15 Feb 2015

Resepi Ayam Madu

Salam Readers..


Resepi Ayam Madu | Bangun awal pagi di hari cuti memang agak buang tebiat. Anak dara malas tetapi demi terpandangkan May tersengih sambil aku masih lagi memeluk bantal, sasau jadinya. Dah berjanji nak jadi fairytales tunaikan permintaan dia tu.


Shopping ayam dan kudapan @ Econsave, Kamunting


Kami berdua ke pasar pagi Kamunting dan Econsave mencari bahan-bahan untuk masak Ayam Madu atau erti kata lain ayam dimadukan !! Yeayy seronok kan? Tuan badan yang mengidam tu nak makan puas-puas sebelum balik Aussie. Tak sampai hati kalau tak tunaikan. Nanti kempunan. Mula la terbayang kalau MAS jatuh mau tak menyesal aku T______T


Bahan-Bahan:

5 ketul bahagian ayam (main rembat)
1 sudu sos tiram Kimball
3 sudu makan madu
Minyak masak secukupnya
Serbuk kunyit untuk mengoreng
Garam secukup rasa
Cili boh
Daun sup


Bahan Kisar:

3 biji bawang besar
2 biji bawang putih


Bahan Tumis:

Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih (ikut suka)
2 biji bawang kecil


Cara-Caranya:

Ayam goreng sebelum dimadukan. Hahaha

  • Bersihkan ayam terlebih dahulu, buang lemak etc.
  • Lumur tepung gandum untuk menghilangkan hanyir
  • Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Toskan minyak
  • Tinggalkan minyak goreng ayam (1 senduk) untuk tumis bahan tumisan hingga wangi.


Sedang tumis.. Memang bau wangi

Mendidih hingga pecah minyak

Ayam sudah dimadukan.. alahai


  • Masukkan cili boh bersama bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak
  • Masukkan garam secukup rasa, 3 sudu madu (ikut citarasa), biarkan mendidih lagi
  • Masukkan ayam dan kacau rata
  • Bila kuah dah agak pekat, masukkan daun sup dan SIAP


Ayam masak madu

Makan bersama sayur campur


p/s: Gembiranya hati bila tengok May dan Ikmal makan dengan berselera siap tambah nasi. Hilang mengantuk bangun pagi :)


12 comments:

  1. emmm sedapnya tgk ayam masak madu tu..hihi

    ReplyDelete
  2. Tu dia chef dah beraksi kat dapur...
    Simple xpe, yg penting sedap n kenyang. Erkkkk [sendawa].

    ReplyDelete
  3. itulah kepuasan selepas menjamu tetamu dgn air tangan kita kan
    sedapnya tfk ayam dimadukan tu...

    ReplyDelete
  4. pandai nina masak . tak kempunan lah may kat aussie nanti ...

    ReplyDelete
  5. Dap dap dapppp! Masakkan utk akak, Nina...dah terliur dah ni.

    ReplyDelete
  6. bebaloi masak jika org mkn penuh menyelerakan

    ReplyDelete
  7. nyum~ .. simple tapi sedap :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com