29 March 2017

Perbezaan Siput Lala, Remis, Sedut Dan Kupang


Assalamualaikum Readers 🙈


Perbezaan Siput Lala, Remis, Belitung Dan Kupang | Dalam entri "Resepi Sup Siput Remis" ada orang tanya siput remis dengan lala bukan sama ke? Memang tak sama pon, hehe. 


Kesian budak-budak zaman sekarang tak kenal, tak reti nak makan atau cari siput2 ni. Syukur mak jenis 'introduce' kalau nampak ada jual terus beli. Susah nak cari di kedai2 makan yang jual siput2 ni. Sedap sangat makhluk Allah jadikan. Alahaii terliur 😂😂😂



Siput Lala



SIPUT LALA


Dikenali sebagai siput retak seribu di utara Malaysia. Yeke? Tak pernah dengar pun. Sejenis moluska dwicangkerang yang boleh dimakan.



SIPUT REMIS

Spesis lala kecil, bentuk seakan lala tapi saiznya lebih kecil. Hanya ada sekitar bulan Jun-Disember setiap tahun. Kulit remis ada pelbagai corak unik dan berjalur, ada tak punya corak. Remis juga ada warna seperti hitam, putih dan coklat.


Siput remis


Nak mencari hanya perlu korek tanah sedalam 1 meter dan dekat gigi air laut.



SIPUT SUDU @ KUPANG


Terdapat di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai dan di kawasan pasang surut di pinggir laut. Siput sudu menjadi makanan laut popular di Belanda & Belgium, biasanya dimakan dengan kentang goreng atau fries. 


Siput sudu atau kupang


Di Itali, siput sudu dimakan bersama makanan laut lain atau masak bersama pasta. Turki pula digoreng dengan tepung dan dimakan dengan kebab 'Midye Tava' atau dimakan sejuk + nasi 'Midye Dolma'. 



Siput sedut atau belitung


SIPUT SEDUT @ BELITUNG


Sejenis siput air tawar yang banyak dijual di pasar tani. Pokok bakau minyak, kurap dan api2 tempat habitat siput ini. Sumber makanan siput sedut dari bahan organik yang dibawa air sungai dan laut.



No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com