30 December 2019

Selamat Pengantin Baru 2020 Eika Dan Kerol

Assalamualaikum Readers
 
 
Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru 2020! Dah ada azam baru atau nak teruskan azam tahun 2019 yang tak tercapai lagi? Azam Nina kena struggle cari duit nak kahwin tahun ni, yeayy.. Sebenarnya banyak lagi benda nak kena settlekan. Okay, boleh dikatakan ini kenduri penutup tahun 2019 dan selamat menjadi pengantin 2020 buat pasangan ini. Kenduri kali ni di dekat saja di Dewan Kompleks Sukan MPSP Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 28 Dis lepas. Berjumpa jodoh dengan gadis Penang jugak hang Kerol. Haha.. Pengantin laki dulu study UiTM Permatang Pauh, memang helok sangat. Dapat balik beraya di utara, sebelum ni asyik raya KL.  


Happy newly bride Eika & Kerol. Pengantin lelaki ni kelakar sebabnya kami selfie guna fon baru dia iPhone 11 Pro Max terus suruh tunang buka airdrop (hantar gambar)

Tak sangka boleh pakai biru juga, sorang demi sorang berjaya tamatkan zaman bujang tahun 2019

Kenduri kali ni nak pakai baju sedondon masa tunang aritu. Sekali sekala 


 
Dalam suka dan duka, teringat dulu lepas Eika bertunang, hampir setiap hari bergaduh dan banyak dugaan. Yelah dugaan bertunang setiap pasangan takkan sama, ada stage dan roadblock masing-masing. Katanya, rasa nak putus tunang pun ada. Alhamdulillah, lepas setahun dapat berita gembira ni. Semoga dipermudahkan urusan kawan Nina sorang ni dalam menguruskan rumah tangga plus dia memang suka masak siap buat ig story lagi. 



Selamat pengantin baru Nur Atiqah Sobri & Mohd Khairul Anuar Rosli


Untuk tahun selesai sudah pi makan kenduri dan ambik berkat. Sebenarnya bila ada masa, wang dan tenaga eloklah kita pi walimatulurus ni sebabnya ia perbuatan yang diharuskan. Kalau jauh tu, tak dapatlah nak attend. Bajet pun kena ambil kira juga kan. Ada 2 kenduri lagi bulan depan dan bulan 2. Alamak semua kenduri jauh-jauh. Dalam dilemma ni. Adudu..    



28 December 2019

Terima Kasih Blogger Anies Kesayangan!

Assalamualaikum Readers
 
 
Sebelum tahun 2019 melabuhkan tirai, banyak lagi entri tahun ni yang tak ter-publish. Hehee.. But I'll try my best. Ini antara entri bodek penghargaan untuk Blogger Anies kita bagi siapa yang mengenali memang akan kenal dia amat bermurah hati pos bermacam jenis gift untuk peminat pembaca dan pengomen tegar blognya. Apapun terima kasih tak pernah lupa orang di utara ni. Bertambah koleksi pemberian Anies.


Bestnya kalau jadi penulis. Kenal ke budak dalam gambar ni
 
Gifts penghargaan sebab sumbangkan ayat. Cewahh
 
 
Al-kisahnya, ada bulan berapa lepas, dah tak ingat bila, Anies ada wassap minta bagi satu pendapat issue untuk diterbitkan dalam buku majalah. Jadi, dah siap karang ayat bagai tup tup masa kami pi Unicorn Run tu, dia berikan gift ni. Sebenarnya tak mengharapkan apa-apa pun, bukan buat essay beratus patah perkataan pun. Semoga murah rezeki si pemberi.  



25 December 2019

Satu Malam Di Palm In Hotel Butterworth

Assalamualaikum Readers
 
 
Semalam Di Palm In Hotel Butterworth | Bilik Hotel Selesa Dan Bersih Di Palm In Hotel Butterworth | Hotel Murah Di Penang | Menjadi kebiasaan kalau rajin mesti nak review hotel yang Nina stay. Itu pun kalau rajin, menjadi tanggungjawab blogger untuk review segala macam mak nenek. Haaa gitu.. Dalam entri lepas, Nina ada kerajinan nak join fun run last untuk tahun 2019 bersama 2 makhluk, kawan dan adik tunang. Disebabkan start dari hari Jumaat lepas hingga ke ahad kenduri anak Mak Lang jadi malas nak balik rumah terus book hotel ni.  

Hotel Palm In Butterworth
 
Janji kemas dan bersih
 
Katil memanggil-manggil
 
 
 
Kalau dah sejenis manusia pack baju untuk sesuatu event tu, mesti nak angkut baju untuk 3 hari majlis berturut-turut, malas weyh ulang alik Butterworth-Kulim tapi terpaksa berulang alik jugak semata nak collect baju dan race kit. Kekonon janji nak konvoi ramai-ramai ke majlis perkahwinan sebelah lelaki di Penanti, alih-alih habis run boleh lena di hotel. Bangun pun pukul 11 pagi, siap-siap untuk checked out. Letih punya pasal, tolong kenduri orang dan larian. Kalau kenduri sendiri tak pasti macam mana.
 
 
 
Macam nak lari rumah kami berdua
 
Toilet pun bersih
 
Air sangat deras
 
 
 
 
Tak pernah lagi stay hotel ni. Dengarnya management under Restoran Kapitan Penang. Walaupun hari Sabtu, checked in pukul 10 malam, tak kisah janji nak peluk bantal. Receptionist akan minta deposit RM 50 (akan dipulangkan bila check out). Nina suggest hotel ni kalau ke Seberang Perai sebabnya keliling hotel banyak tempat makan, sebelah hotel ada KFC, Petron dan 7Eleven. Untuk 1 malam harga dalam RM 76.93 tanpa breakfast (harga dalam website Agoda).
 
 
 
Kemudahan di Palm In Hotel Butterworth :
 
 
  • Bilik bersih, selesa dan kemas.
  • Ada water heater, bantal lebih, tuala, air mineral, kopi, petunjuk arah kiblat kecuali hanger dan iron tak disediakan.
  • Parking percuma.

 

23 December 2019

Christmas Fun Run 2019

Assalamualaikum Readers
 
 
Christmas Fun Run 2019 | Alhamdulillah, berjaya join event ke 2 untuk tahun ini dan mungkin juga jadi larian penutup 2019. In shaa Allah, tahun depan kita masuk lagi fun run sambil collect baju, medal dan voucher hotel (nak simpan untuk orang menginap time kenduri nanti). Verangann boleh asalkan jadi kenyataan. Kali ni tak ada blogger Anies, sibuk kalah menteri hujung tahun, nasib ada 2 makhluk nak join, berjaya hasut tapi sedar syok pulak depa ajak Nina pi run.


Baju dan topi santa Christmas Fun Run 2019
 
Cahaya nur haha still nampak kurus
 
 
 
Christmas Fun Run 2019 ni diadakan di 4 negeri bermula Pasir Gudang, Ipoh, Sungai Petani dan Butterworth. Meriah dengan santa-santa, nasib baik kali ni laluan diubah. Early bird hanya RM 29 (first 500 slot) pada hari ahad lepas, 22 Dis di perkarangan De'Garden Hotel Butterworth. Run kali ni terpaksa stay di hotel berdekatan rumah dan tempat event sebabnya adik tunang join dan sehari sebelum event ada kenduri anak Mak Lang di Kulim. Next entri, Nina ceritain.
 
 
 
Padang Dewan Dato Haji Ahmad Badawi, time ni pukul 6 lebih balik rumah iron baju
 
Harap tak serik lah budak ni
 
Berjaya juga kanak-kanak Ribena habiskan fun run
 
 
Disebabkan di hotel iron tak disediakan dalam bilik, maka pagi buta selepas subuh balik ke rumah iron baju. Sebelum flag off, ada senaman zumba, kami sampai dalam 7.25 pagi, parking penuh terpaksa park jauh seabad. Belum lari dah kena lari. Run kali ni bukan di bawah tajaan Jom Run, jadi kami hanya dapat air mineral dengan medal sahaja. Lapaq gedik-gedik perut ni. Stay tuned ok!


Comelnya medal tapi kena jaga sebab catnya mudah tertanggal
 

22 December 2019

Asean Feast Buffet Dinner @ VOUK Hotel Suites Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Asean Feast Buffet Dinner Di Vouk Hotel Suites Penang | Best Buffet Dinner Di Penang | Sempena bulan Disember ini, pasti ramai yang ingin menghabiskan cuti bersama-sama keluarga, teman-teman dan orang yang tersayang sambil menikmati makanan yang lazat dalam suasana yang tenang dan romantik. Nina nak kongsikan satu lagi tempat makan best di Penang antaranya Vouk Hotel Suites Penang yang menyajikan menu-menu mereka dalam Asean Feast Buffet Dinner dengan tawaran menu yang menarik dengan harga berpatutan untuk semua pengunjung.
 
 
Entrace café
 
 
Suasana café yang bersih dan selesa
 
Model tak jadi tengah tunggu mem
 
Partner untuk hari kejadian.. Muka kami kembang setaman
 
 
 
Vouk Hotel Suites Penang ini rata-rata menunya sangat kena dengan citarasa rakyat Malaysia, sesuai dengan nama temanya. Hidangan berasakan menu Asia, jadi apa tunggu lagi. Cepat-cepat book untuk menjamu selera di Vouk Hotel Suites! Nina sukakan menu disini yang simple dan mengenyangkan. Belum habis lagi dengan entri makan-makan. Untuk pengetahuan semua, pihak hotel begitu aktif memperbaiki dalam penawaran tema dan menu terbaru untuk buffetnya terutama makan malam dan makan tengah hari. Okay, jom tengok menu-menu yang ada! Terliur bila teringat makanan.  


 

PEMBUKA SELERA
 
 

Salad bar pun meriah

Boleh buat permintaan tak? Hehe.. Gosok-gosok keluar apa?
 
Wajib cuba!
 
 
 
 
Sup ayam ni kalau ada roti lagi umphhh
 
Aneka keropok dan jeruk
 
 

Harga yang ditawarkan di Vouk Hotel Suites mampu milik dengan menu yang menambat hati. Untuk info terkini, sebelum ini pihak hotel iaitu, Cest Si Bon Restaurant, Vouk Hotel Suites, Penang ini pernah menampilkan tema 3 Abdul Buffet Dinner yang lebih kepada menu masakan chinese style, western, original Penang style dan asia. Tema kali ini lebih kepada makanan Asean.         



MENU UTAMA
 
 
 
Nasi minyak sedap
 

Ayam percik idaman, sedap kuah ayam ni, wangian hasil campuran bahan-bahan dan perapan tu memikat selera
 



Menu yang simple tapi memikat selera. Suka juga yang ini, sosnya pekat

Ini pun sedap, rasanya lain apabila masak di rumah
 
Wajib cuba spaghetti marinara
 
 
Rupa spaghetti marinara yang sedap tu
 
 
 
 KAUNTER AKSI
 
 
 
Mee Udang dengan kuahnya yang pekat tu

Bahan-bahan mee udang bersama bihun dan mee

Sooo sedap mee udang di Vouk hotel suites ni

Char koay teow pun boleh tahan sedap!

ABC

Crepes & condiments

Nampak sedap bila ditambah dengan aiskrim






PENCUCI MULUT



 






Aiskrim juga disediakan bersama pilihan minuman kopi dan teh



Terima kasih buat pihak Vouk Suites Hotel untuk jemputan review pada hari itu. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak hotel di nombor telefon yang tertera di bawah. Banyak lagi menu-menu menarik boleh tengok di official Instagram : @voukhotelsuites . 
 

 





Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com