29 Jan 2025

Expressionz Professional Suites by EXSIM

Assalamualaikum readers


Expressionz Professional Suites by EXSIM | Know-know arrived in KL 😆 Unplanned trip memang menjadi. Idea mai masa tengah dinner, balik rumah packing baju, esok pagi terus gerak. Kisah awal bulan ini, selesai fitting baju reception untuk kenduri SIL, kami laki bini terus plan cari baju melayu pulak.



Saja Nina buat-buat tak reti nak book hotel, nanti terbook yang mahai naya. Haha.. dah ada anak ni mesti nak cari penginapan ada pool + tengah KL. Cari dalam Agoda, hubby book suites ni. Harga untuk 3 hari 2 malam dalam RM 200++. Pandai noh dia cari, sebelah bangunan Bernama, seberang jalan bangunan IJN.


Buka pintu bilik nampak view ni. Tingkat 22


Sampai KL tengahari, bawa Harraz jalan-jalan dulu, maghrib baru kami checked in. Cuaca time tu, setiap hari hujan tapi waktu malam saja. Suites ni terbahagi kepada penghuni dan tetamu. Setiap suites ada parking lot sendiri, tak pening sangat nak cari bilik.



Basuh baju sekali dryer tapi sabun tak disediakan

Toilet takda sensor (nasib ada pintu mesin baju dan peti ais boleh cover, yang ni boleh dimaafkan, laki tak habis baca review)


Pool tingkat 8 (masuk percuma)


1 lagi pool menghadap KLCC ni kena bayar. Tak pasti berapa, sebab kami tak sempat nak terjah seluruh bangunan


Suites serba lengkap, ada semuanya kecuali untuk memasak. Sangat sesuai untuk yang nak stay lama sebab ada washing machine + dryer. Tak perlu bawa banyak pakaian. Ada banyak jenis suites untuk dipilih, ada yang boleh memasak. Jangan risau, kalau lapar ada cafe, turun bawah ada mini mart (macam 7E), Richiamo Coffee pun ada. Recommended walaupun rate 💫💫💫.


Alamat : 30, Jalan 1/65A, Titiwangsa 50400 Kuala Lumpur.


28 Jan 2025

Sarapan Di Teratak Wan Din, Penaga

Assalamualaikum readers


Sarapan Di Teratak Wan Din, Penaga | Port Makan Pagi Di Teratak Wan Din, Permatang Bogak, Penaga | Lamanya tak buka blog, harap semua readers sihat dan dilindungi Allah. Nina hampir-hampir lupa dah nak mengarang ayat. Alang-alang nak clearkan gallery fon, nak share satu port makan legend yang sepupu hubby shared.



Sarapan pagi di Teratak Wan Din ni terletak di daerah Seberang Perai Utara, dekat jugak dengan Kuala Muda, Kedah. Bukan mudah nak bawa bapak breakfast awal pagi, jauh dari rumah pulak tu. Alhamdulilah terima kasih hubby bawakan. Berbaloi datang jauh, makanan menggamit memori tradisi makanan orang Melayu. Meh tengok menu-menu yang kami sempat cuba.


Peknga Pisang
(teringat faveret arwah mak)

Nasi Lemak Telur Mata + Teh O
(Bapak)

Hokkien Mee Special (Nina) + Wantan Mee Special (Hubby)

Kopi Hainan + Mango Milk Ice


Makan dalam suasana kampung, udara segar, kiri kanan sawah padi


Alhamdulillah rezeki dapat makan, kena datang awal kalau tidak sia-sia tak ada meja kosong. Kalau cuti sekolah lagi orang ramai. Kadang cemuih (bosan) makan dalam Pulau (nasi kandaq, western). Nak lain dari yang lain kena lah cari makan area Seberang Perai.


Waze : Teratak Wan Din

Permatang Bogak, Penaga, Pulau Pinang


Waktu Operasi : Selasa-Ahad (Isnin cuti)

7.30 pagi-11.30 pagi

17 Jan 2025

Review Filem Kultus Iblis (2023)

Assalammualaikum readers


Review Filem Kultus Iblis (2023) | Masih belum terlambat tengok filem pemujaan iblis di Netflix. Baru keluar di Netflix, layan saja janji seram. Amaran, filem ini ada babak ritual, ada sembelihan manusia, darah sana sini dan banyak jumpscare.



Sinopsis :


Menceritakan kisah sepasang adik beradik kembar berlainan jantina bernama Naya (Yasamin Jasem) dan Raka (Fadi Alaydrus) yang berusaha menyelidik kematian ayah mereka secara misteri. Lebih misteri, jenazah ayah mereka hilang sebelum sempat dikebumikan.



Untuk menghuraikan segala misteri dan tanda tanya yang berlegar legar di fikiran mereka. Naya dan Raka pergi ke kampung halaman ayah mereka untuk menyelesaikan misteri kehilangan jenazah ayah mereka.



Tiba di desa terpencil bernama Desa Rangu, Naya dan Raka bermalam di rumah mbah Jimah (Alit Aryani Willems). Setibanya di desa itu, bermulanya perkara-perkara aneh dan mereka dalam bahaya dan hampir mati. Raka kerasukan tanpa mereka tahu penduduk di Desa Rangu menyembah iblis dan mereka bakal menjadi korban.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

6 Jan 2025

Kemah Terlarang : Kesurupan Massal

Assalammualaikum readers


Kemah Terlarang : Kesurupan Massal (2024) | Filem adaptasi kisah benar yang berlaku pada sekumpulan pelajar sekolah di Yogyakarta pada tahun 2016. Tragedi histeria beramai-ramai dan viral di Indonesia.



Sinopsis :


Mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Rini yang ingin mengikuti perkhemahan bersama beberapa peserta lain selama 3 hari di hutan Wana Alus yang dikendalikan oleh pelajar senior di sekolahnya.



Pada awalnya, aktiviti tersebut telah dilarang oleh ketua kampung setempat. Namun setelah dipujuk, Mbah Sonto  memberi keizinan serta membantu mereka dengan menanam sesuatu sebagai tanda izin kepada 'tuan rumah' dan berjaga-jaga. Mbah Sonto memberi syarat-syarat yang perlu di patuhi dan pelajar tidak mengusik barang yang sudah ditanam termasuk mengoreknya.



Acara perkhemahan berjalan seperti yang dirancang dan meriah dengan pelbagai aktiviti pertandingan dan pementasan drama berkaitan lagenda Roro Putri. Ada beberapa pelajar mula berasa tidak selesa dan takut berada di kawasan perkhemahan. Seorang demi seorang pelajar mula dirasuk dan ramai mengalami kecederaan dan ada juga yang sukar dipulihkan.


Nak tau apa kesudahan pelajar-pelajar yang masih bernafas sehingga kini, kena tengok filem ini. Semasa pengambaraan juga ada banyak kisah misteri yang berlaku.


🌟🌟🌟🌟🌟/10

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com