30 Apr 2019

Souvenir Dari Jari Manis

Assalamualaikum Readers
 
 
Agak lama tak bw, sorry sangat-sangat yang mana sempat Nina akan terjah. Bukan sombong tapi masa 'me time' tak pernah cukup. Bila ada free time baru Nina bw, itu pun di office. Sementara kerja tak ada dapat la jenguk blog kengkawan. Tup-tup dapat kiriman ni 5 April lepas. Hairan juga sebab dah lama tak bw tapi tersenarai juga dalam top komen blog Jari Manis!

 
Comel-comel FM Indochina

 
Terima kasih JM. Semoga murah rezeki selalu. Aminn..
 


Ramadhan Fiesta Buffet Dinner Di G Hotel Gurney Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Ramadhan Fiesta Buffet Dinner Di G Hotel Penang | Buffet Dinner Sedap Di Penang | Satu lagi tempat untuk berbuka puasa Nina nak shared dengan semua. Untuk pengetahuan G Hotel mempunyai 2 cawangan iaitu di Gurney dan Jalan Kelawai. Kedua-duanya menyediakan tawaran untuk ramadhan buffet. Jomm tengok apa yang best di G Hotel ini. Salah satu hotel yang menawarkan makanan sedap di Penang.




 

Tetamu boleh menikmati hidangan berbuka puasa di Taste Café, G Hotel Gurney yang menawarkan menu ramadhan buffet berasaskan masakan tempatan Melayu dan sedikit elemen masakan Barat. Pengunjung boleh memilih untuk berbuka di G Hotel Gurney atau di G Hotel Kelawai. Kedua-dua menawarkan pengalaman yang menakjubkan buat para tetamunya. Menu harian dalam tema 'rotation menu' maka tak perlu risau untuk berkunjung berkali-kali kerana setiap hari G Hotel menyediakan menu yang berbeza. Hehe..



PEMBUKA SELERA

 
Seafood on Ice

Salad dan dressing
 
Aneka jenis Kerabu

Sashimi dan dressing


 
 
Aneka pilihan Ikan Masin, Telur Masin, Ulam-ulaman dan Sambal

Rojak Buah
 
Sup Cendawan sedap!

Bubur Lambuk . Signature Dish

Seafood hot & sour soup


Untuk bahagian makanan di menu utama. Kesemuanya menepati citarasa Nina. Im in love, mixed Malay dan Western food, memberikan kelainan dan lain dari hotel yang lain. Kesemua menu dengan nama-nama makanan yang unik juga berjaya menarik para tetamu G Hotel untuk tidak melepaskan peluang berbuka puasa di sini dan tak hairan suasana di sini juga penuh romantic, sesuai untuk berbuka bersama keluarga dan yang tersayang.




MENU UTAMA


 
Roasted Potato with Garlic

Beef Stick with gravy . Isi daging yang lembut dan dihiris nipis amat sedap dimakan bersama sos blackpaper

Sambal Prawn with Petai

Fried Noodle with Seafood

Ayam Goreng Berempah selalu menjadi pilihan

Telur Berlado

Nasi Briyani sedap di tambah kepingan badam

Thai Garlic Chili Squid

Fish Curry with Lady's finger

Pasta Napolitana

Tom Yum Mussels

Indian Lamb Rogan Josh with Yogurt Dip



 
Unikkan nama menu makanan di G Hotel. Pasti ternanti-nanti untuk berbuka setiap tahun. Bukan boleh dapat time hari biasakan? Pasti korang tak akan menyesal berbuka puasa di sini. Meh kita layan pulak gambar-gambar di gerai aksi yang dibuat dengan penuh kasih saying oleh chef-chef G Hotel. Dimasak panas-panas, siapa nak tolakkan?
 
 
 
GERAI AKSI
 
 
 
 

 
 
Malasy feast mini grill station - Pilihan item grill seperti ketam, udang, ayam, daging, smoked duck, lamb, kepah
 

Ayam Panggang Kapitan
 
Roasted Beef with Mushroom sauce 

Honey Glaze Chicken Meatloaf

Roasted Duck with Plum Sauce

 
Nasi Ayam




Char Koey Teow



Selain itu ada juga menu seperti Roti Canai bersama Kari Ayam. Semua menu sedap, setiap pesanan pelanggan dibuat fresh mengikut permintaan. Makan panas-panas. I looikeee... Untuk Char Koey Teow penuh semangkuk dengan isi udang, fishcake, telur dan sayuran segar. Sangat recommended untuk dicuba! Paling suka aiskrim di G Hotel semuanya homemade. Suka flavour oreo.



Pisang Goreng & Keladi Goreng

Banana Strudel

Muah Chee, Teh Tarik dan Ais Krim homemade! Wajib cuba


Bubur Kacang




DESSERT

 

Aneka Puding, Jeli dan Agar-agar 





 


Aneka pilihan Tart


Aneka pilihan kek

Chocolate Fountain

Aneka pilihan kuih muih








Semua menu nampak sedapkan? Ini antara menu-menu yang Nina cuba malam tu dan sampai sekarang mengidam nak makan. Makan sampai puas hati. Banyak menu di G Hotel dengan harga yang sepadan dengan makanan. Apa tunggu lagi, jommm berbuka di G Hotel!


 








Jika bercadang nak berbuka di sini dan untuk lebih lanjut hubungi no yang tertera di flyer di atas entri okay. Thumps up for G Hotel! Selamat berpuasa buat semua readers.
 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com