19 May 2012

Review Filem Mantera






Cuti kali ni amat bermakna. Susah nak cakap semuanya dalam sekelip mata. Macam mana nak ceritakan. Oke, ada kawan lelaki yang dah lama contact dalam fb tanpa jumpa. Sebelum aku balik cuti sem kali ni dia minta no fon. Kiranya ni 1st time kami keluar berdua tengok wayang. Terima kasih sebab belanja. Agak segan bila keluar dengan dia. Dah la terjumpa dengan kawan-kawan dia kat Sunway Carnival. Malunya asyik tengok muka. Tak sangka pulak pakai baju biru sedondon. Namanya Mohd Syammir dan dalam proses berkenalan. Jeng..jeng



Oke, back to story. Mantera ini filem pertama Tomok menjadi robot. Tengok robot Malaysia berlawan memang rasa nk pengsan. Haha. Kononnya Transformers versi Malaysia.



Mantera, sebenarnya nama robot or sistem senjata yang telah sibuat oleh syarikat Russia, Weston Tech. melalui Dr. Natasya, ketua saintis mereka dan akhirnya dia sedar Weston Tech didalangi oleh kumpulan penjahat, Dark Legions. Last2, Dr. Natasya meletupkan Mantera dan menghantar prototaip Mantera kepada seorang budak bernama Azman di Malaysia. On the other side, lawan Dark Legions ni ialah Alliance of Light, yang telah diamanahkan menjaga bumi sejak dulu lagi dan membangkitkan kuasa Mantera. 



Azman, seorang pelajar jurusan IT dan dirinya berasa tercabar oleh seorang perempuan, Deena, pelajar tahun akhir bidang Robotics. Sebelum itu, Azman telah menerima sebuah bungkusan dan di dalamnya terdapat logam dan besi. Dia memasang komponen logam dan secara tiba-tiba berubah bentuk menjadi sebuah topi keledar. 






Dengan bantuan topi keledar, Azman berjaya melihat imbasan pemasangan komponen logam itu dan akhirnya membentuk sebuah motosikal. Motosikal itu akan memberikan pergerakan tambahan kepada penunggangnya dan pada mode pejuang, motosikal itu akan bertukar dan bergabung dengan penunggangnya untuk membentuk pelindung badan 'exo-robotic'. Dah jadi robot Azman tu. Kalau nak tau macam mana Azman boleh dapat komponen tu kena lah tengok Mantera. Hehe.. 






Aku tak faham mamat atas nie cakap Russia. Buat-buat faham sudah la. Siap dengan baju bulu kambing dia tu. Lepas habis tengok wayang mesti perut lapar. Bapak sejuk dok dalam wayang tu. Naik beku jadi aku ajak dia drive thru McD beli burger, turn belanja dia pulak makan ayam McD ja. Lepas tu menjamu selera di pantai Bagan Ajam time senja. Makan sambil tengok laut siap angin sepoi-sepoi kena muka fuhh memang syok kalau tidoq. Itulah kesudahan aktiviti pertama balik cuti sem 4 nie. Tataa. 



No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com