27 March 2019

Surprise Birthday Dengan The Balloon Studio.pg

 
Assalamualaikum Readers
  
 
Surprise Birthday The Balloon Studio.pg | Tempah Belon Di Penang | Nak dijadikan cerita, Lexis ada hantar email untuk review buffet CNY bulan 1 aritu. Entah tiba-tiba sel-sel otak berhubung, zappp dapat idea nak celebrate birthday BF awal sebulan. Dah alang ada di hotel. Bang aji ni la dah warning sesiap tak nak sambut birthday dia 17 Feb nanti.
 
 
Pickup belon di Pulau Tikus. Hanya Allah saja yang tahu drive tak nampak di belakang.
 
Puas hati dengan servis belon

 
 
Plan birthday nanti nak bawa Nina jumpa dengan parents dia. Sesak nafas dibuatnya dengan plannya yang tetiba minta Nina pickup di airport pukul 5 pagi balik dari Bangkok (dalam hati dah terbayang muka-muka family bf). Itu going well, gagah juga ke airport plus mengantuk 2 Feb lepas.
 
 
Nina pilih Set B : 1 bubble balloon & 1 balloon bouquet (1 foil balloon with wording, 2 special balloons, 4 normal balloons). 7 belon semuanya !!

Agak-agak birthday Nina tahun ni ada orang nak belikan tak

Yang stay Penang boleh order dengan dorang ni

 
 
Nak menjayakan plan, Nina email Jason (PR Lexis) minta izin nak simpan kek di hotel. Good news bila dapat tau Jason (pengawas @ senior sekolah bf - Penang Free School). Boleh pulak dia tanya nama suami Nina. Haha.. Tak lupa juga blogger Sha. Maceh tolong bawakan belon dari office ke hotel walaupun berapa kali nak kantoi. Sampai ke sudah bf tak sangka belon tu untuk dia, Nina bagi tau belon Boboy (anak kak sha). Kalau pompuan, teriak dah sebab terharu.
 
 
 

26 March 2019

Wall's Minion Banana & Magnum Hazelnut Luxe

 
Assalamualaikum Readers
 
 
Wall's Minion Banana Dan Magnum Hazelnut Luxe | Musim panas sekarang ni membuatkan tekak menari-nari mintak nak makan benda sejuk 24H. Heh.. Tak pasal sakit tekak lepas tu batuk pulak. Hish tak nak lah cari penyakit. Tapi kalau dah nama hantu aiskrim, mana tolak. Benda baru mesti lah nak cuba rasakan.



Wall's Minion Banana. Tak tau harga sebab orang belanja



Apa yang best Minion Bananananana ni? Rasa yang unik di lidah dengan gabungan pisang dan vanilla yang menarik mata untuk membeli. Bila tengok pun dah boleh rasa sedap, nampak tak aura minion tu. Haha.. Warna pun cantik, kuning dan biru. Comel tengok muka minion ni. Rasanya tak manis tapi nice. Pishang bila makan tengah panas, rasa cepat benar minion habis. Yang best tu kurang pewarna!



Minion senget pulak. Sediakan tisu tau
 Magnum Hazelnut Luxe pun tak tau harga



Aiskrim ke 3 yang nina cuba dalam bulan ni selain UniCornetto, Magnum Hazelnut Luxe. Ingatkan shower cream saja ada nama Luxe. Haha.. Hazelnut yang berketoi-ketoi di sekeliling aiskrim membuatkan nampak mewah apabila ngap dimulut. Boleh la makan tapi manis coklatnya tu alahai, manis betul. Dalam bulan ni tak silap 4x makan aiskrim termasuk Baskin Robbins. Wow..



Hazelnut banyak tu
 
Nikmat makan tengahari
 

Siapa yang belum try kedua-dua aiskrim ni cepat-cepat cari. Nina beli di 7E dan Shell. Sesekali ku rasa teringin. Lagu apa ya? lupa.




Selamat Pengantin Baru Izzati

 
Assalamualaikum Readers
 
 
Cuti sekolah kembali lagi dan kenduri kawen pun kembali jugak. Makin ramai kawan-kawan yang seangkatan menamatkan zaman bujang mereka. Tak termasuk ex tempat kerja lama. Walaupun lain department tapi kami rapat la sebab suka menyembang. Bila dia resign dulu dari Nina, sunyi lah sikit bila ke office HR. Rezeki masing-masing. Yang tinggal adik pengantin, memerangkap ex officemate @ meja sebelah dulu. Kenduri di Kulim, dekat ja. Cerita kenduri ni dari hari raya cina bulan lepas daaa.
 
 
Kalau bersembang, selfie memang tak sah. Harap Zatul, adik pengantin (shawl pink) dapat rezeki kerja tempat lain. Barulah boleh masuk group #exmattelmalaysia

Pelamin simple, penuh dengan bunga-bunga cinta
 
 
Janji ada orang sudi teman dan sudi tunggu kami 'membawang' . Bila dah berkumpul, geng-geng ex mattel (yang masa kesemuanya dah resign dari mattel), maka banyak story, bukan lah bawang pasal orang. Bawang pasal future masing-masing. Lepas ni siapa pula nak menikah. Ambil berkat tu banyak tak terkira. Siapa tak seronok kawen kan?
 
 
 
Sayangnya kek tak potong lagi, kalau tak boleh bedal 2 3 kali suap. Hehe

 
 
Tapi mengenangkan banyak ilmu rumah tangga kena belajar, rasanya belum mampu lagi nak bina masjid. Eh bukan senang macam belajar subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT) zaman sekolah dulu. Apa pun tahniah buat Nurul Izzati Rosman dan pasangan (entah tak tau pun nama groom), tengok nama bakal suami nak ler. Hahahaha (ketawa gatal).
 


23 March 2019

Selamat Bertunang Ayuni & Izzham


Assalamualaikum Readers
 
 
Lagi sorang anak buah dah tunang. Umur baru 25 tahun, belum habis master lagi di UPSI, dah disunting orang. Hari bertunang ni pada 9 Mac lepas. Alhamdulillah tahun depan tambah sorang ahli baru. Diharap ahli baru ni masuk air jugak lah. Ya family Nina memerlukan ahli keluarga yang peramah dan masuk air. Kalau tak ada tu jawabnya krik krik la engkau tiap kali berkumpul, tak bersembang dengan orang. Apa ye nak cerita bab tunang anak buah ni? Oh ya, since Nina pun in shaa Allah bakal menyusul, mak cakap nak sponsor kek. Terus Nina order dengan Kak Lis (yang buatkan kek Unicorn untuk birthday tahun lepas). Boleh tengok entri kat sini  
 

Cantiknya pelamin

Hantaran mulanya plan 7 jadi 11 dulang

Close up.. Nampak kek sponsor disitu


 
Disebabkan tema tunang Uni warna blue mint jadi kek pun haruslah seakan-akan biru jugak. Datang rumah orang mesti kerja nak cari makan, ya makanan itu penting tambah-tambah ada ayam berempah. Majlis buat pukul 11 pagi macam tu, mesti majlis ada nasi. Plan hantaran dari 7 bertukar ke 11 dulang. Haa amekaw. Banyak sangat yang sponsor. Apa pun tahniah buat Uni dan keluarga. Dalam diam-diam bercinta, tiba-tiba bagi tau nak bertunang. Silent relay is the most powerful. Tak perlu nak tayang di socmed.
 
 
 
Athirah, adik yang bertunang ni
 
Buttercream cake dengan bunga Peonies dan Austin Roses
 

Rombongan pengantin lelaki

 
Ke kenduri pula

 
Sekali sekala berkumpul macam ni selain raya memang meriah. Macam-macam soalan yang ditanya, majlis tu kenapa buat hari jumaat, kenapa tu kenapa ni. Tak terjawab Nina. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, tempoh bertunang ni orang kata macam-macam dugaan.
 



Tarikan Penang Hot Air Balloon Fiesta 2019!


Assalamualaikum Readers
 
 
Belon Udara Panas Tarikan Di Pulau Pinang 2019 | Penang Hot Air Balloon Fiesta | Kembali lagi untuk edisi ke-5 sempena Tahun Baru Cina. Setiap tahun ada pertunjukan belon panas di Penang tapi tahun ni baru berpeluang tengok, ini first time Nina terjah. Awal-awal pagi dah terpacak, nasib masih ada parking di SK Jalan Residensi, pheww jalan tak jauh sangat ke padang polo.
 
 
Cantiknya view pagi
  
Sebelum ramai yang datang baik selfie duluan
 

Diadakan pada 9 & 10 Februari lepas. Hari Ahad pi tengok pun ramai orang. Rupanya bukan semua belon udara boleh naik macam di Cappadocia tu. Hanya 1 belon saja boleh naik dengan bayaran RM 50 seorang dan hanya naik tengok view saja tak terbang ke mana. Ohh baru lah tahu, ingat boleh fly nampak satu Pulau Pinang best jugak. Hehe.. Belon udara panas bermula seawall jam 7.30 pagi hingga 9 malam (nak naik belon sampai pukul 9 pagi saja dan bersambung pada sebelah petang). Terdapat 15 belon udara panas yang menarik dengan bermacam jenis bentuk dari pelbagai negara.
 
 

Tiba-tiba ada minah 3 orang ni. Spoil saja
 
View malam. Credit google
 

 
Sesuai untuk kanak-kanak sebenarnya sebab banyak mainan yang boleh dicuba, booth makanan dan minuman, food truck, badut dan booth jual belon etc. Buat orang dewasa ni, datang semata nak selfie sambil dapatkan sinaran matahari pagi. Haha..
 


22 March 2019

Aiskrim Wall's UniCornetto Cute Sangat


Assalamualaikum Readers
 
 
Aiskrim Wall's UniCornetto Unicorn | Aiskrim terbaru UniCornetto cute sangat. Musim panas siapa tak tolak kalau ada orang offer belanja aiskrim kan. Maceh bf sebab belanja. Aiskrim ni menjadi kegilaan di Thailand dan UK, sekarang melanda Malaysia. Buat korang yang menyukai aiskrim cornetto, boleh menikmati aiskrim yang bertemakan unicorn.


Comel packaging

Wall's UniCornetto
 
 
Aiskrim unicorn dilancarkan secara senyap dimana tak ada promosi besar-besaran pada 10 Disember tahun lepas. Aiskrim ni menarik kerana packaging halogram dengan unicorn di atasnya. Yang bestnya, aiskrim berwarna pastel dengan gabungan pink, ungu dan biru yang melambangkan warna unicorn. Gabungan rasa cornetto rainbow pop, classic vanilla, classic chocolate dan royal chocoluv nampak lain dari yang lain. Di bahagian atas aiskrim diletakkan gula-gula kapas dan marshmallow dihiasi dengan beberapa bola crispies berwarna-warni.
 

Agak manis bagi nina

 
Jem strawberi menjadi highlight kerana terletak di tengah-tengah ais krim. Seperti aiskrim Cornetto yang biasa, ia ada coklat susu di hujung kon. Yang belum cuba tu cepat-cepat cari.
 


20 March 2019

Laksa Tempurung Ombak Damai, Restoran Tepi Pantai Di Gertak Sanggul, Penang


Assalamualaikum Readers
 
 
Laksa Tempurung Ombak Damai, Restoran Tepi Pantai Di Gertak Sanggul, Penang | Laksa Penang Sedap | Penang ni kalau harap pantai memang out dah lepas tsunami dulu. Pantai dah bahaya dan Nina pun tak berani nak mandi. Jadi yang menjadi tarikan kat Penang ni hanyalah makanan! Yeahhh.. Kat sini ada 2 tempat untuk makan laksa tempurung, satu di Balik Pulau dan di Gertak Sanggul. Nina pun tak tahu kewujudan tempat ni, sampai BF bawa. Ya Allah cantiknya view makan sambil menghadap pantai (bukan tempat orang mandi atau berkelah, sebab air tak bersih sangat). Gertak Sanggul ni kiranya dekat dengan Teluk Kumbar, korang boleh waze.
 
 
Laksa Tempurung (Laksa Penang kaw), Cendol Pulut Durian & ABC . Harga tak tahu sebab bf bayar yang pasti mampu bayar. Hehe
 

Makan kat sini memang puas hati ! Semangkuk laksa tak cukup



Haruslah selfie. Panas pun no hal
 

 
Ombak Damai ni konsepnya layan diri dan makanan, minuman boleh dibeli dari gerai yang sama. Cuma kalau nak air kelapa, waffle, char kuew teow dan lain-lain kena beratur di gerai lain. Kat sini tak provide tisu sebab tak nampak pun. Kena bawa sendiri, bagus juga tak lah tisu bersepah sana sini. Kalau belemoih (comot) boleh lap pakai hujung lengan. Haha.. Makan pulak di tepian laut dengan bunyi ombak yang damai. Tak perlu bimbang jika ramai orang, banyak kerusi meja untuk pelanggan.
 
 
 
Signage pun kecik saja. Kat luar jalan tak berapa nampak sebab dilindungi dengan pokok-pokok
 
 
Gerai makan simple saja, jangan la expect macam restoran high class

 
Restoran Ombak Damai dulu tak ramai yang tahu, sekarang dah popular sejak di viralkan oleh Blogger Lan Careno. Kalau hujung minggu ada live band dan meriah. Masa kami datang kereta bersusun, nasib baik datang naik moto sementara tunggu kereta Nina siap basuh dan wax. Pantai kat sini agak bersih dan terjaga. Ada buaian untuk main dan bergambar. Cuma kadang-kadang orang kalau makan sini memang lepak lama sampai tak sedar pelanggan lain tak ada tempat duduk.


 
Waktu Operasi :
 
 
Isnin - Jumaat : 2.00 pm - 7.30 pm
 
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 12.30 pm - 7.30 pm
 
 
Lokasi :
 
Laksa Tempurung Ombak Damai
 
P224, Jalan Gertak Sanggul, Bayan Lepas (boleh waze atau tanya budak-budak yang datang berkelah, bersepah tau)
 
 


19 March 2019

Lunch @ KyoChon 1991, Gurney Plaza Penang


Assalamualaikum Readers
 
 
Makan Di KyoChon Korean Fried Chicken, Gurney Plaza Penang | Lamanya tak update blog ni. Agaknya blog ni krik krik sampai ke hujung tahun gamaknya. Nina makan di KyoChon ni bulan 1 aritu, teman mak buyung mengidam nak makan ayam goreng yang sedap tu. Serius, Nina tak pernah tau kewujudan restoran Korea ni sampai blogger Zafirah ajak makan kat sini. Hahaha.. Rupanya dah lama ada kat Malaysia. Sedap ke ayam di KyoChon ni?
 
 
Medium Meal Upgrade RM 43.00 ( 2 Mango Chamomile, 2 Garlic Fried Rice, 2 Clear Soup, 4 Red Sticks) termasuk svc charge RM 4.30 dan tax RM 2.58. Total makan berdua RM 49.90


 
Nina perasan mana-mana restoran Korea di Malaysia ni, kalau nak makan kena booking dulu, kalau tak beratur kemain panjang. Di KyoChon, mereka menjanjikan untuk tidak menghidangkan fast food, hanya ayam segar dengan menggunakan 100% natural ingredients. Kat sini, ada dijual arak juga (bab sijil halal memang Nina tak sure sebab tak nampak, was-was makan kat sini). Ada 4 jenis perisa ayam (soy garlic, red pepper, honey dan salsal). Untuk setiap perisa tu boleh pilih part wing atau drumstick dan pilih size regular, medium atau large.
 
 
 
Ayam best, nak kena repeat ke
 
Mak buyung ni sejak preggy, Nina la jadi tukang bawa makan ke sana sini
 
 
 
Tak sempat nak ambil gambar menu sebab waiter terus sambar lepas kami order. Selain itu, ada juga menu ala carte Korean food di sini macam dakgalbi, bulgogi, teobokki, kimchi fried dan macam-macam lagi. Minuman pun ada macam-macam dari jus buah hingga ke Korean tea. Bila dapat tempat duduk, pelayan akan terus datang tanpa kita panggil. Kadang-kadang lambat sebab tak terlayan, harap sabar menunggu. Dia akan bagi menu dan tolong kita buat pilihan bagi newbie. Yang dah terror order tak kisah.
 
 
Banyak branch di Malaysia, korang boleh google nanti atau cari dalam IG. Tak rugi cuba tapi tulah was-was dengan makanannya.

 


8 March 2019

Pavlova Sedap @ Alexis Bistro The Gardens Mall


Assalamualaikum Readers
 
  
Pavlova Sedap Di Alexis Bistro, The Gardens Mall | Kembali bersiaran semula buat sementara waktu, busy busy tiap-tiap hari, hujung minggu pun busy. Busy untuk majlis lepas raya. Berapa bulan saja. Harap pembaca sihat sahaja. Ok, meh sambung jjcm lepas akad nikah kawan bulan 12 tahun lepas, boleh baca ArelxFyka . Nina terjah ke sini! Dah jadi tempat dessert paling best kalau nak makan pavlova di KL. Siapa yang pernah makan pavlova kat Alexis ni, dia macam dah kena pukau. Asyik terliur, banyak lagi kek di Alexis ni tapi Nina suka pavlova.


Craving ya amat. Muka dah macam mengantuk tapi lepas tu makan lagi

Fresh fruit, semua buah keras-keras tak lembik macam nak busuk tu

Harga boleh tahan. Pavlova - RM 17.80 + Iced Chocolate - RM 17.00 + Rasberry Soda - RM 6.00 + Service Charge - RM 5.08 + Service Tax - RM 3.05 = RM 48.95



Maybe sebab size besar dan guna bahan yang mahal especially marigue dia paling soft. Selalunya kalau buat sendiri tak ada nak soft macam makan di Alexis. Entah resepi apa dorang guna. Mostly sini, ada jual makanan non halal dan pekerjanya kebanyakan Pinoy tapi ada ja muka melayu dating makan dessert tak pun pizza. Ok.. bersambung entri jjcm di lain hari.
 
 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com