Salam Readers..
Siapa yang layan Kerana Terpaksa Aku Relakan mesti akan layan drama Teman Lelaki Upahan sebab berkongsi pengarah yang sama. Boleh rasa aura TLU akan membawa demam EL dan Kyra. Drama ini menggantikan drama Istikharah Cinta. Drama yang diadaptasi daripada novel. Hero dan heroinnya ialah Siti Elizad dan Ungku Ismail. Ramai yang cakap novel TLU ni best so drama pun mesti best juga. Memang sesuai gandingan Elizad dan Ungku Ismail ni.
Poster Teman Lelaki Upahan |
Happy Family ! |
Cantiknya Kyra Lydia di hari nikahnya |
Persengketaan dengan daddy dan mummy tirinya |
Scene pilih baju nikah olok-olok |
Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan
Mengisahkan Kyra Lydia yang sombong, ego dan hati batu ditinggalkan kekasihnya, Haidar yang jatuh hati dengan wanita pilihan ibunya, Najwa. Dia berdendam dengan ayahnya kerana punca dia ditinggalkan ibunya termasuk ibu tiri dan adiknya, Lisha. Semua bermula bila ayahnya berjanji akan memberi syarikat dengan syarat Kyra berkahwin pada bulan Jun. EL (Ezwan Lutfi), kecewa kerana Zarra, gadis yang dicintai dalam diam memilih abang longnya sebagai suami. Disebabkan 1 insiden kecil di restoran The Spices milik EL, dia bersetuju untuk menjadi teman lelaki upahan Kyra dengan syarat Kyra menyerahkan banglo yang diidamkannya di Cherating. Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.
Setelah bertemu dengan ayah Kyra, EL berasa dia perlu bantu memperbaiki hubungan keluarga dan mengubah Kyra. EL tahu ayah Kyra akan menjalani pembedahan jantung. Pelbagai perkara yang berlaku dan akhirnya mereka menjadi rapat dan dalam diam mereka sudah jatuh hati. Saat EL ingin meluahkan perasaan cinta di 1 makan malam, keluarga EL kemalangan di Sarawak. El terpaksa membatalkan pertemuan dengan Kyra. Ayah & abang longnya meninggal dan adiknya, Sofea lumpuh. Kyra ke hospital untuk melawat keluarga "client" dan terdengar EL berjanji akan berkahwin dengan Zarra yang sedang mengandung. Kyra berasa dia harus undur diri kerana Zarra adalah cinta pertama EL. Pada masa yang sama, Kyra mengetahui EL merupakan anak jutawan hotel terkenal Sarawak.
Rahsia tentang ibu kandung Kyra yang curang dengan ayahnya terbongkar dan juga rahsia penyakit ayahnya. Kyra membuat keputusan membatalkan perkahwinan dengan EL. Hubungan Kyra dan keluarga tirinya semakin baik namun sebaliknya bagi EL, dia menjadi kemarahan ibunya yang mengetahui hal perkahwinan EL. Rahsia terbongkar bila Zarra terjumpa kad perkahwinan EL dan Kyra di beg arwah suaminya. Kemarahan ibu EL hingga tak dapat dimaafkan. Kesannya, EL menjadi pendendam.
EL bertemu Kyra dengan misi dendam. EL cemburu melihat kebahagiaan keluarga Kyra. Perkenalan Kyra dengan keluarga EL menyedarkan Kyra akibat dari perbuatannya. Kyra memohon maaf dan menerangkan segalanya kepada ibu EL. Segala yang berlaku adalah rancangan bodoh Kyra sendiri bukan dari EL. Kyra juga memohon agar ibu EL dapat memaafkan EL. Dengan restu ibu EL, dia memulakan misi memikat Kyra. Dengan bantuan daripada keluarga kedua belah pihak misi memikat Kyra berjaya!
Jadi tunang EL |
Cair tengok |
Cinta mereka kuat |
Sweetkan? |
Sepandan kan di majlis pertunanga? Suka tengok |
EL dengan Pony Kyra |
EL. Zara dan Kyra Lydia |
Serasi bersama |
Wedding abang long |
Kyra kena buli @ Singapore |
Beli barang hantaran. Dah pegang tangan |
Bahagia kan? |
EL bawa family ke Cherating |
Selamat pengantin baru EL |
Brothers and Sisters |
Scene kelakar |
Upacara merisik Kyra |
Belikan dress untuk makan malam sepecial |
Menangis tengok Kyra minta maaf dan scene yang terpaksa di potong! |
Jeles tengok ketinggian. Huwaa |
Scene ambil Lisha di sekolah sebelum ke hospital. Haha.. Mini Cooper itu |
Kyra nak batalkan perkahwinan.. Sedih EL |
Akhirnya mereka kahwin! |
Setiap Isnin - Khamis
7.00 malam di TV3
Episod Akhir Teman Lelaki Upahan
26 Mac 2015 !
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.