28 Jul 2012

Happy 23th Anniversary


290789
Hari mereka berkahwin
Hari berganti hari
Minggu berganti minggu
Bulan berganti bulan kekal sehingga kini..
Alhamdulillah :)


Orang tak lama lagi nak pakai baju raya, aku pakai cheongsam


29 Julai 2012, genap usia perkahwinan mak dan bapa yang ke 23 tahun. Dah 2 dekad lebih. Selama 23 tahun jugalah mereka tak pernah menyambut hari ulang tahun perkahwinan, mungkin kerana kesibukan tidak memberi ruang untuk menyambut. Kadang2 mereka lebih suka keluar berdua naik moto. Kalau aku cuti sem mereka akan tinggal aku sorang2 kat rumah. Ish kesiannya. Haha.


Setiap tahun aku orang pertama yang wish walaupun aku still lagi tak mampu nak beli kek guna duit sendiri. In Sha Allah, kalau dah kerja nanti aku bawak pi makan terus. Biasanya mak lebih suka KFC, bapa pulak McD.. Amboi last2 aku makan di kedai mamak. Nampaknya memang takda chemistry disitu? 


Walaupun mereka suka bergaduh tapi kekal hingga kini kerana jodoh itu tetap ada dan juga masing2 akan mengalah. Well, dulu aku risau kalau2 mereka bercerai. Aku tak nak jadi macam keluarga yang cerai-berai last2 anak yang jadi mangsa. Bukan bermaksud nak cakap untuk sesiapa. Bila dah besar, mak selalu pesan supaya jadi wanita yang tabah dan banyakkan bersabar bila berkahwin nanti. Bila dengar macam tu aku rasa seram, meremang bulu roma den. Aku sayang mereka berdua sangat2.


Sedihnya aku tak dapat balik rumah minggu ni, tak dapat nak buat surprise. Entry ini takda kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah tiada. Sekian


p/s: saya anak bapa, bibir dgn mata ikut sebijik macam mak saya. Hehe


No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com