13 Apr 2019

Selera Nusantara Ramadhan Buffet Di Olive Tree Hotel Penang

Assalamualaikum Readers


Selera Nusantara Ramadhan Buffet Olive Tree Hotel | Olive Tree Hotel Penang | Ramadhan Buffet Sedap | Harap semua readers bawa bertenang dan tahan air liur. Musim review dah bermula Isnin lepas. Hihi.. Tak lama lagi bulan ramadhan bakal tiba. Seperti biasa pelbagai hotel akan lancarkan promosi untuk buffet di hotel dorang buat para pelanggan kesayangan.


Tema Olive Tree : Selera Nusantara Ramadan



 
Bagi yang ingin menikmati sajian untuk berbuka puasa boleh masukkan Olive Tree dalam list nanti. Apa kata tukar selera di sini pula. Mana tahu kena dengan selera tekak masing-masing. Belum cuba belum tahu keenakkan makanan buffet yang disediakan oleh chef-chef di sini. 
 
 

Ramadhan kali ini, Olive Tree Penang memperkenalkan "Selera Nusantara" bertempat di Sukkah Coffee House, Level 2. Buffet yang dorang sediakan seperti Ayam Percik, Gulai Daging Batang Pisang, Lamb Varuval, Ketam Masak Lemak Cili Padi, Assorted Sushi, Dim Sum dan lain-lain. Antara main dish yang disajikan. Terliur tengok. 




Wajib Cuba, Sedap!

Wajib Cuba, Sedap!


Wajib Cuba, Sedap! Cheese kaw

Wajib Cuba, Sedap!
 

Wajib Cuba, Sedap!


Wajib Cuba, Sedap! Kuah pekat




Good news! Olive Tree Hotel menggunakan tema yang sangat kena dengan menu yang bakal disajikan tahun ini. Tema selera nusantara, sesuai dengan makanan di negara ini. Pelbagai variasi makanan yang boleh dinikmati di sini. Hidangan lain dari hotel yang lain. Pasti tak menyesal. Hehe.. Meh Nina belanja gambar-gambar menu yang ada di Olive Tree.



Ada juga sesi 'live cooking stations' seperti Char Koay Teow Ketam, Ikan Bakar with Air Asam, Roti John dan Thai Pattaya Kebab. Jangan risau ada juga action stall station, tersedia dengan Kambing Bakar with Nasi Mandy, Bubur Lambuk, Sup Tulang, Chicken & Beef Satay and menu Middle Eastern seperti Chicken Sharwama. 


Roti John





Nasi Mandy

Kambing Bakar

Bubur Lambuk & Sup Tulang


Bubur Lambuk


Ice Kacang & Leng Chee Kang Station
 


Beberapa jenis minuman perisa Ice Bandung, Rose Lime
Minuman panas : Tea, Coffee & Fresh Milk, Teh Tarik




Terdapat juga buffet untuk "Kids Corner" yang menyediakan menu seperti Hawaiian Pizza dan Pandan Chicken untuk kanak-kanak yang kurang makanan pedas. Pasti kanak-kanak menggemarinya. Parents tak perlu risau jika tiada makanan untuk anak-anak.


Hawaiian Pizza & Pandan Chicken (sedap!)


Antara menu yang ditunggu-tunggu mestilah dessert! Untuk dessert, ada beberapa selection dari kuih traditional Melayu seperti Abok Abok Sago, Kuih Keria, Buah Melaka dan Kuih Sago. Bagi yang menggemari kuih boleh la cuba.









Untuk pelanggan yang inginkan dessert moden boleh menikmati French pastries, Bread & Butter Pudding, Cream Caramel dan beberapa jenis buah-buahan segar dan rojak buah. Nina suka sebab kuah rojak pekat. Dapp! Siapa yang tak sukakan. Dessert di sini memenuhi citarasa dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis pencuci mulut.












Menu sampingan lain yang boleh dipilih seperti beraneka jenis makanan berasakan kerabu, bubur, gado-gado, jeruk buah-buahan, sambal, beberapa juadah hari raya, ketupat dan serunding ayam tidak dilupakan, ulam-ulaman dan lain-lain menu sampingan turut disediakan. Salad bersama aneka sos.


















Overall, makanan di sini membuatkan rambang mata nak pilih menu yang mana satu sebab kesemuanya menarik untuk dicuba. Di Olive Tree juga menyediakan tempat untuk solat. Menyediakan surau untuk lelaki dan perempuan di Level 8.




For enquiries, purchase of vouchers or bookings, boleh hubungi +604 637 7856 atau email di restaurant.mgr@olivetreehotel.com.my
 

7 comments:

  1. wahhh sedapnyaaaa! tak sabar nak masuk Ramadhan nanti hehe

    ReplyDelete
  2. Buffetnya luar biasa dan sangat lengkap...saya baru tahu kalau batang pisang boleh juga disayur....dan ada pekasam jugaaa.....yummy...

    ReplyDelete
  3. Dahsyatnyaa makanan dia, menggiurkan semuanyaa. Hehe

    ReplyDelete
  4. meriah sungguh makanan nya..

    ReplyDelete
  5. hidang dgn kuali dan periuk belanga... nmpk org tua2 ni mahu mengamuk sakan hahahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com