Assalamualaikum Readers
Makan Best Buffet Lunch Di Hotel Royal Penang | Sekejap sahaja dah nak masuk bulan Syawal. Bersempena dengan kedatangan Syawal, untuk entri ini nak kongsikan satu tempat makan best untuk makan tengahari di Hotel Royal Penang. Pihak hotel menawarkan buffet lunch dengan harga terendah di Pulau Pinang. Harga yang cukup rendah dengan hidangan yang cukup menyelerakan untuk seisi keluarga. Ini antara menu hidangan yang disediakan hotel untuk para pelanggannya.
PEMBUKA SELERA
|
Cucur Pisang
|
|
Bubur Jagung
|
|
Aneka Ulam-ulaman, Kerabu dan Sambal
|
|
Rojak Penang
|
|
Keropok dan Papadom
|
|
Jeruk Buah-buahan
|
|
Buah-Buahan
|
MENU UTAMA
|
Daging masak lada hitam antara menu yang ditunggu. Memang sedap! |
|
Ayam Masak Merah pun wajib cuba. Terserlah rempah di ayam tu
|
|
Ikan Masak Lemak wajib cuba. Secukup rasa lemak, pedas dan masam serta bau wangi dari belimbing buluh
|
|
Tom Yam Ayam
|
PENCUCI MULUT
|
Marble Kek sedap dan gebu
|
|
Aneka jenis Kek, Puding dan Jelly
|
|
Kek Coklat sedap meleleh
|
|
Minuman Panas
|
Antara menu-menu yang Nina dan tunang cuba untuk hari itu, kesian tunang baru keluar hospital terus balik rumah naik moto ke hotel. Kempunan nak makan, sangat memahami perasaan yang kena berpuasa tu. Sangat menyelerakan dengan harga berpatutan yang disediakan oleh pihak hotel. Memang makan di sini kena dengan tekak Nina.
|
Meriah makan tengahari siap tambah
|
|
Char Koey Teow pun sedap. Ini kena minta baru chef buatkan
|
|
Semua dessert wajib cuba
|
|
Rojak buah always fav
|
Maklumat buffet dan lokasi buat para pembaca, buffet lunch ini akan bermula dari Syawal kedua ya. Apa yang menarik, kelainan di hari Syawal ialah chef akan memberikan suntikan ciri-ciri sempena perayaan hari raya itu sendiri. Jangan tunggu lagi. Segera menempah untuk menikmati Buffet Lunch di Hotel Royal Penang.
|
Info tertera disini
|
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.