Assalamualaikum Readers
Ramadhan Fiesta Buffet Dinner Di G Hotel Penang | Buffet Dinner Sedap Di Penang | Satu lagi tempat untuk berbuka puasa Nina nak shared dengan semua. Untuk pengetahuan G Hotel mempunyai 2 cawangan iaitu di Gurney dan Jalan Kelawai. Kedua-duanya menyediakan tawaran untuk ramadhan buffet. Jomm tengok apa yang best di G Hotel ini. Salah satu hotel yang menawarkan makanan sedap di Penang.
Tetamu boleh menikmati hidangan berbuka puasa di Taste Café, G Hotel Gurney yang menawarkan menu ramadhan buffet berasaskan masakan tempatan Melayu dan sedikit elemen masakan Barat. Pengunjung boleh memilih untuk berbuka di G Hotel Gurney atau di G Hotel Kelawai. Kedua-dua menawarkan pengalaman yang menakjubkan buat para tetamunya. Menu harian dalam tema 'rotation menu' maka tak perlu risau untuk berkunjung berkali-kali kerana setiap hari G Hotel menyediakan menu yang berbeza. Hehe..
PEMBUKA SELERA
 |
Seafood on Ice |
 |
Salad dan dressing |
 |
Aneka jenis Kerabu |
 |
Sashimi dan dressing |
 |
Aneka pilihan Ikan Masin, Telur Masin, Ulam-ulaman dan Sambal |
 |
Rojak Buah |
 |
Sup Cendawan sedap! |
 |
Bubur Lambuk . Signature Dish |
 |
Seafood hot & sour soup |
Untuk bahagian makanan di menu utama. Kesemuanya menepati citarasa Nina. Im in love, mixed Malay dan Western food, memberikan kelainan dan lain dari hotel yang lain. Kesemua menu dengan nama-nama makanan yang unik juga berjaya menarik para tetamu G Hotel untuk tidak melepaskan peluang berbuka puasa di sini dan tak hairan suasana di sini juga penuh romantic, sesuai untuk berbuka bersama keluarga dan yang tersayang.
MENU UTAMA
 |
Roasted Potato with Garlic |
 |
Beef Stick with gravy . Isi daging yang lembut dan dihiris nipis amat sedap dimakan bersama sos blackpaper |
 |
Sambal Prawn with Petai |
 |
Fried Noodle with Seafood |
 |
Ayam Goreng Berempah selalu menjadi pilihan |
 |
Telur Berlado |
 |
Nasi Briyani sedap di tambah kepingan badam |
 |
Thai Garlic Chili Squid |
 |
Fish Curry with Lady's finger |
 |
Pasta Napolitana |
 |
Tom Yum Mussels |
 |
Indian Lamb Rogan Josh with Yogurt Dip |
Unikkan nama menu makanan di G Hotel. Pasti ternanti-nanti untuk berbuka setiap tahun. Bukan boleh dapat time hari biasakan? Pasti korang tak akan menyesal berbuka puasa di sini. Meh kita layan pulak gambar-gambar di gerai aksi yang dibuat dengan penuh kasih saying oleh chef-chef G Hotel. Dimasak panas-panas, siapa nak tolakkan?
GERAI AKSI
 |
Malasy feast mini grill station - Pilihan item grill seperti ketam, udang, ayam, daging, smoked duck, lamb, kepah |
 |
Ayam Panggang Kapitan |
 |
Roasted Beef with Mushroom sauce |
 |
Honey Glaze Chicken Meatloaf |
 |
Roasted Duck with Plum Sauce |
 |
Nasi Ayam |
 |
Char Koey Teow |
Selain itu ada juga menu seperti Roti Canai bersama Kari Ayam. Semua menu sedap, setiap pesanan pelanggan dibuat fresh mengikut permintaan. Makan panas-panas. I looikeee... Untuk Char Koey Teow penuh semangkuk dengan isi udang, fishcake, telur dan sayuran segar. Sangat recommended untuk dicuba! Paling suka aiskrim di G Hotel semuanya homemade. Suka flavour oreo.
 |
Pisang Goreng & Keladi Goreng |
 |
Banana Strudel |
 |
Muah Chee, Teh Tarik dan Ais Krim homemade! Wajib cuba |
 |
Bubur Kacang |
DESSERT
 |
Aneka Puding, Jeli dan Agar-agar |
 |
Aneka pilihan Tart |
 |
Aneka pilihan kek |
 |
Chocolate Fountain |
 |
Aneka pilihan kuih muih |
Semua menu nampak sedapkan? Ini antara menu-menu yang Nina cuba malam tu dan sampai sekarang mengidam nak makan. Makan sampai puas hati. Banyak menu di G Hotel dengan harga yang sepadan dengan makanan. Apa tunggu lagi, jommm berbuka di G Hotel!
Jika bercadang nak berbuka di sini dan untuk lebih lanjut hubungi no yang tertera di flyer di atas entri okay. Thumps up for G Hotel! Selamat berpuasa buat semua readers.
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletewaduhhhh sedap semuanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDelete