18 Apr 2019

Tiga Abdul Buffet Dinner Di VOUK Hotel Suites, Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Tiga Abdul Buffet Dinner Di VOUK Hotel Suites Penang | Holla everybody! Bersambung kisah Nina pom pom terjah hotel ke 3 untuk review buffet dinner. Tahun ni berpeluang untuk promosi di VOUK Hotel Suites untuk kali yang pertama! Yeayy.. Lagi beberapa minggu saja kita akan menyambut bulan ramadhan.
 

 VOUK Hotel Suites Penang
 
Bloggers with VOUK Chef's


Live Band tema 3 Abdul

 
Para chef's di Vouk Hotel Suites telah menghidangkan lebih dari 100 authentic local cuisines untuk tetamunya. Tetamu juga akan lebih teruja dengan menu-menu yang hotel hidangkan bersama nama-nama menu yang mencuit hati. Makan malam di sini sambil melayan live band setiap Jumaat dan Sabtu.




 



 
Para tetamu berpeluang untuk memenangi hadiah ISONIC 55" LED TV dan juga hadiah harian lain. C'est Si Bon di Vouk Hotel Suites "3 Abdul Buffet Dinner" bermula dari 7th May hingga 3rd June, pukul 7.00pm ke 10.00pm. Booking meja sekarang dan enjoy harga EARLY BIRD SPECIAL pada harga RM 68nett untuk dewasa dari 12th May. Kanak-kanak bawah umur 3 tahun boleh makan secara PERCUMA.

    
 
Makan malam meriah dengan adanya menu seperti Soup Gear Box with Spring Onions and Fried Shallots, Cream of Tomato ditemani Pizza, Roti Benggali dan Bread Roll & Butter. Hidangan lain seperti Yong Tau Foo dari live action stalls. Pelanggan boleh buat mengikut citarasa masing-masing sama ada nak pilih Clear Soup atau Curry Soup, Assorted Fish Ball dan Sayuran. Boleh pilih nak Mee Kuning, Koay Teow, Bihun, Maggi Mee atau Tang Hoon bersama sampingan Sos Manis, Sos Cili, Garlic Oil dan Spring Onion.
 
 
Di area Dim Sum Corner, ada 3 jenis menu boleh di cuba seperti Siew Mai, Assorted Pau dan Loh Mai Kai. Kesemuanya dimasak panas-panas. Satay Ayam dan Daging juga disediakan bersama Timun, Bawang dan Kuah Kacang. Deep Fried Corner, Nina sukakan kesemuanya! Shawarma Stall dan Dessert Stall juga meriah dengan makanan yang pelbagai. Ada Ais Kacang dan Cendol, Ais Krim.
 
 




 

 
  

Untuk bahagian Carving Station, Vouk Hotel Suites menawarkan Lamb dan Beef bersama 4 jenis Sos iaitu Roast Whole Tandoori Lamb Leg, Sirloin Steak dengan Mint Sos, Lada Hitam, Jus Cendawan dan Mustard. Menu wajib cuba di Grilled Station yang offer Sambal 7 Keturunan Ikan Bakar, Prawn dan Sotong sambil dinikmati bersama condiments Air Assam dan Limau.
 
  
 

Ikan Bakar, Sotong Dan Udang
  
 
  
 
Signature stall dan Action Stall menyediakan Gulai Kawah Daging Rebung dan hawker stall featuring Chef Fat's akan menyediakan Char Koay Teow. Bahannya seperti Flat Noodles, Beansprout, Fish Cake, Chive, Udang, Garlic, Chilly Boh dan Sos Soya. Terdapat juga Bubur Corner, harus lah served Bubur Lambuk dan beberapa condiments dan gerai roti. Roti Stall served Ayam Murtabak dan Lamb Murtabak bersama kari ayam atau kari dhal. Untuk peminat local food, di Noodle Stall disediakan Penang Famous Mee Rebus. Patut cuba Mee Rebus Penang nanti ya!
 
 
 
 
Murtabak Ayam & Murtabak Lamb
 
Kari Ayam

Kari Dhal
 


Mee Rebus Sedap!

Bubur Lambuk dan Condiments : Ikan Masin, Telur Masin, Garlic Oil, Bawang Goreng, Daun Sup, Sos Soya, Fried Shallot, Groundnut, Anchovies & Sesame Oil  





11 menu utama lain menyajikan makanan traditional seperti Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Fish Curry with Bendi, Sambal Udang Berpalit, Beef Masak Kicap Berlada, Lamb Varuval, Sotong Sumbat, Stir Fried Mixed Vegetables with Mushroom, Vegetables Kurma, Burung Puyuh Goreng Berempah, Chicken Lasagna dan banyak lagi, akan membuatkan tetamu datang kembali untuk mencuba makanan di Vouk Hotel Suites. Ada bermaca menu lain. Meh kita layan dulu gambar makanan traditional dengan nama-nama makanan yang unik.
 

 

 


 
 
 

 

 
 
 
 
 
Nina nak share dengan korang, bagi sesiapa yang menggemari ulam-ulaman dan kerabu, jangan risau di Vouk Hotel Suites menyajikan terlalu banyak jenis ulam dan kerabu untuk dicuba. Nikmat makan bersama sambal. Ya, sambal beraneka jenis dan nama. Pasti terliur apabila makan bersama nasi panas. Dapnyaa... Mana boleh makan nasi tanpa ulam dan kerabu kan. Meh layan Assorted Ulam-Ulam with Condiments dan Appetizer seperti Selection of Mixed Leaves, Salted Egg, Salted Fish, Fish Crackers, Prawn Crackers, Assorted Cold Cuts, Assorted Dressing and Condiments, Kerabu Bee Hoon, Acar Rampai, Bergedil Potato, Thai Egg Salad dan banyak lagi.



Curry Chick Pea Salad
Sedap, rasa unik
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

 
 
Daun Selom, Raja Ulam, Pucuk Paku, Pucuk Ubi, Buah Petai, Pucuk Janggus, Kubis, Timun, Kacang Botol, Kacang Panjang, Tomato, Sambal Belacan   

 




Sebut saja dessert, terbayang kemanisan dessert tu. Boleh cuba dessert yang manis-manis dan membuatkan semua orang menyukainya seperti Chocolate Fountain yang dihidang bersama Marshmallows, Assorted Ice Cream with Toppings dan Waffle with Condiments yang pastinya memenangi hati kanak-kanak yang datang untuk dinner bersama keluarga. Senarai dessert untuk buffet ramadhan 2 ialah : Fruit Tart, Chocolate Tart, Honey Dew Pudding, Black & Chocolate Mousse, Assorted French Pastries (Tiramisu, Orange Cheese Cake, Chocolate Cake), Kuih Lopis.
 
 
6 Jenis Kuih Traditional Melayu
 
Tropical Cut Fruit x 4 Jenis

 
 

Fruit Tartlet. Ini sedap!


 
 
 
Oreo Cheese Cake
 
 

Black Forest Cake
 
 
Chocolate Fountain with Mashmallow
 
 
Merangkumi 10 jenis dessert melayu untuk dicuba antaranya Bubur Pulut Hitam, Bubur Serawa Durian, Buah Kurma, Dodol, Kuih Lopis, pastinya akan menggamit memori masa kecil. Jangan risau Ais Kacang dan Cendol tak dilupakan.
 
 
Serawa Durian

Bubur Apple Pie

Bubur Pulut Hitam

 

  


Untuk lebih info, boleh hubungi :


Marketing & Communications Department Vouk Hotel Suites
Email : marcom@voukhotelsuites.com.my
Tel : +604 229 9333 (ext 401)
Fax : +604 229 5555
 


5 comments:

  1. banyaknya sajian.. siap dengan sup gear box..

    ReplyDelete
  2. Alaaa, asyik tengok makanan je datang blog sis Nina ni. Tak acilaa macam ni. Hehehe :P

    ReplyDelete
  3. bubur apple pie tu menarik...catchy betul nama sajian -3 Abdul..

    ReplyDelete
  4. ayam masak negro? x racist kan? hahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com