20 Apr 2019

Perlu Ke Jadi Perempuan Yang Rumit?

  Assalamualaikum Readers
 
 
Perlu Ke Jadi Perempuan Yang Rumit? Harap bila dah tunang or kawin nanti kurang bergaduh dengan pasangan on everyday basis. So far setakat ni, tak pernah lagi bergaduh. Alhamdulillah, nak kekalkan hubungan yang matang, sebab sama-sama nak menuju ke angka 30th dah. Takkan nak buat perangai kebudakkan lagi.







Dulu selalu juga baca pasal artikel-artikel perempuan ni rumit la, cakap terbalik la, dan perempuan ni sukar ditafsirkan perangainya, thus its complicated for man to understand us. Bila dah makin tua ni, no need for us to make life complicated. Masih berusaha try to live a simple life, tak payah nak peningkan orang lelaki. Kesian anak orang. Hehehe..


Kalau merajuk cakap merajuk, kalau tak suka cakap tak suka dan BF jenis straight to the point, terus tegur kalau ada yang tak kena. Jenis tak tunggu esok tulat ke tahun depan baru nak luah perasaan. Haa gitu, senang. Nina pun rasa senang sebab tak rasa beban di kepala. Betul lah perempuan ni semua benda nak complicated, the end the problem getting worse.


Kalau nak, cakap nak. Kalau tak nak, cakap tak nak. Simple kan. Lelaki ni takda xray machine nak tengok hati kita. Apa pun, mak selalu pesan lelaki ni ego. Nak minta kena cakap leklok, guna nada lembut nak memujuk lelaki. Selalunya ada jugak perasaan nak merajuk tapi merajuk bergurau. Kalau sampai nak gaduh tu, masing-masing cold down dulu baru cakap. Sebabnya bila tengah marah kita akan cakap BENDA TAK SEPATUTNYA TERKELUAR.



Selalunya benda yang buat rumit tu macam ni :


1. Mengidam nak makan itu ini. Terus screen shot dan hantar kat BF atau cakap terus. Bila free dia bawakan. Tak pun mention nama dia kalau nampak makanan sedap-sedap di IG atau FB. Hahaha


2. Dah pilih baju, warna pulak satu hal. Sebelum Nina merungut, baik baju yang tak ada warna tudung sedondon tak payah pakai. Selalunya sebelum beli baju, tengok dulu stock tudung warna apa yang ada. Jadi satu tudung boleh match dengan banyak baju. Hee.. Jarang beli baju warna plain.


3. Kalau keluar dating, mesti nak makan. Jadi sebelum masuk kereta, kena prepare list nak makan. Kalau tak 'ikut u la nak makan kat mana, eh I tak tau nak makan kat mana, sampai ke sudah tak makan.


4. Whatsapp? Lelaki bila rajin dia punya mesej panjang dan bertingkat-tingkat. Selalunya tak kisah pun kalau reply pendek-pendek. Tak nak fikir pelik-pelik sebab Nina pun ada je reply pendek.


5. Kenapa lelaki tak bagi tengok fon? Haa yang ni susah sikit sebab dia bab TRUST. Bila kita percaya pasangan kita, sama-sama boleh belek fon, share password social media, buat online banking thru account bf. (Ada kes, lelaki suka dm jadi bf akan cepat-cepat block).


Ada banyak lagi tapi, panjang nak huraikan. Terpulang pada diri masing-masing. Perempuan dengan complicatednya sampai ke mati takkan hilang tapi try to be positive dan simple. Kurang berfikir benda-benda negative. Kita yang menentukan kesihatan mental sendiri. Semua benda tak perfect.

 

6 comments:

  1. kadang2 bukan nk jdi complicated..tapi terjadi sendiri..haihhh rasa mcm lawak pulok...
    tpi lani jenis cakap straight to d point ja..sebab dah nama pun bercinta n kawen dengan bff sdri kan

    ReplyDelete
  2. perempuan memang complicated. tu je nak kata. hahaha... k bai.

    ReplyDelete
  3. we are kinda weird but can't help it XD hahahaha

    ReplyDelete
  4. akak dulu tak de chance lah nak merajuk2. lagi dah kawin, jangan harap. dia merajuk tak pe pulak. kita lah mujuk2nya.

    ReplyDelete
  5. perempuan mmg complicated... adaa perempuan percaya ke xpercaya ke , password hp & belek fone bf ke, 24 jam pun boleh. xbosan. takut2 ada benda salah yg si dia buat.

    ReplyDelete
  6. complicated sbb nk kn attention je

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com