3 Dec 2011

Berlakon Dalam Final Projek

Gara-gara terlalu banyak menonton movie jadi terikut-ikut. Nak kena lempang baru sedar lepas tu pura-pura menangis. Tak payah nak hidup dalam kepura-puraan atau berlakon. Jadi diri sendiri okay. Orang kata, kalau kita kongsi makanan, hubungan akan lebih mesra. Tapi jangan percaya sangat. Kemesraan lebih kepada saling mempercayai dan hormat menghormati. Setakat kongsi minuman coke dengan boyfriend memang nampak sweet. Opss kantoi pulak ! Kalau kita pandai jaga hubungan sesama kawan, kita makan dalam pinggan asing-asing pun masih boleh kekal lama persahabatan tu. So kawan jom kita kawan sampai berkedut.



Sebabnya aku banyak tengok perangai orang-orang sekeliling. Tak kira kawan rapat, kawan sekolah, jiran takpun kawan kolej. Aku pun tak faham kat fb bertegur sapa tapi kat luar masing-maing takut nak tegur, takut nak senyum ada yang buat-buat tak kenal. Satu je kelemahan aku, aku susah nak senyum kat orang takut tak dapat feedback, mana tau orang tu tengah badmood ke memang confirm tak senyum. Tak bermakna aku sombong. Jadi untuk sem baru aku taknak sombong dengan senior junior. So, jangan jadi manusia yang hidup dalam kepura-puraan. 



Sebelum tu jom layan behind the scene project final Digital Audio Video (DAV). Ceh kalah pelakon bollywood. Aku jadi heroin kot. Jeng..jeng..jeng






p/s: Susah sebenarnya nak jaga hati orang !! once perasaan kita dipermainkan, sampai bila-bila kita ada bad impression kat orang tu. Jadi kita haruslah berpura-pura kononnya takda apa-apa. 


22 Nov 2011

Berhenti Merokok Sebab Bercinta?

Dengan rasa geram  aku pun tulis entri ni. Tengah aku makan kueteow dengan gelojoh tibatiba datang satu bau.. Asap rokok ! lari... semerbak ja. Aku memang tak suka lelaki merokok tapi pakwe, ex-boyfren termasuk ayah pun hisap rokok. Sabo jelah ye kak nina. Salah satu sebabnya takut nanti bila mengandung ada effect pulak kat baby dalam perut tu (bila masa pulak aku ni kawin ?) Lelaki selalu mengaku nak berhenti merokok bila umur XX, dah kawin nanti nak berhenti. Tapi spoil sebab ayah sendiri pun macam tu. Ni semua janji janji manis & tak pernah betul. Serius. Ok, aku taknak bermusuh dengan orang merokok, ramai kawan yang merokok. Cuma jangan menipu diri sendiri. Macam mana sekali pun kalau tak dapat mesti resah, gelisah. Hakikatnya kalau dapat lelaki yang merokok, rokok tu jadi kekasih. Bini jatuh nombor dua kot (pity my mother).





Sampai bila orang orang ni nak berhenti merokok. Berleter pun masuk kanan keluar kiri tak pun simpan jadi taik telinga kot. Kepada kawan kawan, sedara mara yang hisap rokok, jangan emo dengan aku nanti. Bukan nak kutuk korang dalam blog. Macam mana sekali pun aku still lepak dengan mereka ni. Jangan malu malu jangan segan segan eh.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com