22 Jul 2018

Review Filem : Ant-Man And The Wasp

Assalamualaikum Readers
 
 
Review Filem Ant-Man & The Wasp | Lamanya tak buat review filem. Berduyun-duyun nak kena update. Movie first untuk tahun 2018, Nina tengok 8 Julai lepas. Nampak tak busy punya pasal. Filem box office dengan kutipan $426.3 million. Sambungan filem Ant-Man kedua. Movie ni tak pernah tak kelakar, kerja kami hanya ketawa dari mula sampai habis. Akan ada sambunganya dalam Captain America kalau tak silap.
 
 
Ant-Man & The Wasp 2018
 
 
 
 
SINOPSIS FILEM ANT-MAN & THE WASP


 
Pada tahun 1987, Janet van Dyne atau Wasp menyusup masuk antara molekul-molekul nukleur Soviet Union dan dia terperangkap dalam dunia kuantum sub atom. Hank Pym dan Hope percaya bahawa Janet sudah mati. Beberapa tahun kemudian, Scott Lang dapat tahu cara untuk masuk dalam kembali dari dunia kuantum. Pym dan Hope mula bekerja dan mungkin Janet masih hidup selepas Lang memberitahu dia ada terbayangkan zaman kanak-kanak Hope.
 
 
 
Lang dan Hope dalam hubungan romantis dan bertarung bersama sebagai Ant-Man dan Wasp, hingga Lang diam-diam membantu Capten America semasa pertempuran antara Avengers dan melanggar Perjanjian Sokovia. Lang di bawah tahanan rumah, manakala Pym dan Hope pergi menyembunyikan diri dan memutuskan hubungan dengan Lang.
 
 
 
Hope culik Lang dari pemerhatian FBI

Pengganti Lang, konon Lang ada dalam rumah. Haha.. Comel

 
Ava si hantu bertopeng putih

 
Couple sejati?
 
 
 
2 tahun kemudian, Pym dan Hope membuka terowong ke alam kuantum. Tinggal beberapa hari untuk tamat tempoh kurungan di rumah, Hope menculik Lang dengan meninggalkan umpan di rumah supaya ajen FBI, Jimmy Woo tak curiga. Mereka bertiga bercadang membina kenderaan ke alam kuantum dan membawa pulang Janet. Hope ingin membeli kelengkapan untuk mencipta terowong dari peniaga black market, Sonny Burch, tetapi Burch ingin mendapat keuntungan dari penyelidikan Pym dan Hope. Hope melawan Burch dan orang-orangnya, sehingga dia diserang oleh wanita bertopeng 'hantu' dan melarikan diri bersama makmal mudah alih Pym.
 
 
 
Ava lebih kurang macam takda badan. Tak boleh sentuh

 

Pym enggan melawat bekas rakan kongsinya, Bill Foster untuk membantu mereka mencari makmal. Manusia 'hantu' menahan Lang, Hope dan Pym dan kenalkan dirinya Ava Starr. Ayahnya Elihas, bekas rakan kongsi Pym, secara tak sengaja membunuh diri dan isterinya dalam percubaan membuka kuantum, menyebabkan keadaan Ava tidak stabil. Foster menjaga Ava dan merancang sembuhkan Ava gunakan tenaga kuantum Janet.



Sepadan tapi bapak Hope ni tak pernah nak suka Lang

Terowong ke kuantum

Lang jadi raksasa tak boleh jadi normal. Suit rosak

Burch larikan makmal Pym

Dunia kuantum. Pym mencari isterinya
 


Pym dan Hope dapat menjejaki Janet dan memberi mereka lokasi yang tepat untuk menemuinya. Mereka mempunyai masa 2 jam sebelum keadaan alam yang tidak stabil memisahkan mereka selama 1 abad. Burch mengetahui lokasi mereka dari rakan business Lang. Lang tak dapat membantu Pym dan Hope melarikan diri dengan makmal itu selepas di ambil oleh Ava. Lang dan Hope akhirnya Berjaya mengalih perhatian Ava manakala Pym memasuki alam kuantum untuk mengambil Janet. Janet selamat tiba dari alam kuantum dan memberi tenaga kepada Ava sementara dapat menstabilkan diri Ava.



Overall best, sentiasa kelakar jalan ceritanya.
 
 
  
🌟🌟🌟🌟
 
  

4 comments:

  1. Alaaaa...bila la free nak pi tgok ni...sibuk aje kan...kena tunggu masuk astro first ke apa ni

    ReplyDelete
  2. Menarik.. menarik.. nak tengok jugalah nanti..

    ReplyDelete
  3. bestnya movie ni, dah tengok yang first sekarang nak tengok sequel pulak

    ReplyDelete
  4. penin-penin..ada manusia, ada serangga..tk pernah tengok movie ni..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com