22 Sept 2011

Jamuan Raya Kolej 2011

Assalammualaikum semua.
Dalam bulan nie aku tak update pun sebarang cerita baru. 
Jadi harini baru nak update cerita jamuan raya kolej bagi tahun ini. 
Selalunya setiap tahun, memang jamuan raya yang ditunggu-tunggu. 
Bukan senang dapat makan free. Siap boleh tambah berkali-kali. Hehe. Ini over!
Yelah, 3 tahun belajar bermakna 3 kali saja dapat merasai jamuan raya. Sedih pulak.


Melaram sakan budak-budak termasuk aku. Dengan high heelsnya, tinggi tak dapat nak dipastikan.
Janji aku tak jatuh tersungkur depan orang dan kononnya dah biasa pakai wedges jadi tak gayat.
Bila lagi nak melaram kan? Kalau ada event best-best boleh melaram lagi lepas nie. Wee ~~
Jadi setiap kali jamuan mesti bergambar, memang tak sah kalau takda papparazzi dalam hidup nie.
Selalunya dalam blog aku nie mesti gambar je yang banyak dari tulisan. Well, aku takda ayat yang panjang berjela nak ditaip. Gambar itu menceritakan segalanya.. Cewahh.
Jom nengok gambar kami yang sweet-sweet nie. Hehe



With Eton.. Heee

My papparazzi... berkawan dari sem 1 sampai sekarang

Ada gaya dokter?

Kami sedondon tanpa dirancang. Orengiur nyee

Bersama junior-junior

Kawan masa belajar di Kedah. Tak sangka dia sambung degree kat kolej.

Nisa my alarm.. Hehe. Yelah alarm kat dorm aku dulu

My Housemates! Cun tak? tak cun. 

19 Sept 2011

Review Filem Raya Tak Jadi


Entry ini merupakan kisah sambungan dari entry yang lepas. Memandangkan kawan-kawan nak tengok movie nie dan time tu pulak baru saja lepas raya. Mesti best kalau tengok filem pun pasal raya jugakkan. Hehehe. Jangan lupa tengok nanti tau. 





SINOPSIS : 


Filem ini mengisahkan seorang ahli perniagaan, Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj. Ehsan (Jalaluddin Hassan). Leo telah mengarahkan 2 pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut.




Mereka berdua telah berjaya menculik Hj. Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj. Ehsan dengan Shuib (Apek) iaitu seorang pemandu teksi. Ketika itu Ali dan Abu berhenti di kedai mamak untuk makan dan mereka ditangkap kerana tidak berpuasa. Haha..



Part lawak. Haha.. macam apa ja. Minum botol susu..



Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob (Johan) tapi dia suka nyanyok. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj. Ehsan yang disangka telah mati di dalam boot teksi. Mereka berdua telah membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangka telah mati itu hidup semula dan telah memeranjatkan semua orang. 



Hj. Ehsan kemudian menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj. Ehsan dan mereka pula menculik ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan. Yang bestnya isteri Hj. Ehsan sangat la suka shopping. Tak habis-habis nak shopping. 


Cat women pulak.. Haha



Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan dari isteri H. Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj. Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan 2 pekerjanya telah diserbu dan ditangkap polis ketika melakukan urusan pertukaran tebusan.


Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas dalam serba kekurangan. Tetapi Hj. Ehsan telah datang menziarahi dan memberikan pelbagai hadiah dan duit sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, mereka telah ditawarkan bekerja bersamanya. 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com