29 May 2013

Souvenir From Vietnam

Assalammualaikum.


Baru harinie dapat tengok souvenir dari Vietnam yang dikirimkan oleh pak ngah semasa dia singgah pada hari pendaftaran kazen aku di Matrik Selangor aritu. Rupanya ada ole-ole untuk kami. Selalunya kalau mereka pergi bercuti atau ada kerja di dalam atau luar negara memang wajib belikan something untuk saudara mara. Alhamdulillah bertambah rezeki bila jiran beri coklat dari Langkawi untuk aku dan mak jang belikan pulak tudung dari Banting. Sejak aku start pakai tudung, dia rajin belikan bermacam jenis tudung. Hehee.. penuh koleksi dalam almari. Nampak gayanya tahun nie mak tak payah beli baju kurung sebab kain sutera Vietnam dah ada. Dompet tu aku sayang nak pakai. Simpan buat pekasam jelah :)








Tengs Syafiq ! Teringat toblerone yg aku belikan di Langkawi tahun lepas lettew.

25 May 2013

Gambar Perkahwinan Blogger Lynda Roslan Dan Aizul Marcello

Assalammualaikum.


Selamat malam semua, ada yang dah tidur ke? Selamat dibuai mimpi ya, malang bagi aku keadaan rumah riuh dengan lagu joget lambak India. APTB ! Memang bising dan cannot do anything melainkan kejap lagi tidur pakai earphone :)


Malam nie nak share gambar majlis perkahwinan blogger dan blogger. Siapa Lynda Roslan dan Aizul Marcello nie? Mereka ialah pasangan abang dan kakak ipar kepada blogger Irine Nadia Marcello. Tahniah diucapkan kepada lynda yang sah bergelar isteri pada hujung minggu lepas. Bertuah sungguh blogger Aizul kerana mendapat isteri yang bukan cantik tetapi seorang pelakon dan model tudung. 






Lynda Roslan, lawa tak lawa tak?? memang cantikkan. Suka tengok dia jadi model tudung Radiusite. Dia juga seorang blogger kalau nak tau dan selalu menghiasi majalah Dara.com
Kalau perasan dia pernah berlakon dalam Adnan Sempit 3, aku tak tengok lagi movie tu. Haha.. Lynda mungkin bakal mengikut jejak langkah Hanis Zalikha. Lynda atau nama sebenarnya Siti Maslinda Roslan, 24 merupakan anak ke 2 daripada 5 beradik dan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Seni Bina Landskap, UiTM Shah Alam





Pasangan nie lebih kurang macam blogger Maria Elena dengan adik iparnya Fatin Liyana. Semua dari family blogger. Semua sepadan dan mungkin jodoh blogger bertemu blogger. Aizul dan Lynda berkenalan semasa majlis perkahwinan Irine lagi. Memang tak disangka. Lepas nie ada lagikah blogger berkahwin dengan blogger?? Tunggu dan lihat. Mesti ohsem ! Mata pun dah ngantok nie. Selamat malam readers ^___^

22 May 2013

Contoh Kek Pelik

Assalammualaikum.


Selamat pagi eh dah tengahari rupanya. Matahari dah menegak atas kepala. Patut perut aku berkeroncong mintak makan. Sementara menunggu makanan siap dimasak, dapat online kejap dan publish entry nie. Jadi jom layan gambar kek yang unik dan pelik. Agak-agak ada orang nak makan tak? Herher..


#1

#2

#3

#4

#5

#6

21 May 2013

11 Things About Me

Assalammualaikum.


Pagi nie agak rajin nak update blog kejap memandangkan subuh tadi bangun untuk bersahur. Harini tuan blog ganti puasa. Lagi 2 hari tapi baru sekarang free nak gantikan. Oke la, tanpa buang masa *acece. Nak jawab soalan-soalan yang ditag oleh cik Uni Meowmeow. Selama ni tengok blogger-blogger kena tag. Seronok gak baca pasal peribadi masing-masing. Last-last aku kena tag jugak. Hehehe..



11 Things About Me




Syarat2:
- Kena post peraturan ni.
- Tulis 11 perkara tentang diri anda.
- Jawab soalan2 yang ditag, jawab jangan tak jawab.
- Buat 11 soalan baru untuk orang yang bakal anda tag pula.
- Pilih 11 blogger untuk di tag dan buat link diorang kat post anda.
- Tak dibenarkan tag balik! wee ~~


Soalan daripada nina:

1. Paling suka makan apa?
2. Mana lagi best FB, Twitter, Blog?
3. Lahir tahun berapa?
4. Suka lelaki taff atau berisi? (soalan cepumas. *tingtong)
5. Pandai menganyam ketupat?
6. Anak yang ke berapa dalam keluarga?
7. Apa tema/kaler baju raya tahun ni?
8. Nama manja?
9. Paling takut kena gigit apa?
10. Pandai main batu seremban? Haa..
11. Nama penuh apa?


Bila dah jawab habis kena tag orang pulak.. Herher. Jadi nak tag SKA, Anies, Khairul, Nabihah, Alea, Hafizah, EtuzaReen, Condoriano, Wawa, BudakCute, Lily. Bak kata cik meow, benda nie suka-suka dan tiada paksaan kalau tak nak join ^_____^

17 May 2013

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Dalam Ingatan

Assalammualaikum.


Akhirnya tamat sudah internship buat aku selama 5 bulan setengah di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kepala Batas or KMPP. Serius sangat best dan environment yang selesa buat student's. Macam2 kemudahan ada dan jangan risau buat pelajar baru yang mendaftar di matrik Penang ni. Sengaja buat entri yang mungkin boleh membantu serba sedikit untuk bakal student yang tengah godek2 google mencari info tentang matrik ni.


Entrance matric Penang
Logo kolej matrikulasi Pulau Pinang
Dewan yang banyak digunakan pelajar
Tempat perhimpunan pelajar
Cantikkan bulan pada waktu pagi



Budak intern diwajibkan untuk update info2 terbaru ke dalam website matrik jadi terpaksa la tawaf kawasan matrik yang luas tu. Kalau jalan kaki mau penat, nasib baik ada abang guard yang baik hati dan pinjamkan basikal. Staff dan lecturer di sini pun baik2. Senang nak communicate kalau ada subjek yang tak faham. Aku siap tidur lagi dalam asrama dan rumah staff akauntan. Haaa.. Dapat pula adik2 angkat sorang akaun dan fizik. Agaknya dorang dapat U mana kan. 



kolam ikan dan tempat dating. Hihi
Dewan Al-Farabi
Tempat ulangkaji pelajar

Padang yang luas


Di sini ada semua kemudahan seperti gym, ATM, padang bola yang luas, surau, nak beriadah tu takda hal la, koperasi pula menjual segala barang, kedai potostat, mesin basuh (sediakan duit syiling), balai cerap, makmal, cafe D'Pongsu dan tentang makan pula ada 4 cafe kot kalau tak silap untuk setiap blok kediaman pelajar. Jangan risau kalau nak outing hari weekend, boleh je sewa teksi ke pekan ataupun Mydia Bertam Perdana. Baru buka tahun 2015. Kalau nak tahu, bekas pengarah amat menjaga kebajikan pelajar. Mana taknya, dalam tahun 2013 ada jemputan penyanyi Najwa Latif dan bila ada perlawanan bola, pelajar boleh lepak sambil tengok kat tapak perhimpunan.  



Kantin setiap blok disediakan
Library utama.. ada tingkat di atas juga
Rindu pula kat ayah angkat ni. Banyak peminat
Pemandangan dari Laboratory Lab
Koperasi a.k.a kedai runcit
Surau yang luas juga
Setiap blok ada mesin basuh

Setiap bilik ada 4 orang


Harap2 student baru tak risau sangat. Nak balik cuti sem atau raya pun pihak kolej juga yang uruskan tiket bas atau train. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok di Official website Kolej Matrikulasi Pulau Pinang :) Selamat maju jaya ! 


14 May 2013

Mesin ATM Tertelan Duit

Assalammualaikum


Hyep, dipetang yang redup ini ku sangkakan mahu hujan tapi sebaliknya mendung tanpa hujan. Means mendung jelah macam muka aku sekarang nie. Ibu dan bapakku pulang dari bang dan beritahu mesin atmnya udah telan duit 800 juta rupiah tapi engak mahu keluarkan resitnya. Situasinya disini ialah nak bank in duit ke akaun aku tapi duit tu tak disalurkan ke akaun. Report sama pegawai dia cakap. Harap maaf encik selepas 3 hari baru boleh keluarkan duit itu T_______T




Ini semua salah siapa, salah aku? salah ayah? salah CIMB? salah pegawai? Yelah salahkan mesin tu. Ini semua gara-gara transaction tidak berjaya.
Dah la duit nak guna jumaat nie untuk bayar yuran. Huwaaaaaa...

8 May 2013

Segmen: LUPUS Awareness Month



Klik banner untuk join..


Sempena bulan SLE Awareness, nina dijemput join segmen oleh Deno. 
Walaupun lambat join tapi nina tetap nak support :)




Mungkin ramai lagi diluar sana yang tak tau apa itu SLE (Systemic Lupus Erythematosus). Sejenis penyakit autoimun sistemik (atau autoimun penyakit tisu perantara) yang boleh menjejaskan mana-mana bahagian badan. Sistem imun menyerang sel-sel tubuh dan tisu, menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu.


Banner bagi segmen ini bersimbolkan rama-rama kerana ia adalah simbol bagi pesakit SLE.
Harap deno tabah menjalani liku-liku kehidupan. Bangga ada kawan blogger yang tabah macam Deno.


2 May 2013

Demam Gwiyomi Eisya

Assalammualaikum.


Hyep semua. Kemungkinan lepas nie jarang nak update, sibuk berkempen malam ini sampai ke hari sabtu. Semoga baik-baik saja. Harini satu opis demam gwiyomi lepas balik lunch. Ini semua gara-gara terlalu ulang tayang gwiyomi Eisya berkali-kali disusuli gwiyomi Maria Elena. Memang gelak berdekah-dekah. Seronok harini matrik tenang tanpa students. Well as you know, budak-budak matrik dah habis belajar. One more, harini rezeki lagi, tengs abang Ijan belanja 1 opis makan. Wehoo ~~ Alhamdulillah :) Semoga hajat abang Ijan nak pi umrah berjalan lancar. Aminn. Jom layan gelagat Eisya. Hihihi. 




Gwiyomi budak 2 tahun. Hehe



Maria Elena memang sempoi. Hahaha


P/s: Kak Waha, my asst supervisor dah upload kat YouTube.. Boleh tengok
Search Gwiyomi Baby Eisya

Ini post Autopublish*

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com