohyo, Nora Plaza Dan Lee Garden

Salam Readers..


TRIP HATYAI-SONGKHLA THAILAND 2016 : DAY 1 - KILANG GAJUS DI RANU KOHYO, NORA PLAZA & LEE GARDEN



Part paling disukai semua perempuan. Shopping jajan banyak-banyak macam kat Malaysia tak ada jual kecuali tom yam yang super sedap tu. Bf dari dalam bas merengek nak beli dompet kulit. Haa ku turutkan mengikut kehendakmu. Selesai di Magic Eye 3D Museum, terus tuju Kilang Gajus atau nama Ranu Kohyo yang terletak jalan sama dengan Nora Plaza. Turun bas ada orang ambil gambar, rupanya untuk dijual tapi tak beli pun.



KILANG GAJUS @ RANU KOHYO



Masuk kedai ada pelekat bernombor yang dilekatkan di baju masing-masing tapi aku pun tak tahu untuk apa. Tempat ni banyak jual pelbagai jenis kekacang, jeruk, maggi dan keropok. Tom Yam pes pun ada jual disini. Peminat ikan kering pun boleh borong kat sini. Segala jenis rumpai laut pun ada.


Kacang Big Can murah hanya 55 Bath (RM5.50)

Kacang tumbuk yang diangkut 3 hanya 100 bath (RM 10)

Sekotak 220 Bath. Mahal kalau beli di Sam's Groceria

Maggi Tom Yam ni memang sedap dari maggi sini. Betoi

Maggi kenyal dan tak berapa kembang walaupun dah direndam terlalu lama

Zaf jadi model kekacang? Hehe

Kacang Gajus 500g 200 Bath (RM 20)

Orang bujang shopping hehe



Kami berdua angkut makanan serba sederhana takut terlebih bajet. Hehe.. Wajib beli kacang gajus, memang sedap dimakan. Rasa beli sebungkus tak cukup makan sorang. Hasil tangkapan kami Kacang Big Can, Kacang Gajus, Maggi Tom Yam dan Kacang Tumbuk semua total 530 Bath (RM 53) murah ke tak?




 NORA PLAZA



Nora Plaza Hatyai


Terletak di Jalan Thammanoon Vithi dan tempat shopping yang agak popular di bandar Hatyai. Barang menarik di Nora Plaza adalah barangan kulit seperti beg tangan, dompet, kasut dan pelbagai barangan kulit lain. Ada juga barang kemas, jed, gelang, souvenir dan pakaian



Kulit buaya, kambing, ular pilih mana yang berkenan

Tak silap kulit kambing kot dalam 250 Bath (RM 25) selepas diskaun 20%

Balance nak shopping 3220 Bath lagi


Setiap pengunjung akan diberi kad diskaun sebanyak 20% untuk shopping. Aku tak beli apa pun sebab harganya agak mahal sikit kecuali dompet kulit yang berjaya menawan mata Nafis. Dapat juga dompet walaupun jenuh mencari yang berkenan di hati.



 LEE GARDEN



Destinasi kami sebelum ke Floating Market, singgah sat di kedai souvenir area Lee Garden. Tak sempat nak tengok nama kedai tu dan situasi kami yang tengah rushing shopping baju t-shirt dan fridge magnet. Kedai terletak di lot kedai berdekatan Lee Garden Mall. Kalau nak borong baju tuan kedai syorkan beli 12 helai baju FREE 1 ! Kualiti baju lagi ok dari floating market. Kainnya tebal dan tak berubah saiz selepas dibasuh.


Borong baju di Lee Garden kecuali baju kelabu tu di Dannok

Baju pink beli di Dannok nampak nipis sikit kainnya, jarang


Dalam sejam juga pilih baju-baju yang berkenan untuk diri sendiri dan officemate. Dah pilih untuk kengkawan Nafis, pilih untuk Nina pula. Rambang mata semua design nampak cantik. Nasib dah buat list nama nak belikan baju tu. Bf jelah degil tak mau beli, last-last sampai Dannok beli juga 2 3 helai untuk kawan sekerja. Baju di Dannok kualiti agak nipis, janji beli buat cukup syarat. 


FM Besar - 3 biji (100 Bath), FM kecik kulit siput tu - 10 biji (100 Bath)


Kami berdua angkut 9 helai baju bahagi 2 orang dan nak cukupkan 12 helai tu kongsi dengan Zaf. Hehe.. Dapat lah borong dengan diskaun. Total shopping termasuk fridge magnet dalam 1693 Bath (RM 169.30). Murah la juga. Tak sempat nak usha souvenir lain untuk kengkawan blog yang rajin singgah dan drop komen. Sorry ye, lain kali kalau p travel lagi Nina belikan.   


9 comments:

  1. rindu nak pi hatyai-songkla

    ReplyDelete
  2. Kacang gajus sedap masa duk kelantan pergi beli sokmo atas pasar situ khadijah tu

    ReplyDelete
  3. Kacang tumbuk mak mentua suka

    ReplyDelete
  4. betul lah org kata , hatyai ni syurga shopping ... geram lak saya tgk ...

    ReplyDelete
  5. I think the admin of this site is truly working hard
    in favor of his web site, for the reason that here every information is quality
    based stuff.

    ReplyDelete
  6. 1. Gajus murah di Kimyong Market (kena tawarmenawar) Ranu mahal skit.
    2. Dompet kulit murah di Asean Night Market beza byk jgk dgn Nora Plaza walaupun setelah diskaun 20%.
    3. Kacang dlm tin Koh Kae mmg murah kt Ranu factory tu.
    Sekian comparison yg tlh sy buat pd 11/10/2018

    ReplyDelete
  7. Jom ke HATYAI dari KL 6-9 DEC 2019 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance ✈ Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete
  8. Banyak tempat saya tak explore masa pergi Hatyai tahun lepas. Terima kasih atas info boleh saya masuk dalam list kalau pergi next trip :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com