13 May 2012

Ke Kuala Lumpur Dua Hari Satu Malam


Rasa rasanya dah lama tak update blog, bukan setakat rasa saja tapi memang lama tak update blog buruk berkaler pink aku nie. Macam biasa aku suka peram cerita baru sampai basi baru nak update tapi harini aku nak update cerita baru. Kalau cerita nie boleh bau mesti wangi kan kan.. Herher


Ok lupakan pasal bau tu, sebenarnye berpunca bila kite dah terlalu taksub dengan lagu Najwa Latif, ala lagu 'Untuk Dia' dengan Sleeq tu. Sampaikan tengah update entry nie pun kite dengar lagu tu. Plan dari tahun lepas, aku asyik delay dengan kawan nak pegi makan angin kat Key ell. Dengan duit yang disepport oleh mak, dapat jugak barang yang aku idam tu. Terima kasih banyak2 kepada penaja transport, Bella & Tinie. Sayang hampa ketat2. Dari Ipoh sampai KL Sentral aku tak senang duduk asyik tengok pramugari ets yang comel2. Kalau ada abang aku dah tackle sorang.



Selamat tinggal.. papai

Ada ciri2 pramugari ets tak ? Perahsan -.-'


Penat tunggu ets lepas tu berhenti di setiap stesen, tengok tv cerita yang sama tapi hati mau manyak senang, hati mau bunga2, lagi seronok bila 2 hari lagi aku nak habis paper dan cuti sem. Lagi ber-double2 lah gembira aku. Boleh seronok2 goyang kaki kat rumah jadi tuan puteri boleh menternak lemak. Lagi bertambah2 tahap kemalasan aku berbanding kerajinan. Ayat tak boleh blah.



Erk tempat ets berhenti paling lama. Aku jadi blur2 teringat kisah dizaman muda2


Eh aku tak sedih cuma teringat saja. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau sudah tiada. Sambung cerita, sampai saja terus cari makan, biasa lah perut orang melayu memang tak tahan lapar, baru saja breakfast perut lapar balik sebab itu lah perut menjadi kek lapis yang berlapis2. Bila dah kenyang baru boleh seronok naik turun monorel, LRT nak ke Times Square. Seronok nak menghabiskan duit, ish bila lah aku nak insaf. Sebab itu lah ada pepatah 'perempuan tak dapat dipisahkan dengan shopping'. Biar putus urat kentut pun janji hati puas. 



 Maintain perut itu penting ye adik2 kalau part nak posing

Cantikkan.. baru renovate

Dalam Times Square pun ada roller coaster.. takut nak naik


Bila dah shopping dari Lowyat sampai ke Sogo, berjalan sungguh aku semalam dengan harini. Dah masuk macam2 tempat tapi kaki tak puas jugak nak jalan sana sini. Kalau orang lelaki teman mesti kerja nak bebal saja. But it's ok kerana ini hari ladies saja. Walaupun kena kacau dengan si 'teruna' tapi kami tak kisah, kita cool saja. Biasa lah nama pun key ell. Macam2 benda boleh kita tengok, boleh kita rasa, boleh kita teruja.


Gambar paling poyo, aku bawak buku dari Ipoh sebab cik Pika nak pinjam

Muka dah sama tembam aku tengok

Tata.. nak balik dah, menuju ke Pudu

Lombong cantik kat Temoh, Tapah


Penat dah aku menaip panjang2, penat berjalan pun tak hilang lagi. Kalau dah penat bila masa pulak aku nak pack barang balik cuti nanti. Kena tunggu perasaan excited aku datang dulu kot. So malam nie kena lah gayut dengan mak baru boleh excited. Seriously pertama kali dalam hidup aku rasa journey kali nie paling banyak aku kutip pengalaman. Paling sedih bila setiap kali turun kat mana2 tempat mesti aku nampak orang minta sedekah dalam keadaan uzur, buta, baju koyak sana sini. Aku tak boleh tengok keadaan macam nie. Dimanakah anak2 dorang, tak kesiankah ibubapa di kaki lima meminta sedekah dengan mangkuk2 kosong ditangan. Sempena Hari Ibu, aku nak ucapkan khas buat orang yang paling aku sayangi, Puan Sopeah Yusof :



Ina nak ucapkan terima kasih sebab telah membesarkan seorang anak yang nakal dari kecik. Telah bagi semua kasih sayang sampaikan suami sendiri jeles dengan anak.
Satu-satunya anak yang dia ada, I Love You so much mom !

Happy Mother's Day


36 comments:

  1. untung lah g kl x mengajak

    ReplyDelete
  2. untung la pergi....g x mengajak

    ReplyDelete
  3. aku tidok sana bukan balik hari lah..

    ReplyDelete
  4. nanti la kita lepak macam dulu2

    ReplyDelete
  5. Haha..mana boleh tak bawak photographer aku ni.

    ReplyDelete
  6. hahah aku bukan nya photographer aku sekadar mat rempit jer..agaknya lah kot

    ReplyDelete
  7. Haha..habis takkan aku nak join ang rempit

    ReplyDelete
  8. hahha...giler..xada keja awok nk ajak mike merempit..ajak jumpa kt kolej ok lah gak

    ReplyDelete
  9. Bila plak aku ajak merempit..ceh poyo ja nk jmpa kt kolej.

    ReplyDelete
  10. huhu tempat yang selamat diduduki...eeeeeeee

    ReplyDelete
  11. hahaha..kat depan office memang la selamat !

    ReplyDelete
  12. depan office ??wah susah nih

    ReplyDelete
  13. Haha..bkn ang suka lepak depan office. bg hdiah teddy bear pun kt situ gak!

    ReplyDelete
  14. arr kandang kandang saja...alah bukan orang nampak pung aku bagi teddy bear kt kakak

    ReplyDelete
  15. ayat geli gila la weyh...hang ingt orang buta ka.

    ReplyDelete
  16. hahah aku x tau pulak pasal tu...ehehe aku ingat orang ramai orang x perasan

    ReplyDelete
  17. Ang jgn main2..bdak2 junior dh la kaki kuat gosip.

    Semua dok kata aku HOT! cehhh

    ReplyDelete
  18. muhahah untung lah orang tu TOP...
    x sangka aku...kui3

    ReplyDelete
  19. Hahaha..aku memang HOT sebab tu semua org kenal.

    ReplyDelete
  20. mengaku pon...aku bejaya kawan ngan orang HOT nih

    ReplyDelete
  21. Hye, terima kasih sebab sudi komen.
    Komen la apa saja, jangan malu jangan segan :)

    ReplyDelete
  22. Untungkan ada kwn HOT macam aku..haha

    Boleh tumpang glamour!

    ReplyDelete
  23. arr aku x kejar glamor...x best..susah hidup tp kalau aku artis tu..tu lain cerita..hahahah

    ReplyDelete
  24. Eleh ayat xboleh blah..hang tau ingt artis korea 24 jam ja

    ReplyDelete
  25. oh yehhh,,,,,kpop...muka aku nih mcm korea x ?:P

    ReplyDelete
  26. Haha..perasan lebih. xdak langsung pon

    ReplyDelete
  27. hahha ok lah sapa lah kita nih kan ...melukut di tepian gantaang

    ReplyDelete
  28. biasa..... aku suka jiwang2 nih...

    ReplyDelete
  29. Jiwang la sikit baru org kata mamat jiwang..haha

    ReplyDelete
  30. sorry aku x minat jadi mat jiwang

    ReplyDelete
  31. Haha.. jd sekali pun dh cukup. aku nk tngok. mesti aku gelak gila2

    ReplyDelete
  32. yelah aku mana lah sesuai ngan jiwa jiwang tu...geli che...hahahhaha

    ReplyDelete
  33. Haha..memang tak sesuai pun. Aku gelak guling2 kalau hang jd mat jiwang

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com