30 July 2018

100 New Malaysia Sunday Buffet Lunch @ Flamingo Hotel by The Beach, Penang


Assalamualaikum Readers
 
 
 
100 New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel by The Beach, Penang | Sempena kerajaan baru, Flamingo Hotel menawarkan buffet lunch sehingga bulan September !! Boleh lah bawa family, buah hati makan kat sini. Sayang tau yang ramai muka Chinese, orang Melayu ni, makan murah pun berkira. Makan berdua hanya RM 48 net (BUY 1 FREE 1). Ini semua gara-gara Blogger Anies, kalau tak Nina pun tak tau ada promosi ni. Hahaha.. Jadi Anies rancang nak turun Penang makan kat sini. Wah terus ON. Hotel bertaraf 4 bintang.
 
 
Plate pertama tanpa nasi
 
Apa yang rancak sangat tu. Ada paparazzi join kami sekali


 
Kalau nak booking memang tak boleh, jawabnya datang awal dan book meja korang incase ada tempat kosong (area pool) boleh cop tempat dah. Nasib kami baik haritu, datang awal dan book. Lunch buffet dengan Anies berjalan lancer walaupun makanan cepat habis. Ramai betol orang, bersesak nak ambil makanan. Nasib baik nafsu makan tak mengganas haritu. Hehehe.. Makan ala kadar sebab tak tau nak makan apa.
 
 
 
Semua sedap. Yang tak sedap nina tak rasa. Ada banyak menu tak sempat nak snap gambar

Yang kuning tu sedap, lebih kurang macam puding jagung


 
Kalau ikutkan Nina niat nak belanja Anies sempena birthday dia yang jatuh seminggu selepas kami datang makan sini dalam 28 Julai, kononnya tak sempat nak belikan hadiah sebab gaji tak masuk lagi, last-last birthday girl pulak buat surprise bawa hadiah, oh patut la sampai hotel lewat, ghupenya pi cari hadiah dulu. Hahaha..
 
 
 
Hadiah dapat dari Anies. Terima kasih

Hipster mug tu. Haha

Promosi sehingga bulan September
 

 
Jadi tunggu apa lagi, bawa la buah hati atau sesiapa saja makan di Flamingo Hotel sementara promosi masih berlangsung sehingga bulan depan. Murah dan makan banyak cuma terhad.
 
 
 
FLAMINGO HOTEL BY THE BEACH, PENANG
 
 
Tanjung Bungah, 11200 Pulau Pinang
 
 


Promosi Subang Di Lovisa Malaysia @ Queensbay Mall


Assalamualaikum Readers


Lovisa | Promosi 2 Subang Hanya RM 55 Di Lovisa | Dah lama nak masuk Lovisa ni tapi niat asyik terbantut sehingga la tuan badan belek-belek cuping telinga. Baru perasan lobang nak masukkan subang makin tenggelam tertimbus. Hahaha.. Nanti kena leteren mak, sebab betapa strugglenya dia nak bawak aku pi tembak telinga zaman kecik-kecik dulu. Katanya lawa kalau perempuan pakai subang. Ok dah stop throwback. Sekali masuk Lovisa ni, semua benda shine bright like a diamond. Juling mata tengok design subang yang lawa-lawa. Bila dah pakai ni rasa agak kewanitaan. Hahaha.. Boleh dikatakan memang suka buat koleksi subang zaman sekolah dulu. Kali pertama beli barang Lovisa ni.


 
Comel paper bag Lovisa
 
Tak mudah berkarat. Kalau beli yang ada batu berlian jangan risau tak tanggal


Snow Flakes RM 27.50 (Harga asal RM 35.50) & Fireball RM 27.50 (Harga asal RM 42.50)



Masalah utama nak beli subang ni tak lah macam beli ikan kat pasar tapi berapa pasang subang dah Nina beli tapi tak tahan lama, masalah macam cepat karat, cuping telinga gatal-gatal dan subang hilang lepas mandi atau bangun tidur. Biasalah beli subang kat pasar malam mana ada kualiti. Lepas dengar promoter Lovisa kata ada promosi tangan 'terpaksa' ambil juga 2 pasang subang dalam kategori tak karat. Hehe.. sengih-sengih macam kerang bakar.



Untuk maklumat lanjut boleh tengok website Lovisa. Rupanya Lovisa ni brand dari Aussie. Boleh klik website www.lovisa.com.au (http://www.lovisa.com)


 

29 July 2018

Dinner @ Original Tok Hery Char Koay Teow, Kulim


Assalamualaikum Readers


Original Tok Hery Char Koay Teow Kulim | Tempat Makan Best Di Kulim Kedah | Kunjungan kali ke 3 dan akan datang lagi sebab sedap. Setiap kali mai makan Nina pilih menu ketam lembut atau ikan dowri. Sebab lain, layanan cepat dan makanan pun fresh, tokey ramah, siapa pun mesti nak pi makan lagi. Sejak kena penyakit 'angau' ni blog terabai. Damn bila nak baik ni.
 


Char koay teow ketam lembut special RM 15
 
Char koay teow lobster special RM 15
 

 
Tak pernah pulak try menu nasi atau selain dari char koay teow. Bf pun suka makan sini, fall in love lettew. Haha.. Tak suggest kalau tapau makanan bawa balik. Elok makan panas-panas. Takda lah sampai melecur bibir. Kami order menu special, ada tambahan udang dan telur mata kerbau. Harga dalam RM 15. Harga berbaloi ya amat cuma char koay teow sikit.
 
 
 
 
Air soda float selalu menjadi pilihan
 
 

 
 
ORIGINAL TOK HERY CHAR KOAY TEOW
 
 
Address : 139, Lorong Semarak 2,
Taman Semarak
09000 Kulim, Kedah.
 
 
Business Hours : 3 PM - 12 AM (Sabtu - Khamis)
Jumaat (TUTUP)
 
 
 
 


Roti Bakar Telur Goyang @ Transfer Road, Penang


Assalamualaikum Readers


Roti Bakar Telur Goyang @ Transfer Road, Penang | Aktiviti kami kalau setiap kali keluar mesti cari makan. Makan mengumbirakan. Haha.. Salah satu tempat faveret nak breakfast. Kalau tak pikir gemok, nak order 2 pingan, sejak bila hang gemok Nina oi? Haha tamak la pulak sebab ada orang sponsor. Kikiki... Roti telur goyang Penang tak sama macam negeri lain. Ada beza dari segi rupa dan rasa. Expert dah bab makan-makan ni. Kalori tolak tepi. Hehe



Roti bakar telur goyang atau gedik-gedik
 


Banyak kedai makan belum terjah ni. Sabaq naa hampa semua. Kalau datang bercuti atau singgah ke Penang, breakfast cari nasi kandar atau roti bakar telur goyang ni, gerenti goyang habis 😂😂 Aip, goyang apa tu? Haha


Ulang Tahun Perkahwinan Ke 29


Assalamualaikum Readers 

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 29 buat mak dan bapa. Seumur hidup tak pernah mereka celebrate. Tak penting sangat, hanya doa buat mereka berdua, semoga dipanjangkan umur dan Nina dapat berbakti sehingga ke akhir hayat. Sejak bekerja ni, setiap tahun lupa tarikh 29 Julai.


Memborong sakan di Mydin


Mak dan bapa ni ada hari ok, ada hari gadoh bukan main. Ada pasang surutnya bila tengok rumah tangga parents. Pesan mak, supaya jadi wanita yang tabah dalam segala hal dan paling penting BERSABAR bila berkahwin nanti. Bila dah masuk 'road to 30th' ni, terfikir bila nak kawen. Aww aww


22 July 2018

Dinner @ BM Tom Yam, Bukit Mertajam


Assalamualaikum Readers


Makan Malam Di BM Tom Yam, Bukit Mertajam, Penang | First time dan last time makan di sini. Satu lagi kedai kena banned ! Food blogger, lidah bukan main. Haha.. Sebelum ni setiap kali lalu depan resto ni mesti full, memanjang penuh dengan orang. Alang-alang nak dinner, kami singgah sini nak rasa 'tom yam' dia. My expectation nasib tak tinggi melangit, rasa ke laut Krabi dah 😂😂😂



Tom yam tak sedap
  
 
Tak sure kenapa ramai tapi kami boleh review tom yamnya tak kaw, tak pedas dan seafood pun tak fresh. Baik buat tom yam sendiri kat rumah baq hang. Kedai ore Klate belum tentu masakan macam Thai. I is sad, dah tengah lapaq gedik-gedik then dapat lauk macam ni. Boleh kurus. Hahah



Air boleh tahan



Seminggu lepas kami makan tu, bf cakap resto ni kena tutup sebab tahap kebersihan tak memuaskan. Nasib baik tak kena keracunan makanan. Tengok dapur pun alahai 😂😂 So don't judge a restaurant by how many people come in. Boleh pakai teori ni tak. Orang kita, nampak penuh nak masuk, nak try tapi makanan belum tentu sedap.

 
 

Film Review : Ant-Man & The Wasp


Assalamualaikum Readers
 
 
 
Review Filem Ant-Man & The Wasp | Lamanya tak buat review filem. Berduyun-duyun nak kena update. Movie first untuk tahun 2018, Nina tengok 8 Julai lepas. Nampak tak busy punya pasal. Filem box office dengan kutipan $426.3 million. Sambungan filem Ant-Man kedua. Movie ni tak pernah tak kelakar, kerja kami hanya ketawa dari mula sampai habis. Akan ada sambunganya dalam Captain America kalau tak silap.
 
 
 
Ant-Man & The Wasp 2018
 
 
 
 
SINOPSIS FILEM ANT-MAN & THE WASP

 
 
 
Pada tahun 1987, Janet van Dyne atau Wasp menyusup masuk antara molekul-molekul nukleur Soviet Union dan dia terperangkap dalam dunia kuantum sub atom. Hank Pym dan Hope percaya bahawa Janet sudah mati. Beberapa tahun kemudian, Scott Lang dapat tahu cara untuk masuk dalam kembali dari dunia kuantum. Pym dan Hope mula bekerja dan mungkin Janet masih hidup selepas Lang memberitahu dia ada terbayangkan zaman kanak-kanak Hope.
 
 
 
Lang dan Hope dalam hubungan romantis dan bertarung bersama sebagai Ant-Man dan Wasp, hingga Lang diam-diam membantu Capten America semasa pertempuran antara Avengers dan melanggar Perjanjian Sokovia. Lang di bawah tahanan rumah, manakala Pym dan Hope pergi menyembunyikan diri dan memutuskan hubungan dengan Lang.
 
 
 
 
Hope culik Lang dari pemerhatian FBI

Pengganti Lang, konon Lang ada dalam rumah. Haha.. Comel

 
Ava si hantu bertopeng putih

 
Couple sejati?
 
 
 
2 tahun kemudian, Pym dan Hope membuka terowong ke alam kuantum. Tinggal beberapa hari untuk tamat tempoh kurungan di rumah, Hope menculik Lang dengan meninggalkan umpan di rumah supaya ajen FBI, Jimmy Woo tak curiga. Mereka bertiga bercadang membina kenderaan ke alam kuantum dan membawa pulang Janet. Hope ingin membeli kelengkapan untuk mencipta terowong dari peniaga black market, Sonny Burch, tetapi Burch ingin mendapat keuntungan dari penyelidikan Pym dan Hope. Hope melawan Burch dan orang-orangnya, sehingga dia diserang oleh wanita bertopeng 'hantu' dan melarikan diri bersama makmal mudah alih Pym.
 
 
 
Ava lebih kurang macam takda badan. Tak boleh sentuh

 

 
Pym enggan melawat bekas rakan kongsinya, Bill Foster untuk membantu mereka mencari makmal. Manusia 'hantu' menahan Lang, Hope dan Pym dan kenalkan dirinya Ava Starr. Ayahnya Elihas, bekas rakan kongsi Pym, secara tak sengaja membunuh diri dan isterinya dalam percubaan membuka kuantum, menyebabkan keadaan Ava tidak stabil. Foster menjaga Ava dan merancang sembuhkan Ava gunakan tenaga kuantum Janet.



Sepadan tapi bapak Hope ni tak pernah nak suka Lang

Terowong ke kuantum

Lang jadi raksasa tak boleh jadi normal. Suit rosak

Burch larikan makmal Pym

Dunia kuantum. Pym mencari isterinya
 


Pym dan Hope dapat menjejaki Janet dan memberi mereka lokasi yang tepat untuk menemuinya. Mereka mempunyai masa 2 jam sebelum keadaan alam yang tidak stabil memisahkan mereka selama 1 abad. Burch mengetahui lokasi mereka dari rakan business Lang. Lang tak dapat membantu Pym dan Hope melarikan diri dengan makmal itu selepas di ambil oleh Ava. Lang dan Hope akhirnya Berjaya mengalih perhatian Ava manakala Pym memasuki alam kuantum untuk mengambil Janet. Janet selamat tiba dari alam kuantum dan memberi tenaga kepada Ava sementara dapat menstabilkan diri Ava.



Overall best, sentiasa kelakar jalan ceritanya.
 
 
  
🌟🌟🌟🌟🌟
 
 
 


21 July 2018

Nasi Dalca Rahim @ George Town, Penang


Assalamualaikum Readers


Tempat Makan Sedap Di Nasi Dalca Rahim, Penang | Nasi Dalca Sedap Di Penang | Nama pun syurga makanan dan marilah kita pekena nasi dalca pulak. Maceh bf bawak makan. Ni baru first time Nina pi makan. Sedap jugak makan bersama ayam madu. Harganya Nina tak tahu. Nasi dalca ni lembut, ayam pun sama juga, lembut tak macam sesetengah kedai. Fall in love dah dear 😍


Nasi dalca Rahim di Queen Street

Signage tokong ni dan akan nampak di depannya ada lorong, kedainya tak jauh


Boleh request nak lauk lain dari ayam madu. Kata bf dia selalu makan sini, rugilah jadi anak pulau pinang tapi tak explore tempat-tempat makan best kat negeri sendiri 😂😅 Kalau mai Penang, jangan lupa terjah kedai nasi dalca ni. Berzaman dah kedainya.


Ikhsan Google

NASI DALCA RAHIM

Lebuh Queen, 10450 George Town, Penang.


Manhattan Fish Market Tak Sedap


Assalamualaikum Readers 


Manhattan Fish Market Tak Sedap | Sejak jadi food blogger ni, entri pun pasal makan. Maaf lah kalau masuk blog Nina je nampak makanan, masuk je makanan muncul terus buat korang terliur tak kira masa. Heheh.. Setakat ni kalau kedai makan tu tak sedap terus banned dan tiada lagi jejak kakiku. Amboi ayat..


Manhattan Fish Market semua nampak sedap. Food present mantop

Balik kerja verangan nak makan sedap tapi hatiku hampa. Nasib dah move on


Yelah kita sebagai pengguna, bayar duit mahal-mahal tapi makanan hampeh even guna duit bf tetap rasa menyesal 😂😂 Gara-gara nampak iklan menu baru MFM, terus ajak bf makan. Rupanya, rasa ke laut, kalau ada kat laut hanyut sampai Langkawi dah gamaknya.


Patutlah bila kami sampai depan resto MFM ni tengok lenggang tak penuh dengan orang. Tak sure makin kurang orang atau kami datang hari weekdays.


Grill Dory - Boleh la, ikan je sedap nasi kureng

Chicken Burger - Roti manis macam madu, ayam keras dan sos rasa pelik. French fries sedap.

Sausage Olio Pasta - Rasa tawar harap sosej sedap. Jadi makan pasta terus kunyah dengsn sosej tak rasa pelik sangat.

Iklan nampak sedap? Iklan dengan realiti jauh beza


Diharap tukang chef MFM elok buat food review sendiri, kesian customer sebenarnya. No comment lebih-lebih. Memang takkan masuk dah.


Harga makan berdua :


Sausage Olio Pasta - RM 11.72
Chicken Burger - RM 11.72
Grill Dory - RM 20.50
Air Lemon - RM 2.72
Air Pepsi - RM 2.72


Subtotal = RM 49.38
10% Service Charge = RM 4.94

TOTAL = RM 54.30


20 July 2018

KFC Mad Mex Twister


Assalamualaikum Readers 

  
KFC Mad Mex Twister | Lama tak jejakkan kaki ke KFC dan tak tau ada menu baru. Nasib baik ada orang kidnap lepas balik kerja dan bawa makan kat sini. Kerap juga KFC keluarkan menu baru, ada improvement nampaknya. Tak tau harga sebab orang belanja. Hahaha


Mad Mex Twister

KFC Mad Mex Twister baru

 
KFC Mad Mex Twister ada spicy Mexican cheese (oh patut nama Mad Mex), zinger strips, geng kekacang (chickpeas, corns, kidney beans), lettuce & dibaluti dalam kepingan tortilla. Mexican cheese yang melimpah ruah, sesuai sangat untuk hantu cheese untuk menambah lemak yang sedia kurang dalam badan patik. Hahaha.. Boleh kenyang juga makan mad mex ni.
 
 

Dapat tortilla garing

Sedap dan melimpah dengan kekacang

Close up rupa parasnya


Apa yang best Mad Mex ni? zinger strip banyak, lettuce sampai melimpah ke pinggan dan kekacang. Mexican cheese tahap level pedas kureng. Yang tak makan pedas boleh lah cuba. Mesti ada yang jatuh hati.

18 July 2018

Kiehl's Calendula Deep Cleansing Foaming Face Wash


Assalamualaikum Readers 😘


Kiehl's Calendula Deep Cleansing Foaming Face Wash | Dalam entri lepas, Nina ada bagi tau, kalau guna brand ni ok maka keluar lah entrinya selepas 41 hari guna. Boleh baca kat sini . Dalam banyak2 review, ramai beauty blogger cakap kena sabaq dan sabaq sebab ambil masa depends on our skin type and problems. 


Kiehl's Calendula Deep Cleansing Foaming Face Wash


Ioulsss paham sebab muka banyak bekas jerawat yang itam legam dan pori besar. Macam jalan jugak lah ambil masa nak turap lubang2 yang ada. Samakan muka dengan jalan pulak. Hahaha. Face wash ni tak mengeringkan kulit selepas diguna. Memang jatuh hati. Pernah la juga cuci muka sampai 4 kali 😅



Kenapa pilih Calendula sedangkan banyak facial wash dari Kiehl's. Sebabnya suka bau calendula, macam air teh bunga 🌼 Botol comel dan senang dibawa ke mana saja.


Kalau rajin boleh baca

Pump pun comei dan botol transparent


My Review :

  • Pump yang tak terlalu kecil dan besar.

  • Hanya guna sedikit dah cukup. Sangat jimat dan pekat.

  • Rasa sejuk di muka dan kulit menjadi lembut, tak keringkan kulit, lepas bangun tidur boleh check muka korang.

  • Bebas alkohol dan paraben

  • Untuk jenis kulit muka combination minyak dan normal, kecuali T-Zone. Buat muka kurang keluarkan minyak.

  • Bahan utama dari Vitamin C

  • 1 botol boleh tahan selama 5 bulan, jika 1 pump sahaja.

  • Tak sesuai untuk jenis kulit kering

  • RM 113.21 untuk size botol 230 ML


2 pump pun dah cukup, banyak buih

Buihnya


17 July 2018

Nazzeera's Roti Bakar Kacang Phool Penang


Assalamualaikum Readers


Nazzeera's Roti Bakar Kacang Phool Penang | Tempat Makan Sedap Di Penang | Entri makan-makan datang lagi. Setiap kali masuk blog, mesti terliur. Officially jadi blogger kaki makan tak fames. Makan banyak tapi kurus. Mana lemak-lemak bersembunyi agaknya. Hahaha.. Tak ada resit dan orang belanja cuma bagi tau total RM 35 tak termasuk pinggan ada sos cendawan tu.


Chicken fajita lebih kurang capati dan kacang phool + garlic cheesy toast. Roti cicah sos cendawan tu kedai lain dan rasa kurang sikit.


Sebelum kami layan Ant-Man dan gelak mengilai baik makan sesiap. Nanti tak lapaq sangat. Nasib baik dah suggest tempat nak makan, kalau tak mereput dalam kereta fikir tempat nak makan. Macam tu lah orang Penang, banyak kedai makan sampai kena buat list. Bila keluar date, pilih saja 😅😅


Rasa kacang phool sedap dan pekat kuahnya. Roti bakar garlic tu sedap, sedap lagi makan panas-panas. Untuk chicken fajita, rasa macam inti ayam diwrap guna capati. Boleh pilih nak ayam atau daging. Banyak lagi menu tapi tak sempat snap. 


Manis tokey kedai, siap recommend menu apa patut cuba. Terasa bagaikan puteri.

Antara menu-menu yang ada


NAZZEERA'S ROTI BAKAR KACANG PHOOL PENANG


Address : Kompleks Desiran Tanjung, Jalan Desiran Tanjung 3, Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong. 

(jalan ke Straits Quay, guna waze)


Business Hours : 8.30 AM - 9 PM
Tue - Sunday & Public Holiday
(Monday Closed)


Instagram : @rotibakarkacangphoolpenang


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com