Roti sosej cheese bakar |
Benda ni berhantu, lepas keluar 20 minit dari oven dah hilang |
Asyik masak menu nasi lemak la mee goreng, nasi goreng, bihun goreng apa kata tukar selera. Pagi-pagi makan benda bergoreng pun tak bagus juga. Menu ni adik beradik Egg Benedict tapi lain sikit. Kalau nak roti nampak macam kelopak bunga rose 🌹 kena potong roti bentuk bulat dan gelek jadi nipis sebelum masuk dalam bekas muffin tapi Nina malas 🤪🤪
Roti secukupnya
2 Batang sosej (dipotong bulat dan nipis)
Mozarella cheese
Sedikit oregano
Sedikit serbuk lada hitam
Garam
1 Biji telur
Butter
Acuan muffin
Cara-caranya :
1. Roti dibuang kulit tepi, dipotong dan digelek nipis.
2. Acuan muffin disapu butter.
3. Roti tu nak gelek atau tak mau gelek pun boleh (option). Pastikan di sapu butter ke dua belah sebelum masuk ke dalam acuan muffin.
4. Masukkan sosej ke dalam roti.
5. Panaskan oven suhu 150’C.
6. Pukul telur menggunakan garfu. Masukkan garam, lada hitam dan serbuk perisa.
7. Tuang telur ke dalam roti menggunakan sudu.
8. Taburkan mozarella cheese dan oregano.
9. Masukkan ke dalam oven, bakar sehingga roti kekuningan dan bakar selama 20 minit. Selepas siap dibakar, angkat dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba! 👩🏽🍳