Assalamualaikum Readers
Akad Nikah ArelxFyka @ Nexus Business Suite Hotel, Shah Alam Dan Resepsi @ Bizmilla The Royal Ballroom Subang Jaya | Kalau ikutkan panjang lagi tajuk entri ni. Ok, kerana malas nak buat 2 entri maka Nina gabungkan sekali. Finally, jejaka yang pernah menjadi kegilaan gadis-gadis (dah kawen pun bini orang cari lagi, kami block soc med pompuan tu) di kolej dulu dah tied the knot! Hehe.. Alhamdulillah buat Arel.
Frust budak-budak batch kitaorang tengok gambar wedding (I guess, gedik sangat). Pengantin lelaki memerangkap bff kepada bf Nina. Kalau tak kerana 'tersangkut jatuh hati' dengan mamat ni tak attend wedding. Bukan rapat pun, sebab kena bahan dalam kelas. Nyampah teringat zaman study, sekarang masing-masing dah jadi bapak budak (jangan tanya bila Nina nak jadi mak budak).
|
Kami sampai je baru dengar pak imam nak nikahkan. Phewww |
|
Cantikkan ! Soft yellow |
|
3 jejaka di kolej suatu ketika dulu, tinggal sorang je lagi nak dinikahkah. Doakan kami |
Depa (dorang) dah couple lama kata bf, habis study tak pernah kisah life orang. Kiranya PJJ (Melbourne & Jeddah) . Bini pengantin nurse di Jeddah jadi lepas wedding, kena pulang ke sarang negara kedua semula. So, kami berdua excited meraikan pengantin baru. Plan nak gerak pagi Jumaat (14 Dec 18), Alhamdulillah selamat sampai tengahari tu. Tahun lepas punya cerita daaa..
|
Cantik view dari bilik pengantin |
|
Smart juga bangunan hotel ni |
|
Masing-masing makan tak tengok ke lain |
|
Bekas wartawan melodi, kenal tak Farhan Ikram gais? |
Keesokkan harinya, Sabtu (15 Dec 18), tiba hari kenduri. Gerak ke E.City Hotel (sebelah bangunan Bizmilla). Nak dijadikan cerita, malam kenduri, pengantin cakap bf kena jadi pengganti pengapit, baju tema pun tak tau. Pagi tu, kalut cari mall, nak cari baju kemeja warna kuning sampai bergaduh. Masuk 3 mall semua takda jual baju, area USJ. Bebai (bengkek hati) macam orang tak siuman cari baju sana sini. Lastly tak bertukar baju, tak sepadan dengan pengapit perempuan. Hentam sajalah labu.
|
Sepadan pasangan ni |
|
Geram punya pasal tak ada gambar selfie di pelamin. Tak apa lah |
|
Jejaka-jejaka untuk ditackle, 4 down 4 to go & 1 on the way. Kalau tak faham buat-buat faham |
|
Masuk air semua ni |
|
Cantikkkkk. Satu dewan dah 29k ++ |
|
Cantik betoi Bizmilla ni. Kat Penang tak buka ke Milla? Kata orang Penang |
|
With bini Syed, lelaki yang suka mengusik Nina dalam kelas |
|
Hatiku mekar dan kembang bak munge-munge di dinding |
|
Entah bila nak makan kenduri kat sini lagi. Jadi kita tempek gambar |
|
Tak sure kereta pengantin ke atau orang lain. Sebab dalam sehari ada 5 kenduri di Bizmilla tu |
Kami dilayan bak VVVIP, haha.. meja khas siap bunga-bunga. Kerlas.. Semua lauk sedap (kecuali rojak, kuah cair). Bihun sup dengan aiskrim homemade berapa kali tambah (muka tak malu sebab ada bini kawan tolong ambilkan). Cotton candy pun ada, lain dari yang lain. Nanti bersambung part JJCM sekitar KL dan Cameron. Tak sah kalau tak ada part ternak lemak. Apa pun selamat pengantin baru Syezrel Azrey & Nur Syafikah (time entri publish ni Arel dah balik Melb).
Yang mana satu boyfriend kak Nina ni? hehe :D
ReplyDeleteaaaa cantiknya tempat ni! tahniah kepada pengantin!
ReplyDeletecantik ballroom Bizmilla..
ReplyDeletebarakallahulakuma utk mempelai..
ReplyDeletesunway piramid terjah x? dekat dah tu dgn USJ...parkson pun ada kt USJ jg... kalu beritahu sy tentu sy boleh tlg...
terbaek.. semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat..
ReplyDeleteWah.. Cantiklah dewan dia.. Warna tema pengantin pun sweet je..
ReplyDeleteTahniah buat pasangan pengantin..
semoga perancangan Nina dan si dia dipermudahkan.. Aamiin..
tahniah kepada perantin, yg belum ni bila bila bila :D
ReplyDeletecantik ^_^
ReplyDelete