29 Sept 2015

Mak, Nak Kahwin

Salam Readers..

Mak, nak kahwin. Tajuk dah macam gatai plus tergedik nak menikah. Tau lah dah kerja tapi tapi kan duit nak buat majlis grand tak cukup lagi. Haha *verangan. Penah try cakap dekat mak sendiri Viral ni merebak di FB dan Twitter dan tahniah buat students tahun 2 Universiti Malaya kerana buat testimoni macam ni. Suka style prankkan mak-mak. Better kalau nak kahwin betol kena bincang dulu. 

Viral Mak, Nak Kahwin !


Nina dah try dan sangat kelakar sebab antara kami anak beranak no more secrets. Kalau belum cuba boleh hantar whatsapp sekarang. Yang dah kahwin jangan cuba-cuba tanya mak, tak pasal pengsan orang tua tu. Hihihi


Mak, nak kahwin ! versi blogger. Haha

26 Sept 2015

Makan Sedap Di Daves Deli Queensbay Mall, Penang

Salam Readers..

Dave's Deli dan harganya | Ternak lemak di Dave's Deli, Queensbay Mall, Penang | Makan best di Penang semestinya. Dah lama nak try makan di Dave's Deli dan akhirnya terlaksana misi JJCM. Agak perit sebab hampir setengah jam mencari restoran ni, maklum lah dah setahun lebih tak datang QB (Queens Bay). Dulu tempat dating kat sini ler. Eh ter-mention pulak.. Jalan-jalan cari makan selepas makan "Mama-Miya Coconut Ice Cream" :)


Makan sedap di Dave's Deli Queensbay Mall, Penang bersama blogger Yun Sing. Kerlass 


Kecik ja restoran ni, tempat duduk pun terhad. Dave's Deli dekat tepi escalator di tingkat bawah LG. Tapi disini layan diri sendiri okay dan semua makanannya mengenyangkan. Kena simpan space perut kalau nak makan sini. Tak sangka Yun Sing baru first time ke Queensbay Mall dan thanks a lot habiskan makanan kak Nina ! Sayang ketat-ketat. Tak boleh masuk lasagna dengan sos tomatonya yang terlebih banyak. Lain kali kena pilih Hainanese Chicken Chop sebab sosnya sedap.


Yun Sing bersama Yani, my officemate. Selfie dulu sebelum makan !!

Dave's Beef Lasagna (Nina)

Fish N Chips (Yun Sing)

Hainanese Chicken Chop (Yani)

Come Home to Good Food - Dave's Deli says



Seriously makanannya semua sedap dan dalam quantity yang banyak setanding dengan harga included gst. Ada orang makan hingga licin. Lega hati kak nina sebab tak rugi belanja makan. Hahaha.. Anda boleh meneka siapakah dia, dapat 5 sen? :P


Makan sehingga licin



Harga makan ber 3 di Dave's Deli dan totalnya :

1 Dave's Beef Lasagna - RM 18.49
1 Fish & Chips - RM 18.49
1 Hainanese Chicken Chop - RM 18.49
2 Ice Lemon Tea - RM 10.94
1 Hot Tea Lipton - RM 5.47

SUBTOTAL : RM 71.88
6% GST : RM 4.32

TOTAL : RM 76.20 
*sorang makan RM23.96 (tak mahal pon)



Queensbay Mall dah berubah di 3rd floor !
  

24 Sept 2015

Mama-Miya Coconut Ice Cream, Georgetown, Penang

Salam Readers..

Pekena Mama-Miya Coconut Ice Cream, George Town, Penang dengan cuaca yang bebas dari jerebu sangat awesome ! Dengan terik mentari dan angin sepoi-sepoi bahasa. Walaupun coconut ice cream originated from Thailand tapi Malaysia punya sedap juga. Habiskan cuti raya Aidiladha bersama officemate dan blogger dalam misi FOOD HUNTING atau Yun Sing cakap "Jalan-Jalan Cari Pasal" . Kak Nina sibuk drive dia sibuk update entry. Nak kena babap budak ni ! Hehe *miss you 



Menunggu dengan perasaan tak sabaq
Mama-Miya Coconut Ice Cream, George Town, Penang ! Yummy



George Town, Penang tempat pelancongan popular terutama mural arts. Kalau naik basikal mencari setiap lukisan di street art jangan lupa singgah Mama-Miya Coconut Ice Cream, tak jauh dari Armenian Street yang popular dengan "Little Children on a Bicycle" mural. Boleh basahkan tekak korang di sini. Recommended :) Terletak di Lebuh Pantai dengan harga yang berpatutan cuma semangkuk kelapa hanya RM 7.00 percuma air kelapa.



Selfie tak sudah sementara ice cream tak cair lagi. Hehe

Nampak tak Yun Sing dah start makan. Haha

Gadis Munge


Mama-Miya Coconut Ice Cream

Address : 143, Lebuh Pantai, George Town, Penang, Malaysia
Tel : +6010-604 4222
Operation Hours : Daily 10am - 7pm


Tudung Adijuma Giveaway by Anies

Salam Readers..

TAMAT

Di malam raya Aidiladha baru terhegeh-hegeh nak join GA anies. Walaupun lewat kena support juga kawan titew ni. Nak join klik banner :)




Alkisah, 1st time dapat tudung adijuma dari officemate yang gila membeli dan gila memakai. Dia baca blog aku mati la. Hehe.. Okay sambung, lepas tu hati pon tingin nak pakai, best ke tak asyik fall in love dengan Mumuscarves sampai tak boleh nak move on, so malam ni merasmikan dulu tanpa iron. Dah macam Zorro, siap pakai cantik-cantik terus selfie terus update entry ni. The End. Tak join nanti majuk pulak musyuk masyam Anies ni, nak pujuk jauh =____+


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA !


Sesiapa yang lapar sila jangan tengok lama-lama.


18 Sept 2015

Review Filem Maze Runner : The Scorch Trials

Salam Readers..

Review Filem Maze Runner The Scorch Trials | At last dapat juga tengok Maze Runner : The Scorch Trials, movie yang ditunggu-tunggu. Tak sabar nak tau kesudahan cerita dari novel ke 2 siri The Maze Runner . Siapa yang belum tengok 1st movie boleh baca sini 'Film Review : The Maze Runner' . Filem ke 2 agak scary tapi yang first lagi best ! Scene kena kejar dengan 2 jenis zombie memang buat kami menjerit. Jerit sakan tak ingat orang. AMARAN : Pesakit jantung dan kanak-kanak dilarang menonton.


Keseluruhan cerita The Maze Runner dalam 5 buah novel. Kalau rajin boleh baca novel ye. Jangan sedih peminat Newton dan Teresa kerana mereka akhirnya akan mati akibat Flare dan Thomas akan diburu/dibunuh oleh Group B. Movie ke 2 ini juga box office sebanyak $124.2 million.


The Scorch Trials Movie Poster


Sinopsis :

Setelah terselamat dari ujian Maze, Thomas dan Gladers yang lain telah dibawa ke suatu tempat bernama Scorch oleh Mr. Janson. Tempat yang lebih mencabar iaitu padang pasir. Organisasi ini kononnya melindungi mereka dari WICKED, virus Flare dan Cranks, menyediakan mereka pakaian dan makanan dimana semua mangsa yang terselamat dari MAZE berlainan juga ada.


Thomas curiga tentang aktiviti mereka dengan bantuan Aris Jones, yang terselamat dari maze berlainan. Kehilangan Teresa juga menjadi tanda tanya kepada Thomas dan Gladers lain. Selepas terbongkar rahsia ketua Wicked, Ava Paige masih hidup dan Mr. Janson bekerja untuk WCKD, kerana mereka buat eksperimen ke atas Gladers yang mempunyai imun yang tinggi. Thomas dan Gladers lain nekad melarikan diri dan mencari kumpulan The Right Arm, musuh Wicked di pergunungan.


Thomas menemui bilik rahsia

Setiap malam 10 orang akan di jadikan eksperiment

The Gladers melarikan diri



Thomas dan Gladers menemui bangunan dan mereka mencari barang yang boleh digunakan sehingga secara tak sengaja Minho menghidupkan bekalan kuasa dan mereka dikejar Cranks (manusia zombie dijangkiti virus Flare) . Winston dijangkiti virus dari zombie dan mereka menyembunyikan diri sehingga pagi. Jangkitan Winston semakin teruk, memaksa Gladers meninggalkannya dan menembak dirinya dari menghalangnya menjadi zombie.


The Gladers meneruskan perjalanan sehingga satu malam, ketika tidur ditengah-tengah padang pasir, Thomas mengejutkan mereka dan melihat ada bangunan. Ketika itu, ribut petir muncul dan mereka berlari dari ribut hingga Minho dipanah petir, dia terselamat.


The Scorch

Winston dijangkiti virus dari Cranks

Menyelamatkan diri dari ribut petir


Mereka berjaya memasuki tempat itu dan dipenuhi oleh Cranks yang dirantai. Kumpulan itu bertemu Brenda dan Jorge, ketua kumpulan berbahaya yang terselamat dan menggunakan Cranks sebagai anjing pengawal mereka sendiri. Apabila Brenda dan Jorge tahu Gladers dari Wicked dan sedang mencari Right Arm, mereka bersetuju untuk membantu.


Kemudian, mereke diserang hendap oleh Wicked diketuai Janson sebelum tempat itu diletupkan oleh Jorge. Thomas dan Brenda tertinggal di belakang, yang lain telah melarikan diri dengan Jorge. Thomas dan Brenda berjaya melarikan diri dari Cranks, tapi Brenda dijangkiti. Jorge mengugut Marcus, orang yang bekerja dengan Wicked untuk tahu lokasi Right Arm.


Di gantung oleh Jorge sebelum mereka melarikan diri selepas diserang Wicked

Di Zone A, dimana ada disko dan operasi mencari The Right Arm

The Right Arm


Kumpulan itu akhirnya tiba di lokasi Right Arm, di mana semua Gladers berada dan disambut oleh Vince, ketua kumpulan yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan sama ada mereka boleh kekal atau tidak. Jangkitan Brenda menjadi teruk, Vince ingin menembak dan dihentikan oleh Mary Cooper, bekas saintis WCKD yang mendedahkan Thomas adalah pemberi maklumat mereka.



4/5*


Mary menyuntik enzim di badan Brenda. Dia menjelaskan enzim ini hanya dapat dituai dari badan yang imun dan menjadi penawar kepada Flare semasa dia bekerja dengan Wicked. Teresa menghubungi WCKD dan memberitahu lokasi, yang membawa kepada serangan hendap Wicked. Ava dan Janson tiba dan WCKD menangkap mangsa untuk uji kaji termasuk Minho. Janson menembak Mary.


Thomas mahu letupkan dirinya


Selepas Thomas mengugut utnuk letupkan dirinya. Ava, Janson dan Teresa meninggalkan mereka. Dengan sebahagian kecil yang terselamat, Thomas merancang menyusup masuk ke dalam Wicked dan menyelamatkan kawan-kawannya demi tamadun manusia. Newton, Jorge, Brenda dan The Right Arm bersetuju membantu Thomas dan bersedia untuk melawan Wicked. 


Scene yang buatkan anda menjerit, rasa sedih, kecewa :


  • Mereka dikejar sekumpulan zombie yang kelaparan dan seriau tengok Winston hampir ditarik untuk dikerjakan beramai-ramai.
  • Kesemua mangsa yang tiba di Scorch bakal menjadi bahan uji kaji. Setiap malam 10 orang akan masuk ke dalam bilik dan tiada siapa keluar selepas itu. Seramm..
  • Dalam bilik itu, kesemua budak dengan imun kuat akan di tuai. Bermakna mereka dikoma dan badan mereka di 'perah' untuk dapatkan enzim.
  • Minho dipanah petir dan masih mampu tersenyum. Dalam siri ke 2, badannya nampak susut sikit, dah tak tough.
  • Menjerit bila banyak Cranks dirantai dan dijadikan anjing pengawal oleh Jorge.
  • Thomas dan Brenda dikejar oleh Cranks yang menghuni terowong, zombie jenis ada rumpai di badan. Boleh bayangkan pakai macam 'flower girl'.
  • Thomas ingat semula bila dia dan Teresa bekerja untuk Wicked, dimana Thomas cuba beri amaran kepada Teresa plan WCKD.
  • Betapa kecewanya Thomas bila Teresa mengkhianati mereka bila dia menghubungi tentera Wicked. Rasa nak bunuh perempuan tu. 

Kejamnya Ava Paige. Mampukah Thomas dan rakannya membunuh WCKD?


Nantikan sekuel ke 3 Maze Runner : The Death Cure yang bakal ditayangkan pada 17 Feb 2017

13 Sept 2015

Tempat Makan Best Di AB Cafe Georgetown, Penang

Salam Readers..

Tempat Makan Best Di AB Cafe Georgetown | Penang memang syurga makanan dan sebut saja nama tempat makan mesti rasa nak serbu. Orang Penang sendiri pon tak sempat nak tawaf satu negeri. Hehe.. Sekitar Georgetown ada banyak cafe-cafe yang super duper cantik tertarik menarik tapi tak semua boleh dikategorikan halal. Jadi, lepas balik dari Ghost Museum, terus kak Sha bawa makan di sini ! Tadaaa...


AB Cafe

Gathering blogger.. eh bukan selfie sebelum makan


Sebelum ini, beberapa #bloggerutara pernah dijemput untuk review cafe ini. AB stands for Aini Bakker, pemilik cafe dan seorang fashion designer. Lepas ni kalau nak makan western boleh straight to AB Cafe. Meh layan menu petang yang kami sempat makan.


Big Boss Burger - RM 15.90 (pilihan Nina)

Spaghetti Meatball - RM 18.90 (kak sha)


AB CAFE
32 Jalan Argyll,
Georgetown, Penang.


Operation Hours :
3.00 PM - 11.00 PM


12 Sept 2015

Cool Ghost Museum Penang

Salam Readers..

Cool Ghost Museum tempat tarikan terbaru dan best di Penang. Peminat hantu? berminat dengan hantu atau pemburu hantu kini boleh buat research pasal hantu di Cool Ghost Museum. Tempat untuk melihat dan merasai kepercayaan masyarakat tentang hantu. Sebelum masuk mesti rasa takut tapi bila berada di dalam selfie sakan sampai rasa tak mau keluar. Haha


JANGAN BACA PADA WAKTU MALAM JIKA ANDA SEORANG YANG PENAKUT ! 


Cool Ghost Museum Entrance


Belum cuba belum tahu apa yang ada di dalam. Muzium ini tak seperti rumah hantu, tak menyeramkan selepas korang masuk dalam ni. Ada banyak hantu versi Melayu, Cina, Jepun dan Eropah. Peluang kecemasan keemasan kerana pihak muzium menjemput geng #bloggerutara untuk meneroka keseronokkan di Ghost Museum. Percaya lah bulu roma takkan berdiri dengan adanya tour guide seperti Encik Rizal *promote


Cool Ghost Museum

57, Lebuh Melayu, 10010 Georgetown, Penang
*10 minit dari Komtar

Bayaran masuk Cool Ghost Museum

Bayaran yang dikenakan (MyKad) :

Dewasa : RM18
Kanak-kanak 7 tahun ke atas : RM8
Warga Emas : RM8
Pelajar : RM10
Kanak-kanak 7 tahun ke bawah : PERCUMA


Mumia

Bersama tour guide kami Encik Rizal. Memang sporting habis layan kami

Hantu Penangal. Pernah nampak jadi memang masih wujud lagi penangal ni

Hebat tandas Cleopatra

Cleopatra Made in Penang, Malaysia *bajet

Tengkorak di lantai. Fuhh

Tengkorak ni sengih kat aku. Gigi siapa lagi cantik? Hihihihi

Firaun mesti ada kala jengking tak dapat dipisahkan



Di Cool Ghost Museum, korang boleh memilih untuk berselfie dengan hantu dan costum yang disediakan seperti Dracula, Mumia / Firaun / Cleopatra dan juga Holloween / Witch. Boleh juga tengok hantu masyarakat Melayu seperti orang minyak, pontianak, langsuir, toyol, penangal dan banyak lagi.


Jadi apa tunggu lagi, musim cuti sekolah nanti boleh berkunjung ke Ghost Museum dan banyak lagi muzium yang menarik di Pulau Pinang. Jadi boleh masukkan nama muzium ini dalam list cuti-cuti korang nanti. 


Abaikan muka tahan berak tu

Vampire cute? Haha

Do you miss me Mr. D

Tak sure hantu apa tapi memang takut tengok mata Arz

Hantu Jepun kini di Malaysia. CP memang dah tumbuh rambut baru. Haha

Halloween. Pumpkin everywhere



Terima kasih tak terhingga buat pihak pengurusan Ghost Museum kerana sudi menjemput #bloggerutara untuk meriahkan muzium mereka. Kita boleh melihat dan mengetahui tentang hantu tetapi untuk mempercayai tidak sama sekali. Terpulang kepada individu. Buat kami semua, Alhamdulillah tiada kes histeria ataupun mengigau.  


Nampak muka-muka ceria selepas sesi melawat hantu. Hehe

#bloggerutara happening

Kami sudah, anda bila lagi? 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com