20 January 2021

Burger King Hershey's Sundae Pie & Starbucks Smoked Butterscotch Latte Frappuccino Sedap!

 Assalamualaikum Readers


Burger King Hershey's Sundae Pie & Starbucks Smoked Butterscotch Latte Frappuccino Sedap! 💕 | Antara 2 benda yang nak makan. Mungkin hubby kesian tengok bini 2 hari lenguh tangan akibat inject Tetanus. Sabtu lepas, dia ajak teman pi site. Risau tak lepas roadblock Penang bridge. Nasib baik polis nampak surat terus bagi jalan (ikut mood polis). Kadang jammed sebab tahan tengok surat.



Burger King Hershey's Sundae Pie - RM 6.50


Agak comot sebab pie ni jenis aiskrim . Manis sangat untuk setiap lapisan. Sekali sekala makan tak apa

Order burger Mozarella XL Beef untuk hubby - RM 15.50 (BK ni memang tak letak sayur, rasa not bad walaupun nampak kosong)

Bayangkan masuk JPO, Mitsui, GPO tapi butik-butik semua berantai


Alang-alang singgah Batu Kawan, Nina ajak ke Design Village sebab tau hanya resto makanan saja dibuka untuk takeaway. Sebelum BK tutup kesemua branch di Penang, suka sangat Hershey's Sundae Pie, bila buka semula jauh dari rumah. Hubby order burger, dia memang tak makan BK sebab burger tak sedap, tak ada sayur macam McD. Kami berdua rindukan Wendy's 😁😋 


Salah satu site di kawasan perusahaan

Balik ke pulau guna bridge no 2, dari kawasan kilang tak ada roadblock

Starbucks Smoked Butterscotch Latte Frappuccino - RM 19.60

Boleh pilih iced atau frappe. Butterscotch + sedikit kopi tu buat aroma wangi dan rasa sedap, tak over manis

Manuka belum cuba sebab quota Starbucks untuk bulan ni dah habis


Balik dari tengok 3 site. Hubby terus ke Starbucks area rumah. Nina nak beli di Design Village tapi tak pasti Starbucks kat mana sebab keadaan sunyi dan letih berjalan. Dapatlah cuba 2 jenis minuman Starbucks untuk bulan ni. Dah boleh stop makan benda manis. Yang belum cuba boleh cari. Sementara stok masih ada. 


19 January 2021

Review : St. Ives Soothing Oatmeal Sheet Mask

 Assalamualaikum Readers


Review : St. Ives Soothing Oatmeal Sheet Mask | 1st time pakai sheet mask dari St. Ives, beli pun sebab MIL bagi duit. Hee.. Nina ada pakai scrub St. Ives tapi tak habis lagi, dah habis pakai baru keluar review. Brand ni ada pro dan cons 50/50, maknanya ada sesetengah orang suka pakai dan ada yang bagi bad review. Itu nanti cerita lain.


St. Ives Soothing Oatmeal Sheet Mask


Apa yang best sheet mask ni, lepas pakai muka akan rasa sejuk, lembab dan lembut. Esssencenya cair melekit dan melimpah ruah. Jangan risau bila dah meresap ke dalam kulit dah tak rasa melekit tu. Bau macam oat tak? Jawapannya bau oat sikit tak menyengat. Terbaca komen blogger Sal kata muka flawless 😂😁 Nak selfie kena pakai pondation dan guna filter. Terus lawa. Tak perlu make up tebal-tebal.


Sheet mask besar. Sesuai untuk muka jenis lebar dan panjang

Muka nampak lembab tapi bekas jerawat tu masih ada


Pakai 10 minit dan tanggalkan, tak perlu bilas. Biar essence kering baru boleh tidur. So far lepas pakai tak ada effect tak elok di muka. Kalau gatal-gatal tu means kulit muka reject produk tu serta merta.


18 January 2021

Starbucks Pistachio Pure Matcha Latte & Roti John Mozarella Beef

 Assalamualaikum Readers


Starbucks Pistachio Pure Matcha Latte & Roti John Mozarella Beef | Halluuuu 🌸 Kembali semula dengan entri makan-makan janji tak gemok. Khamis lepas, walaupun PKP hari ke 2, still keluar cari makan. One of my therapy sebab haritu kena inject vaksin Tetanus. 2 hari lenguh seluruh tangan kanan penangan vaksin tu, alhamdulillah tak demam. Nina ada nampak orang promote roti John dalam FB terus siap-siap pi beli 😆😆 berdekatan dengan Hospital Lam Wah Ee, Batu Lanchang. Tapau terus makan dalam kereta sambil drive pi Starbucks.


Starbucks Pistachio Pure Matcha Latte in Iced - RM 19.60

Buih-buih cinta matcha dan pistachio

Berat naik 1.5kg (55kg), masih lagi bawah 60kg

Cuba minuman terbaru dari Starbucks untuk bulan Januari sahaja


Kalau kacang pistachio tambah lagi kan best



Starbucks Pistachio Pure Matcha Latte ni tak available dalam frappuccino, hanya order iced. Bayar pakai apps memang jimat. No more cashless bila ke Starbucks. Hantu kacang atau peminat pistachio sahaja akan kata sedap 😋😋 lemak kacang pistachio mixed dengan matcha, rasanya unik tak tau nak describe macam mana. Kena try sendiri baru tahu tapi based on review 50/50 ada kata sedap dan tidak. Bagus starbucks keluarkan air kacang cerdik, sejak PKP 1.0 banyak jumpa manusia yang tak cerdik dalam socmed dan dunia nyata 😍😋 rasa terhibur bila baca komen-komen. 


Roti John Mozarella Beef - RM 10

Belemoih (comot) itu harus

Roti John extra mozarella - RM 14

Menu-menu yang ada. Kalau extra mozarella cheese add on RM 4


Btw roti john mozarella ni dah repeat kali ke 2, beli untuk MIL. Memang sedap, rasa beef bersama telur dan mixed dengan 4 jenis sos. Nanti nak try tambah mozarella cheese pulak 😜 Yang stay area Timur Laut boleh pi cari kedai Roti John ni. Support business anak melayu, chinese pun layan. Waktu perniagaan antara 3.00 petang - 8.00 malam boleh waze 'Matsaleh Barber Batu Lanchang' . Better pi beli terus sebab COD lambat. Tang mana pun boleh hantaq, asai pulau dalam pulau saja 😂😄 PKP ni mana boleh rentas Penang bridge. Harap bertenang bapakku, nanti dah boleh rentas laut, anak bawak balik. Hehe  


16 January 2021

Tips Cuci Keyboard Yang Terkena Air Bergula

 Assalamualaikum Readers


Tips Cuci Keyboard Yang Terkena Air Bergula | Bila budak Multimedia dan Mekanikal duduk serumah, ada kala tak sepakat membawa berkat pun. Minggu lepas, Nina tak sengaja tumpahkan air sarsi atas keyboard. Hubby baru nak start main game, terus off pc 😏😄 Lepas tu membebel, nanti keyboard dah tak boleh tekan bla bla.. Kalau bab kereta terer ler. Itu pun kelaut dah bila kerja lain, pi tengok site.


Tips Cuci Keyboard Yang Terkena Air Bergula Dan Kotoran

Dah cuci dengan wet tissue boleh keringkan


Ahad lepas, ada free time, Nina pun cuci keyboard. Kalau biar lama-kelamaan air gula dah kering, keyboard jadi susah nak tekan. Macam mana nak update blog. Hihi.. Kalau keyboard kotor jangan risau, tak perlu pun beli yang baru. Hanya perlu rajin keluarkan huruf-huruf, cuci dengan tisu berair/wet tissue sehingga bersih dan blow dengan hair dryer. Simple! Nak cuci keyboard kat ofis, sila bawa hair dryer 😂😏


Tadaaa dah siap. Dah siap pasang huruf sila check boleh tekan ke tak


Kalau keyboard kotor disebabkan habuk atau apa saja boleh buat step yang sama. Jangan lah biar keyboard jadi tempat pembiakan semut pulak. Selamat membersih.


15 January 2021

Twiggies Peanut Butter Bounce & Delicia Hazelnut Chocolate Spread Sedap Dari Gardenia

 Assalamualaikum Readers


Twiggies Peanut Butter Bounce & Delicia Hazelnut Chocolate Spread Sedap Dari Gardenia | Pandai betul marketing Gardenia. Announce nak naikkan harga roti terus keluarkan produk terbaru. 2 produk baru Gardenia yang sempat rembat seminggu sebelum PM kata nak buat PKP. Nak beli kena terjah 7E atau stesen minyak waktu pagi, kalau tak nampak rak kosong jelah. Asyik banyak update pasal makan, entah bila nak keluar entri makan angin dan travel.


Twiggies Peanut Butter Bounce




Twiggies Peanut Butter Bounce ni sedap dan rasa peanut butter tu tak keterlaluan bila gigit. Rasanya siapa yang tak suka peanut butter memang tak try beli tapi why not cuba. Rasanya tak lah teruk sangat sebab stok kerap licin. Harga dah lupa, resit hilang entah ke mana.


 Delicia Hazelnut Chocolate Spread - RM 15.50


Selepas dibuka jangan simpan di dalam peti sejuk

Sedap dimakan bersama roti panas


Delicia Hazelnut Chocolate Spread ni beli sebab nampak menarik macam Nutella. Nina memang tak makan Nutella sebab tak halal dan bahan meragukan. Bila nampak botol hazelnut chocolate merah terang ni terus grab. Rasa seakan-akan Nutella tapi rasanya tak terlalu over manis. Hari-hari hubby makan roti bakar sapu hazelnut chocolate ni. Tak digalakkan simpan dalam fridge sebab nanti keras. Boleh dapatkan di kedai-kedai runcit dan stesen minyak.


14 January 2021

Magnum Cherry Blossoms Yang Sedap

Assalamualaikum Readers


Magnum Cherry Blossoms Yang Sedap | Selalunya balik dari check up lepas tu kena inject vaksin kancing gigi memang lenguh lengan kanan harini 😂😄 Nasib boleh drive dan singgah 7E berdekatan cari aiskrim. Sejak dikeluarkan dah masuk 3x makan tapi terlupa nak up dalam blog. Harini Nina angkut 2 aiskrim Magnum perisa lain-lain. Dapat makan pun dah happy. 


Magnum Cherry Blossoms - RM 4.50

Cantik dried cherries

Sedap bila digigit


Magnum Cheery Blossoms ni sedap walaupun ramai kata tak kena dengan tekak. Jarang aiskrim Magnum tak sedap bila dikeluarkan. Packaging pun cantik sangat girlish. Rasa salutan coklat diluar tu manis dan masam sekata sebab ada dried cherries dengan Belgian Chocolate warna pink. Aiskrim didalam just nice rasa manis dan lemak. Tak sure rasa sakura sebenar macam mana. Yang belum cuba boleh cari.


Resepi Sup Ayam PKP 2.0

 Assalamualaikum Readers


Resepi Sup Ayam | Tak ada makna PKP 2.0, relax bukan tak boleh buat aktiviti harian pun. Nina masak sup ayam sempena sambut PKP sebab letih ke sana ke sini semalam. Yang penting dah tunaikan kewajipan pada parents, bawak beli barang. My mom very patuh SOP. Legaaa.. area rumah sewa Nina ni banyak orang tua ronda pusing taman naik moto tak pakai fask mask sampailah market (pasar).


Resepi Sup Ayam


Memandangkan hubby jenis manusia makan benda berkuah sooo terhasil lah sup. Masak cepat pun 1 hal jugak. Musim PKP sampai puasa (im sure) ni mek Nina akan rajin share resepi masakan. Semuanya autopublish. Nanti dah tak busy, Nina terjah blog satu-satu. Terima kasih yang singgah dan drop komen baik-baik 😃😎



Air tu terpulang nak banyak ke sikit

Sup siap dimasak


Bahan-bahan :


6-7 ketul ayam

2 biji bawang merah (ditumbuk)

3 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 inci halia (dihiris nipis)

2 biji ubi kentang (dibelah 4)

1/2 lobak merah (dipotong sederhana nipis)

Garam & gula secukupnya

Daun bawang & daun sup (untuk hiasan)


Bahan Tumis :


1 biji bunga lawang

1 biji buah pelaga

1/2 kulit kayu manis

1 biji bunga cengkih


Cara Memasak :


1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan tumis bersama bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Api sederhana, tak pasal hangit.


2. Masukkan air ke dalam periuk secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.


3. Masukkan ayam bersama kentang dan lobak. Masak sehingga kesemua bahan empuk.


4. Tambahkan garam, gula dan perasa secukup rasa. Biarkan sehingga masak.


5. Taburkan daun sup dan daun bawang, tutup api. Siap untuk dihidangkan bersama sambal.



13 January 2021

Air Teh Tarik Botol Mamak Taste F&N Sedap Ke Tidak?

 Assalamualaikum Readers


Air Teh Tarik Botol Mamak Taste F&N Sedap Ke Tidak? | Salah satu hobi ialah habiskan masa membelek satu-satu makanan di 7E area rumah (waktu malam tak ada orang). Salah satu tempat jugak untuk habiskan duit sendiri dan duit hubby. Macam-macam jenis jajan dan minuman yang belum pernah Nina explore lagi. Selamat menyambut PKP 2.0 buat Pulau Pinang dan negeri-negeri yang sewaktu dengannya.


Teh Tarik Botol Mamak Taste F&N - RM 3.90 sebotol

Jangan lupa shake dulu untuk mixed teh dan krimer


Akan diterjah 7E walaupun MCO. Beli-snap gambar-rasa-review, haa gitulah rutin setiap bulan. Harga sebotol okay, tak mahal sangat. Packaging cantik dan nampak exclusive. Sangat vibrant dengan warna oren terang dari jauh dah memancar. Setakat ni ada 2 variasi, Teh Tarik Ori dan Teh Tarik Kurang Manis. Bagi Nina kedua-duanya sedap, dah 3 botol minum (ori 2, kurang manis 1). Hahah.. berangin satu badan. 


Ini rupa air teh tarik kalau tak shake


Menggunakan tagline 'Mamak Taste' . F&N memang tak tipu sebab rasanya pekat likat tapi hubby kata tak rasa sebiji macam teh tarik di kedai mamak (high taste macam tulah). Sesiapa yang suka teh tarik mamak wajib cuba. Yang original pure kaw ala di kedai mamak. Minum sejuk lagi nikmat. Kalau tak sejuk pelik sikit rasa dia.


12 January 2021

Macadamia's in the House!

 Assalamualaikum Readers


Macadamia's in the House! far far away from Big Fields Perthlis, I just receive this evening from Pos Laju. Well speaking pulak. Sejenis hantu kekacang oversea kecuali kacang-kacang Mesia (hijau, tanah etc). Kacang Macadamia antara kacang mahal dan di pasaran dah disalut dengan garam. Nina suka makan original dari kulit, lagi fresh dan berlemak. Kacang yang berasal dari Australia. Boleh baca 'Macadamia'


Kacang Macadamia 500g - RM 32.70

Di Aussie, kulit macadamia dijadikan arang untuk grill daging sebab kulitnya lambat jadi abu dan asapnya tak meninggalkan bau di makanan. 

Sedap dimakan begitu saja


Sebelum pandemic, banyak seller jual dari Thai. Sekarang susah nak jumpa, nasib dalam shopee ada sorang seller ni dan trusted. Kenapa kacang macadamia, badam, pistachio dan lain-lain mahal? Sebab kandungan nutrient dalam kacang bagus untuk badan dan kulit. Kalau perasan produk-produk berasaskan minyak kekacang ni agak mahal. Kena rajin membaca benefit setiap kekacang, you would love it! Tak pernah kedekut untuk invest beli untuk diri sendiri. Maceh hubby, dia peminat pistachio. Nama pun kacang cerdik, harap cerdik 😂😄


Beli macadamia WAJIB ada besi ni

Trusted seller. Macam-macam kacang oversea ada

Ini rupanya di pokok. Hebat kejadian Allah


Yang pernah makan saja akan tahu sedap atau tak 😋


My First Giveaway by Blog Sal

 Assalamualaikum Readers



Klik banner untuk join


Meh join dan support 1st GA dari Blogger Sal . Hadiah menarik tau 💙💙


11 January 2021

Pes Sambal Tumis Maggi Wajib Ada Di Rumah!

 Assalamualaikum Readers 💫


Pes Sambal Tumis Maggi Wajib Ada Di Rumah! | Bila share entri masakan, ramai komen kata rajin memasak. Dah kawen ni semua kena rajin kecuali kawen dengan VVVIP ada 10 bibik lain lah. Haha.. Ini antara produk yang mak suggest dan bekalkan lepas selesai nikah, siap dengan rempah ratus lain. Love u mom! 


Pes sambal tumis Maggi - RM 1.50

Siap sambal tumis udang, sempat snap ini saja sebab hubby lapar


Bahan-bahan perencah ni memang memudahkan kerja memasak. Dah tak payah nak gunting cili kering lepas tu rebus lepas tu blend pulak. Alahai.. Kami anak beranak dah lama tak beli cili kering. Buat panas jari dan tangan. Bila rebus siap bersin bagai, leceh 😒😒 


Antara bahan masakan WAJIB ada, serbuk kunyit tu beli paket kecil boleh pakai untuk goreng ayam

Perencah nasi goreng pun wajib ada. Weekend malas masak lauk boleh buat nasi goreng, tak kuasa nak beratur tapau makanan
Banyak betul mak beli, siap guna sebelum expired



Pes sambal tumis Maggi ni boleh masak bermacam jenis masakan. Kena pandai olah baru menjadi. Paling mudah masak sambal tumis udang. Siap dalam 15 minit. Lagi pun dalam pes dah siap bawang. Nina tak suka blend bawang siap-siap simpan dalam peti ais. Masakan tak fresh dan dalam masa 2 hari bawang dah basi. Euuww 😔 Lebih suka tumbuk bawang putih dan merah terus masak. Berselera laki bini makan.


Terpulang kepada selera masing-masing. Diri sendiri yang nak makan. Rasanya masak sendiri mesti nak sedap dari kedai (guna bahan murah). Asyik rasa ajinomoto lebih. Sekarang ni nak sihat dan bersih bermula dari rumah 😎


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com