21 Jul 2018

Menu Makanan Di Manhattan Fish Market Tak Sedap

Assalamualaikum Readers 


Menu Makanan Di Manhattan Fish Market Tak Sedap | Sejak jadi food blogger ni, entri pun pasal makan. Maaf lah kalau masuk blog Nina je nampak makanan, masuk je makanan muncul terus buat korang terliur tak kira masa. Heheh.. Setakat ni kalau kedai makan tu tak sedap terus banned dan tiada lagi jejak kakiku. Amboi ayat..


Manhattan Fish Market semua nampak sedap. Food present mantop

Balik kerja verangan nak makan sedap tapi hatiku hampa. Nasib dah move on


Yelah kita sebagai pengguna, bayar duit mahal-mahal tapi makanan hampeh even guna duit bf tetap rasa menyesal 😂😂 Gara-gara nampak iklan menu baru MFM, terus ajak bf makan. Rupanya, rasa ke laut, kalau ada kat laut hanyut sampai Langkawi dah gamaknya.


Patutlah bila kami sampai depan resto MFM ni tengok lenggang tak penuh dengan orang. Tak sure makin kurang orang atau kami datang hari weekdays.



Grill Dory - Boleh la, ikan je sedap nasi kureng

Chicken Burger - Roti manis macam madu, ayam keras dan sos rasa pelik. French fries sedap.

Sausage Olio Pasta - Rasa tawar harap sosej sedap. Jadi makan pasta terus kunyah dengsn sosej tak rasa pelik sangat.

Iklan nampak sedap? Iklan dengan realiti jauh beza


Diharap tukang chef MFM elok buat food review sendiri, kesian customer sebenarnya. No comment lebih-lebih. Memang takkan masuk dah.


Harga makan berdua :


Sausage Olio Pasta - RM 11.72
Chicken Burger - RM 11.72
Grill Dory - RM 20.50
Air Lemon - RM 2.72
Air Pepsi - RM 2.72


Subtotal = RM 49.38
10% Service Charge = RM 4.94

TOTAL = RM 54.30


3 comments:

  1. Kita tak pernah pergi Manhattan Fish Market. So tak tahu makanan dia macam mana. My parents pernah cakap nak belanja tapi kalau ginilah reviewnya, memang takde la nak pergi.

    ReplyDelete
  2. da lama x g MFM... da dulu lg kalu mkn sini rs mcm x puas...sudap tu pd tekak sy ok lg

    ReplyDelete
  3. Tak berbaloi bayar mahal tapi rasa tak sedap..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com