19 Sept 2011

Review Filem Raya Tak Jadi


Entry ini merupakan kisah sambungan dari entry yang lepas. Memandangkan kawan-kawan nak tengok movie nie dan time tu pulak baru saja lepas raya. Mesti best kalau tengok filem pun pasal raya jugakkan. Hehehe. Jangan lupa tengok nanti tau. 





SINOPSIS : 


Filem ini mengisahkan seorang ahli perniagaan, Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj. Ehsan (Jalaluddin Hassan). Leo telah mengarahkan 2 pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut.




Mereka berdua telah berjaya menculik Hj. Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj. Ehsan dengan Shuib (Apek) iaitu seorang pemandu teksi. Ketika itu Ali dan Abu berhenti di kedai mamak untuk makan dan mereka ditangkap kerana tidak berpuasa. Haha..



Part lawak. Haha.. macam apa ja. Minum botol susu..



Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob (Johan) tapi dia suka nyanyok. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj. Ehsan yang disangka telah mati di dalam boot teksi. Mereka berdua telah membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangka telah mati itu hidup semula dan telah memeranjatkan semua orang. 



Hj. Ehsan kemudian menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj. Ehsan dan mereka pula menculik ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan. Yang bestnya isteri Hj. Ehsan sangat la suka shopping. Tak habis-habis nak shopping. 


Cat women pulak.. Haha



Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan dari isteri H. Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj. Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan 2 pekerjanya telah diserbu dan ditangkap polis ketika melakukan urusan pertukaran tebusan.


Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas dalam serba kekurangan. Tetapi Hj. Ehsan telah datang menziarahi dan memberikan pelbagai hadiah dan duit sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, mereka telah ditawarkan bekerja bersamanya. 

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com