6 Apr 2019

Review Filem : Bikers Kental 2

 
Assalamualaikum Readers
 
 
Filem Bikers Kental 2 | Movie ke 2 yang dilayan dalam bulan lepas selepas Captain Marvel. Filem Bikers Kental 2 ni sambunga dari filem pertama tapi Nina tak tengok jadi tak berapa tahu. Apa pun jalan cerita yang mudah faham tak ada masalah dan banyak adegan kelakar.
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
 
Bidin Al-Zaifa (Zizan) dah ada perniagaan sendiri dan kerana percintaan jarak jauh dia perlu ke Hatyai, Thailand untuk mendapat restu keluarga Cherry Porntit (Meau Julangtip) untuk mengahwininya. Tak semudah yang disangka bila Albuqueque (Amerul Affendi) menanti di Thailand dan abangnya Ponthaliwat (Bront Palarae) baru keluar penjara dan dibunuh oleh kumpulan gangster yang mahukan wang. Disebabkan itu, Bidin perlukan bantuan Eddie Cuardo (Awie) dan Aidid (Afdlin Syauki) untuk menyelamatkan Bidin dari gangguan Albuqueque.
  
 
Bidin nak melamar kekasihnya
 
Ponthaliwat dibebaskan dari penjara

Mencari abang Cherry yang ada di Krabi


Kerana Eddie tak dapat menemani Bidin, dia terpaksa ride secara solo. Bermula babak kejar mengejar antara Bidin dan Albuqueque. Dan cabaran untuk menyakinkan abang Cherry, seorang ahli mua thai. Pelbagai cabaran Bidin untuk melamar kekasihnya. Siapa sangka kawan Cherry sebenarnya jahat si Saiya Sukaphorn tu. Bagaimana Bidin dapat melepaskan diri dari kumpulan gangster dan melamar kekasihnya kena tengok.
 
 
Saiya Sukaphorn nak menggoda Bidin

Aidil dan Eddie
 
Albuqueque


#Review :
 
  • Sebuah filem road trip yang santai. Shooting di sekitar Danok, Songkla, Hatyai, Trang dan Phuket. Sesuai untuk seisi keluarga dan peminat sukan dan hobi permotoran.
 
  • Kehebatan watak Albuqueque yang 100% dalam usaha sebagai penyangak Thai dan fasih bahasa Thai seperti orang sana.
 
  • Aksi kelakar dan punchline dari Awie, Zizan dan Afdlin memang berdenyut! Pemilihan lagu Thai dalam filem ni juga mantop! Kedai makan Saiyaa Sukaporn masih wujud dalam Bikers Kental 2.
 
  • Filem ini mengharapkan bantuan dan sokongan dari elemen seksual yang ada di setiap dialog, adegan serta reaksi wajah para pelakonnya dalam kebanyakan babak filem ni.
 
  • Tengok saja nama-nama watak berbunyi seksual seperti Porntit, Saiyasukhaporn, Pornthaliwat dan pelbagai lagi. Belum lagi ditambah dengan adegan-adegan separa gersang selepas babak hujan dan perkataan 'Denyut'.
 
  • Lakonan bersahaja pada watak Eddie dan Aidid dalam babak-babak lucu serta aura menyelamatkan Bidin.
 

2 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com