1 Sept 2011

Review Filem Hantu Bonceng (2011)






Best tak tengok jijan dengan hantu? Hahaha.. Siyes lawak! Kali nie best pulak tengok Kunyit a.k.a Taiyuddin yang jadi kawan baik Amran dalam filem ini. Sememangnya lakonan mereka berdua menjadi dalam movie nie. Hakikatnya bukan aku yang menjadi tukang pilih movie sebab Tini yang tolong belikan. Ngeh..ngeh. Harini kami tengok wayang kat Sunway Carnival. Dah boleh hafal tempat. Raya tahun nie tengok wayang lagu. Hihi..



Meh nak sinopsis sikit: Mengisahkan Amran, seorang budak Delivery yang gemar berlumba moto. Satu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah mendapat habuan seorang Bohsia bernama Maya. Malang memang tak berbau, ketika Amran hendak bawa Maya memboncengnya keluar dari port, mereka telah accident. Lori lanngar moto Amran, apa lagi arwah lah si Maya tu di tempat kejadian. Sejak itu, Amran sering diganggu dengan hantu pompuan tu. Hantu maya meminta Amran sempurnakan mayatnya. Dia yang dah tak tahan dengan gangguan hantu Maya cuba mendapatkan bantuan kawan karibnya, Kunyit dan juga kekasihnya, Hali-MAH-ton yang merupakan seorang jururawat. 






Halimahton yang frust dengan perangai Amran yang suka berlumba dan kaki perempuan nie mulanya taknak tolong selesaikan masalah si Amran.. Yelah, perempuan kalau merajuk macam tulah. Atas bantuan kunyit, macam2 cara mereka telah cuba untuk selesaikan gangguan hantu Maya tu. Dari bomoh hinggalah ustaz. Halimahton mula terima semula Amran setelah melihat perubahan padanya dan turut membantu Amran a.k.a Ucuknya. Tanpa diduga muncul Ayu dalam hidup Amran. Dia tu kembar Maya. Berjayakah diorang ini? Haa.. sama2 la kita tengok kat wayang. 







Scene pecah perut bila Kunyit dan Amran jumpa ustaz. Lawak tengok Cat Farish jadi ustaz. Menjadi saja lakonan dia. Dari bomoh yang dilakonkan oleh Eizlan Yusof tu. Haha.. Kononnya jadi baik la nie. Dan jugak scene, masa si Baby a.k.a Halimahton dan Ucuknya dah berbaik semula. Ton tolong Amran cari keluarga budak perempuan yang nama Maya tu. So sweet pakai baju Couple. Haha..  Ada lagi scene lawak bila si Amran intoduce Ayu dan Kunyit kat boss dia untuk kerja kat tempat dia keja tu. Disitulah bermulanya episode Amran curang. 







Overall.. movie nie memang lawak habis dan bagi orang lelaki mereka dapat cuci mata sehingga bersinar-sinar bila tengok aksi2 Jue Aziz dan Juliana Evans dalam movie nie. Walaupun tak seksa sangat tapi boleh la terpukau jugak plus diorang memang lawa kan..kan..kan. Kalau rasa nak gelak hingga menangis wajib tengok. Haha

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com