13 Feb 2019

Daging Bakar Dannok Sedap Di Restoran Iwan Mee Udang Cafe, Kepala Batas

  Assalamualaikum Readers
 
 
Daging Bakar Dannok Sedap Di Restoran Iwan Mee Udang Café Bertam, Kepala Batas | Kalau singgah ke Seberang Perai Utara, jangan lupa singgah ke Bertam Kepala Batas, banyak kedai-kedai makan di situ. Makanan kat sini semuanya RARE! Ada Char Koay Teow Lobster tapi kami tak try pun sebab ketagih nak makan daging bakar Dannok saja. Restoran ni more to Siamese food. Kalau rindukan Dannok, tak payah masuk Siam dah. Mai makan kat sini saja. Ada banyak menu di restoran Iwan.
 
 
 
Daging bakar Dannok Sedap, wajib cuba 3 menu ni kalau singgah ke Bertam. Kami pilih minuman air jagung cincau dan air tembikai

 
 
Orang Malaysia memang suka makan! jadi tak kisah lah semua negeri ada tempat makan best, cuma tetiap bulan nak terjah tu ermm kena fikir 2 3 kali. Kang duit kawen tak cukup-cukup. Hahaha.. Malam tu, kami order sikit sebab makan berdua, takut over kembung pulak perut ni. Haha.. Lagi 1 menu yang patut cuba nasi goreng udang. Udang galah pun besar, puas makan. 4 ekor udang galah untuk seorang Nina, maceh bf bawa makan sini.
 
 
 
Daging bakar Dannok - Super duper ohsem macam makan daging yang juicy dan creamy. Dicicah bersama sos yang sedap!

 
Wajib cuba Char Koay Teow disini
 
 
Total makan berdua :
 
 
1 Daging bakar Danok (Daging sahaja) - RM 10.00
1 Nasi Goreng Udang Special - RM 15.00
1 Char Kuey Teow (Biasa) - RM 6.00
1 Jagung Cincau - RM 3.50
1 Air Tembikai - RM 3.50
 
 
TOTAL : RM 38.00
 


Yang mana berminat nak makan petang di Pusat Bandar Bertam, Kepala Batas, boleh la singgah di restoran ni. Dibuka dari pukul 6 petang hingga malam. Kalau dari susur keluar tol Bertam, ambil kanan, jumpa simpang empat (ada bank rakyat) belok ke kanan. 
 
  

8 comments:

  1. Semua pun nampak sedap! Kenapa Penang ni banyak makanan best?

    ReplyDelete
  2. tgk kuah CKT tu pun dah tau sedap

    ReplyDelete
  3. salam cik nina..
    pe habaq? lama ceq xmai sini..hehe =p
    adudu daging bakar ngn char kuey tiaw nmpk sedap tuuuu uhuhuii

    ReplyDelete
  4. Daging bakar Dannok tu nampak sangat menggoda..

    ReplyDelete
  5. memang sedap, saya dah tiga kali repeat

    ReplyDelete
  6. Bolehlah jemput ke blog saya ya
    sharimahyahya.blogspot.com

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com