Assalamualaikum Readers
Projek Nasi Lemak Di Georgetown, Penang | Tempat Makan Menarik Di Penang | Nasi Lemak Sedap Di Penang | Kembali bersiaran dengan entri makanan yang tak berkesudahan. Terus Nina bagi tau, Penang terlampau banyak restoran makanan yang sedap-sedap dan tak semua sempat terjah lagi. Kalau buat list tempat makan rasa nak nangis sebab terliur, readers pun terus ambil keputusan pangkah page. Hahaha.. (ada ke? Bakal publish suatu hari nanti). Kali ni Nina food hunting dengan Blogger Zafirah. Bawa mak buyung makan 2 Feb lepas. Nasib baik bf ada di Bangkok, kalau tak bertambah lemak-lemak yang ada.
Baby Lobster Nasi Lemak . 30 minit tunggu, nak bakar lobster ambil masa lama |
Dekorasi yang ada |
Peminat nasi lemak kalau nak cari kelainan boleh cuba di Projek Nasi Lemak, mai singgah Penang, jangan lupa pekena nasi lemak. Setakat ini ada 2 cawangan yang dikesan, di Dato Keramat dan Esplanade (Padang Kota Lama). Antara menu special yang ada Nasi Lemak Giant Sotong, Nasi Lemak Udang Asam, Nasi Lemak Kepala Ikan. Minuman wajib cuba pula Coconut Shake, Volcano Milo, Kopi dengan Ais Krim Peanut Butter. Memang tak terfikir akan ada menu-menu macam ni. Omgeee.. Rasa macam nak pi makan lagi.
Nampak bersih, selesa nak makan |
Macam-macam menu ada |
Minuman pelbagai nama dan jenis |
Harga makan berdua :
Baby Lobster Set x 2 - RM 39.90
1 Lemon Grass Cold - RM 3.00
1 Milo Cold - RM 5.00
TOTAL : RM 87.80
Korang boleh juga makan di Projek Nasi Lemak Box di Esplanade, lebih teruja sebabnya berkonsepkan hipster dan santai. Yang menariknya, penyediaan makanan dan dapur dalam kontena. Selalunya konsep food truck sekarang ada food kontena. Tapi kalau hujan tak boleh makan sebab tak ada bumbung. Open table bawah pokok ni kena tengok cuaca.
PROJEK NASI LEMAK
Alamat : 498, Jalan Dato Keramat, Georgetown (mengadap stadium negeri)
Buka : Khamis - Selasa (12.00 pm - 3.00 pm & 6.00 pm - 10.30 pm)
(Rabu tutup)
Esplanade (Padang Kota Lama)
Buka : Isnin, Selasa & Khamis (6.00 pm - 1.00 am)
Jumaat - Ahad (5.00 pm - 2.00 am)
(Rabu tutup)
JJCM # Penang kena berhari-hari..mcm2 ada, a melting pot of all races..
ReplyDeletebelum pernah jumpa lagi - nasi lemak baby lobster..
igt td mkn kt dato keramat KL hehehe... mana laa tau kannnn
ReplyDeletesedap ni :)
ReplyDeleteHadoi.. lama tu 30 minit.. Kalau lapar memang bahaya ke sini.. hehehe.. Kena pergi waktu tak berapa lapar, barulah boleh sabar menunggu..
ReplyDeletewah nasi lemak? wrne biru? nyummis
ReplyDeleteharga untuk nasi lemak lobster tu pun okay jugak :D
ReplyDelete