10 February 2015

Berkelah Di Sungai @ Batu Kurau


Salam Readers..

Jom Berkelah di Sungai | I'm happy to see the Kurau Stone ! Thanks mak su bawa budak2 jakun ni. Weekends di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau. Boleh nampak excitednya, yang tak best budak sorang tu tak cakap pun nak mandi sungai T_____T


Rasa nak merajuk dengan prefect form 2 ni. Akak nak merajuk juga sebab melepas nak mandi sungai sebab tak bawa baju. Rasanya dah 5 tahun tak mandi sejak tinggalkan Batu Hampar, Yan. Lama noks.. mana nak cari air terjun dalam Penang cheq oii.



Papan tanda ke Pantai Besar


Ini adalah kampung pak su. Kebanyakkan penduduk kampung ada tanah sendiri dan kebun yang luas. Sebab itu orang kata durian Batu Kurau best ! Sayangnya musim durian dah habis. Maybe next time datang lagi.


Bagi orang luar, mesti tak tau dalam kampung ini ada 2 sungai yang bersih dan terpelihara. Laluan dengan menaiki pacuan 4 roda, kereta tahan kemek lasak dan moto. Basikal pun boleh.. Hanya orang kampung je mandi manda. Not open to public. Sungai ini tak ada lubuk macam satu lagi tu. Meh layan video kami :)




Otw ke Lata menaiki Proton Saga *saga dulu tahan dari sekarang



Sampai je, terus tukar seluar dalam kereta. Takdo jamban okay. Main salin baju belakang pokok pun sensor juge. Haha.. Kena la bersopan santun masuk kampung orang. Terasa nak nyanyi lagu Aku Tanya Apa Khabar.. Apa Khabar.. Apa habaq si pencinta alam 


We are here !! Omgeee lemak di dagu
Titi zaman tok naduk
Bestkan! Excitednya budak tu 

Kami dah sampai !


Jelly tengok Ikmal mandi



Sedang tengok May dan Ikmal yang excited dengan katak. Aku pula sibuk SKODENG. Haipp.. Skodeng rama-rama, jangan fikir benda lain. Cikgu Bio tak pernah sharing proses serangga mengawan pun. Jadi explore sendiri ler. Seumur hidup tak pernah tengok butterfly atas tanah sambil mengeluarkan cecair. Lebih kurang macam tengah kencing -_____-

Rama-rama dari jarak dekat memang cantik
Apa serangga ni tengah buat?

Melihat Butterfly mengawan



Ini namanya menikmati udara. Sedut udara segar kononnya sebelum balik


Bagi si pencinta alam, berselfie dengan tumbuhan memang tak sah. Udara di kampung bersih sangat, tiada pencemaran dan pokok-pokok kebanyakkannya subur. Terasa tak nak balik, nak stay terus jadi petani makan sireh atau jadi peniaga jual pinang, teh o ais limau atau pisang goreng. Erkk..

Model memegang sepanduk kenduri siapa entah.. hehe
Sangat subur pokok limau kasturi ni. Terbayang tea o ais limau
Jantung bananana
Pokok pinang yang tinggi-tinggi
Buah Keriang kecil.. Habis dikerjakan kami ber 3
Pokok kelapa lagi kurus dari aku. Ermm 
Kanak-kanak ribena nak balik dah


Kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi penduduk kampung. Thanks Aunty Remy menaja makanan tengahari kami. Sedap sangat May makan petai tu. Ermm.. Setelah 2 jam 30 min di Batu Kurau, kami pun berangkat pulang ke Kamunting sebelum kembali ke pangkal jalan Penang T_______T

Comel boboy 
Sweet dreams.. Haha
Ayam ni tetap setia mengeram telur. Banyak generasi 
Goodbye. Ini la mother in law paling sporting dalam family aku tau. 


Sweet Memories
Batu Kurau, Perak
Feb, 8th 2015

15 comments:

Pha Is said...

semua muka ceria..

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...

mselim3 suka tgk rama-rama sungguh mendamaikan dan suasana kat tpt mandi-manda air nyer bersih...

mselim3

Zuhaira Nasrin said...

bestnya mandi air terjun :D cantekkk

Najib Ariyan said...

limau nipis? tu limau kasturi... lain ngan limau nipis... ishhhh kalau saya pun nak rumah yang kat tepi sungai... senang senang terjun je dalam sungai... asal air sungai bersih boleh guna wat macam2... takder toksik takder klorin... yer tak?

rindu kat sungai kat kampung lah...

tiga lalat said...

Salam. Hee seronoknya balik kampung.

Cetusan Minda said...

dah susah nak cari sungai yg blm terusik camtu . tgk air tu geram je ... tetiba rindu lak dekat kg yg dah lama ditinggalkan ... tuan blog senyum tetap mesra ...

Jari Manis said...

rama2 mengawan? tak pernah tgk..

peluk pokok kelapa..untunglah pokok kelapa tu di peluk oleh cik adik manis :-)

Jari Manis said...

itu semua botol2 kosong tu...ada org buah sampah merata2 ke...lama2 tercemar sungai ni

Jari Manis said...

alaa...air sungai tu cetek sgt..rasa x puas kalau nk mandi

Khai♥Rin : anies said...

titi tu kan mcm penah tgk tau...dlm drama melayu tp x igt cite apa

Dunia Zumal said...

Cantiknya Sungai Batu Kurau tu... Lama zumal tak berkelah dan bercuti ^-^

nOe suhaimi said...

nampak keceriannya kat situ...mesti bes dapat pergi tempat orang...klu dapat mandi sungai lagi bess....

Puteri Wanita said...

bestnya kan dapat hidup udara segar dan mandi sungai :)

Cikna said...

Kat batu kurau rupanya, balik kg ni kalau sempat nak g jgk la leh tgk rama2 mengawan,huhuu......;-)

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Batu Kurau, Perak...
Sedara mak akak ada sana kot..
Selalu je dengar nama tempat tu disebut bila mak berborak dwngan adik-beradiknya :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com