7 Apr 2019

Kiehls Midnight Recovery Botanical Cleansing Oil

Assalamualaikum Readers
 
 
Kiehl's Midnight Recovery Botanical Cleansing Oil | Semua orang nak kulit cantik tanpa perlu make up, tak ada jerawat, parut jerawat etc. Harap yang membaca ni pun boleh dapat kulit yang lawa dan cantik. Ini produk ke 6 yang nina cuba. Hanya beli botol kecil sebab botol besar mahal sangat. Produk ini sangat sesuai untuk sesiapa yang almost 24 jam tempek make up.
 
 
Beli online dapat sample banyak sikit
 
Kiehl's Midnight Recovery Botanical Cleansing Oil



Tak sangka, jatuh hati juga sebab nina try cuci muka tanpa tanggalkan makeup dan ia berjaya meninggalkan sisa makeup. Ada rezeki lebih nak beli botol besar. Masa entri ni publish, dah 3 bulan habis pakai. Tak ada gambar gel dari botol.
 
 
Penutup botol yang selamat
 
Brochure ni dapat tolong sesiapa yang nak mencuba
 
Google. Botol jenis besar, set penjagaan mata dan serum



Apa yang best :
 
  • Magis minyak lavender dalam sebotol Kiehl's. Sangat wangi dengan bau lavender dan herba yang menenangkan.
 
  • Teksturnya berminyak, pakai sedikit rasa tak puas. Hehe..
 
  • Harga untuk 2 jenis botol. 85 ML - RM 72.40 dan 175 ML - RM 148.50
 
  • Untuk kulit kering, selepas pakai set ini, dapat balancekan kulit wajah jadi lembut dan lembab.
 
  • Tahan selama 6 bulan kalau pakai dengan cermat, sikit saja.
 
  • Cuci menggunakan air suam dan lap menggunakan tuala. Kalau cuci guna air biasa pun boleh tapi kena bilas berkali-kali sehingga kesan minyak hilang.
 
  • Dibuat dari bahan utama Evening Primrose oil, lavender essential oil dan squalane yang membersihkan wajah secara menyeluruh. Ada juga buah zaitun dan campuran daun rosemary, biji ketumbar, bunga geranium.
 
  • Gunakan di malam hari sebelum tidur untuk membuang semua sisa-sisa make up dan kotoran yang masih degil. Sesuai untuk semua peringkat umur.
 
  • Meninggalkan sisa kotoran penyebab make up tanpa mengeringkan kulit, membuatkan kulit bersih. Paling best lepas cuci boleh terus tidur!
 
  • Produk ini soap-free, sulfate-free dan mineral oil free. Bebas dari garam mineral kan jadi boleh disapu di seluruh wajah termasuk kelopak mata.
 
  • Sesuai untuk make up tebal hari-hari, elok cuba produk ni. MUA atau model dah tentu hari-hari apply makeup. Hee
 
  • Untuk tanggalkan make up yang terlalu tebal dan dibiarkan lama termasuk waterproof. Pam 2 kali di cotton pad dan tekapkan di muka selama 10 saat sebelum buat urutan dan cuci.
 
  • Sempurnakan nightmare skincare routine dengan midnight recovery collection.
 

5 comments:

  1. makin cantik la cik nina kite

    ReplyDelete
  2. AD : Tak pun biasa2. masih nina yg dulu

    ReplyDelete
  3. Amiin untuk doa kulit cantik dan lawa tuu. Hehe

    ReplyDelete
  4. Suka bau lavender..nmpknya berkesan produk ni..dah try 6 produk..

    ReplyDelete
  5. mmg wajib beli ketiga2 tu ke?

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com