25 March 2020

Resepi Kuey Teow Sup Berempah


Assalamualaikum Readers



Resepi Kuay Teow Sup Berempah | Hari ke 7 kawalan pergerakan, semalam pukul 8 pagi dah keluar ke market Seberang Jaya-Econsave-Rumah-Mydin-Rumah 🚘 Luas perjalanan selepas 6 hari duduk rumah, kulit pun dah putih 😂😂 Keluar top up makanan sementara masih ada stok makanan keperluan. Dah plan nak masak kuey teow sup untuk bagi kat jiran (berbalas hantar makanan). Ini kali ke 2 Nina masak KTS, sebab 1st time buat untuk bakal family in law makan 😏 Terpulang nak letak bahan apa asalkan sup tu ada ummphhh 😋


Kuey Teow Sup Berempah siap! 

Bahan-bahan nak buat kuey teow sup


Makan sup time hujan lebat ni memang syahdu. Dah lama hujan tak turun. Alhamdulillah. Masak sup ni tak ambil masa yang lama. Walaupun bahan-bahan nampak banyak tapi sekali sekala berbaloi masak. Sementara masih bercuti ni boleh masak apa yang teringin nak makan. Ada hikmah bila kita stay at home, boleh berbakti kepada keluarga, sebelum ni nak masak di rumah, jarang ada masa hanya tunggu weekends tapi sekarang hari-hari boleh masak. Nina sengaja tak masukkan kuey teow dalam sup sebab tak nak kembang. Better asingkan sup nak makan anytime panaskan sup saja, kalau ada lebih boleh makan dengan nasi. 







Bahan-bahan :


1 bungkus kuey teow (dibilas & direbus sebentar)
1 paket fishball
1 paket fishcake
1 ikat sayur sawi
10 ekor udang
Sedikit kobis bunga
Setengah batang lobak merah - hiris nipis
2 ketul tauhu (digoreng)
2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
Garam dan penambah perasa secukupnya
Daun bawang & daun sup (dipotong kecil)
1 mangkuk taugeh (direbus seketika)
2 biji telur (optional)



Semua bahan dah siap direbus


Bahan tambahan wajib ada, kalau ada lobak masin lagi sedap!


Bahan untuk sup berempah :


4 Biji bunga cengkih
2 Keping kayu manis
3 Biji bunga lawan
Sedikit halia (ditumbuk)
1 sudu kecil lada sulah / lada hitam
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 camca serbuk jintan manis
1 camca serbuk jintan putih
Air secukupnya



Cara-caranya :



1. Masukkan air untuk rebusan (nak sup lebih boleh tambah air lebih)


2. Masukkan kesemua bahan-bahan berempah, garam dan perasa biar sehingga mendidih.


3. Masukkan ayam, lobak merah, udang, sayur sawi, kobis bunga, fishball dan fishcake. Jangan biarkan terlalu lama. Setelah mendidih tutup api. 


4. Hidangkan bersama taburan daun sup, daun bawang, tauhu, taugeh dan bawang goreng bersama sambal cili.


Selamat mencuba! 



No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com