Entry part 2 banyak gambar tuan blog. Harap tak juling mata tengok gambar-gambar yang buat readers jeles. Ini adalah tempat WAJIB untuk dikunjung kalau ke Penang. Meh nak sambung cerita dari 'Part 1' . Sesiapa yang berjiwa seni halus mesti suka tempat gini! MIPIM terbahagi kepada 5 bahagian. Kalau part 1 dah explain di bahagian The Great Wall of Penang dan Trick Art Gallery. Part 2 pula pasal Interactive Theater, Miniature Local Trade dan Miniature Weld Quay.
Interactive Theater
Interactive Theater ini bertempat di sebuah bilik kecil dan menyiarkan dokumentari mengenai sejarah Pulau Pinang dan terdapat gambar binatang untuk setiap tahun mengikut kalendar Cina. Masa ini la kena download apps "PlayMe" tu.
|
Gagah ambil gambar dengan orang lalu lalang
|
|
Hebat ketuk kerusi tapi kat screen keluar drum
|
|
Tahun Arnab
|
|
Penternak ayam yang berjaya !
|
|
Tahun Naga
|
|
2015 Tahun Kambing
|
|
Tahun Ular. Hampir nak kena ngap
|
|
Tahun Lembu |
Gambar menggunakan application 'PlayMe'
Selepas selesai bergambar dalam bilik canggih tu ala 3D tu boleh naik ke tangga yang atas. Lagi banyak gambar tapi sikit saja upload dalam blog.
Tarikan utama di Made In Penang Interactive 3D Museum.
|
Sila HASTAG nama saya. EH
|
|
Berganding dengan P.Ramlee
|
|
Suka tengok ikan kelisa berlawan
|
|
Hello Mr. Botak. Nice to meet you
|
|
Durian Balik Pulau tetap best |
Miniature Weld Quay
Pameran kesibukan Weld Quay dan persekitaran Pulau Pinang semasa zaman Bitish pada zaman dulu.
|
Hensem kekasih gelapku |
Miniature Local Trade
Pameran kehidupan masyarakat Pulau Pinang pada zaman dulu. Memang kreatif orang yang reka patung-patung ini. Nampak real. Ini area last sebelum keluar dari MIPIM.
|
Penjual nasi lemak
|
|
Apek yang banyak jual durian di Penang ni
|
|
Lemang 1 aney. Tak sabar nak puasa nak raya |
Apabila kaki masuk ke MIPIM sedikit sebanyak mengimbau sejarah dan gaya hidup masyarakat di Pulau Pinang dalam bentuk 3D. Memang best kalau datang beramai-ramai. Boleh selfie bermacam style !
MADE IN PENANG INTERACTIVE MUSEUM
No 3, Pengkalan Weld,
10300 Georgetown, Penang
Operation Hours :
9 am - 6 pm
Telephone No :
04 - 2626 119
Facebook Page :
Website :
|
Muka puas, suka, teruja, berpeluh |
Setelah penat berselfie selama berjam-jam dalam MIPIM ni akhirnya perut berkeroncong. Pelacong kata nak cari makan di sekitar kawasan Street Art. Apa lagi cari kedai sewa basikal dan kayuh sehingga area berdekatan dengan Fort Cornwallis. Nak masuk Subway sebab ada orang iras Chris Evans. Hensem tapi tak nak ganggu ketenteraman dia nak membaca so kami decided makan di Old Town White Coffee saja. Biasa la tempat faveret Pika. Ngeh.. Ngeh
|
Tak ada orang sangat
|
|
Jemput makan
|
|
Sukanya dapat basikal
|
|
Entah bila dapat lepak macam ni lagi |
bestnye...nnti nak pergi larr jugak...
ReplyDeleteTempat baru ke interactive museum ni?
ReplyDeletegambar2 menggunakan effect paly me tu mmg cute
ReplyDeletecantik la.. sesuai untuk yg suka selfie ni :)
ReplyDeleteAkak suka gak lawat tempat2 mcm ni.. lain kai kalau ke penang leh la akak try ke sini..
ReplyDeleteberposing sakan kan....hahhahahaha...kalau sy mesti kaku
ReplyDeletemmg tinginnnnn nk g tp dari sabtu hgga smlm sy spend ms kat SP je... x g penang pun ;-)
ReplyDeletebestnya... nak pegi gak... anyways jemput tandang
ReplyDeletesipanjangkata.blogspot.com
Tak pernah sampai penang lagi. Kesian kan.
ReplyDeletemenarik gak muzium ni.
ReplyDeleteSalam. Hee sungguh interaktif muzium.
ReplyDelete