15 February 2015

Resepi Ayam Madu Simple


Salam Readers..

Resepi Ayam Madu Simple | Bangun awal pagi di hari cuti memang agak buang tebiat. Anak dara malas tetapi demi terpandangkan May tersengih sambil aku masih lagi memeluk bantal, sasau jadinya. Dah berjanji nak jadi fairytales tunaikan permintaan dia tu.



Shopping ayam dan kudapan @ Econsave, Kamunting


Kami berdua ke pasar pagi Kamunting dan Econsave mencari bahan-bahan untuk masak Ayam Madu atau erti kata lain ayam dimadukan !! Yeayy seronok kan? Tuan badan yang mengidam tu nak makan puas-puas sebelum balik Aussie. Tak sampai hati kalau tak tunaikan. Nanti kempunan. Mula la terbayang kalau MAS jatuh mau tak menyesal aku T______T




Bahan-Bahan:

5 ketul bahagian ayam (main rembat)
1 sudu sos tiram Kimball
3 sudu makan madu
Minyak masak secukupnya
Serbuk kunyit untuk mengoreng
Garam secukup rasa
Cili boh
Daun sup


Bahan Kisar:

3 biji bawang besar
2 biji bawang putih


Bahan Tumis:

Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih (ikut suka)
2 biji bawang kecil


Cara-Caranya:

Ayam goreng sebelum dimadukan. Hahaha


  • Bersihkan ayam terlebih dahulu, buang lemak etc.
  • Lumur tepung gandum untuk menghilangkan hanyir
  • Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Toskan minyak
  • Tinggalkan minyak goreng ayam (1 senduk) untuk tumis bahan tumisan hingga wangi.



Sedang tumis.. Memang bau wangi
Mendidih hingga pecah minyak
Ayam sudah dimadukan.. alahai


  • Masukkan cili boh bersama bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak
  • Masukkan garam secukup rasa, 3 sudu madu (ikut citarasa), biarkan mendidih lagi
  • Masukkan ayam dan kacau rata
  • Bila kuah dah agak pekat, masukkan daun sup dan SIAP



Ayam masak madu
Makan bersama sayur campur


p/s: Gembiranya hati bila tengok May dan Ikmal makan dengan berselera siap tambah nasi. Hilang mengantuk bangun pagi :)


12 comments:

Mime MF said...

emmm sedapnya tgk ayam masak madu tu..hihi

Aisy Nasiha said...

Wah.. rajin tu nina..

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Tu dia chef dah beraksi kat dapur...
Simple xpe, yg penting sedap n kenyang. Erkkkk [sendawa].

Khai♥Rin : anies said...

Sy mai nnt buat tauuu ;)

QasehnyaRania said...

itulah kepuasan selepas menjamu tetamu dgn air tangan kita kan
sedapnya tfk ayam dimadukan tu...

Dunia Zumal said...

Menu yang menyelerakan ^^

Dunia Zumal said...

Menu yang menyelerakan ^^

Qaseh Vee said...

pandai nina masak . tak kempunan lah may kat aussie nanti ...

Farrah MF said...

Dap dap dapppp! Masakkan utk akak, Nina...dah terliur dah ni.

Jari Manis said...

bebaloi masak jika org mkn penuh menyelerakan

Puteri Wanita said...

nyum~ .. simple tapi sedap :)

Nurul Shahira said...

Pandai masak, ehem ^^

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com