25 Dec 2019

Satu Malam Di Palm In Hotel Butterworth

Assalamualaikum Readers
 
 
Semalam Di Palm In Hotel Butterworth | Bilik Hotel Selesa Dan Bersih Di Palm In Hotel Butterworth | Hotel Murah Di Penang | Menjadi kebiasaan kalau rajin mesti nak review hotel yang Nina stay. Itu pun kalau rajin, menjadi tanggungjawab blogger untuk review segala macam mak nenek. Haaa gitu.. Dalam entri lepas, Nina ada kerajinan nak join fun run last untuk tahun 2019 bersama 2 makhluk, kawan dan adik tunang. Disebabkan start dari hari Jumaat lepas hingga ke ahad kenduri anak Mak Lang jadi malas nak balik rumah terus book hotel ni.  


Hotel Palm In Butterworth
 
Janji kemas dan bersih
 
Katil memanggil-manggil
 
 
 
Kalau dah sejenis manusia pack baju untuk sesuatu event tu, mesti nak angkut baju untuk 3 hari majlis berturut-turut, malas weyh ulang alik Butterworth-Kulim tapi terpaksa berulang alik jugak semata nak collect baju dan race kit. Kekonon janji nak konvoi ramai-ramai ke majlis perkahwinan sebelah lelaki di Penanti, alih-alih habis run boleh lena di hotel. Bangun pun pukul 11 pagi, siap-siap untuk checked out. Letih punya pasal, tolong kenduri orang dan larian. Kalau kenduri sendiri tak pasti macam mana.
 
 
 
Macam nak lari rumah kami berdua
 
Toilet pun bersih
 
Air sangat deras
 
 
 
 
Tak pernah lagi stay hotel ni. Dengarnya management under Restoran Kapitan Penang. Walaupun hari Sabtu, checked in pukul 10 malam, tak kisah janji nak peluk bantal. Receptionist akan minta deposit RM 50 (akan dipulangkan bila check out). Nina suggest hotel ni kalau ke Seberang Perai sebabnya keliling hotel banyak tempat makan, sebelah hotel ada KFC, Petron dan 7Eleven. Untuk 1 malam harga dalam RM 76.93 tanpa breakfast (harga dalam website Agoda).
 
 
 
Kemudahan di Palm In Hotel Butterworth :
 
 
  • Bilik bersih, selesa dan kemas.
  • Ada water heater, bantal lebih, tuala, air mineral, kopi, petunjuk arah kiblat kecuali hanger dan iron tak disediakan.
  • Parking percuma.

 

7 comments:

  1. time sebelum kahwin dlu, wife aku selalu duduk hotel ni kalau dia datang kulim nak jumpa aku. sebelum ni hotel yang elok tak banyak kat kulim. ada hotel seri malaysia je. fuller & tune hotel belum ada lagi masa tu. so dekat sini la dia menginap. memang ok hotel ni.

    ReplyDelete
  2. ok la harga nya....bersih n selesa yang penting....

    ReplyDelete
  3. berbaloi la harga tu dengan hotel ni. Fun run ni Anies join gak ke?

    ReplyDelete
  4. rasa nak pergi holidays lagi lahh heheh..mcm best pulak bermalam di hotel butterworth ni..cantik hotel nya

    ReplyDelete
  5. Wow...
    x ajak kami..

    ReplyDelete
  6. Bilik bersih dan kemas tu paling diutamakan. Harga pun berpatutan dan tempat makan pun dekat kira okaylah tu :)

    ReplyDelete
  7. Tapi takde iron tu adeh. Kita dahlah kuat mengiron 😂😂. Tapi takde hal sangat pun sebenarnya asalkan katil best, bilik bersih dah terbaikkkk

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com