4 Oct 2016

Ice Bucket, AEON Mall Ipoh Klebang

Assalamualaikum Readers..



 MAKAN ICE BUCKET | AEON MALL IPOH KLEBANG


Mengidam Ice Bucket | Makan Ice Bucket di Aeon Mall Ipoh Klebang. Dulu pernah viral iaitu aiskrim dalam baldi di ICE BUCKET AEON SHAH ALAM. Pergghhh.. terliur weii tengok kat Instagram. Dah lama mengidam nak makan Ice Bucket ni tapi nak mai makan kat sini sorang-sorang memang tak berbaloi kan.



Gegadis kempunan, thanks guys

Ice Bucket, Aeon Mall Ipoh Klebang je dapat serbu


So, dah alang-alang reunion di Ipoh ni terus ajak gegadis utara terjah Aeon Mall Klebang, time kami study tempat mall ni masih hutan belantara. Punya excited sampai Ipoh terus cari aiskrim dulu, ingatkan dah masuk resto boleh makan tapi kena tunggu lagi sejam. Sedih kempunan semua ada. Nasib baik aiskrim ni dah reda viral kalau tidak mau beratur panjang. 


Lupa round ke berapa dah ni hahaha. Sya punya kerja dia kacau habis.
Google je sebab tak sempat snap gambaq dah habis. Haha



Kami orang kedua yang sampai, tunggu ice bucket dengan kentang goreng tak lah lama sangat sebab dah bedal roti Arab di market Seberang Jaya nuu. Mai dari jauh takkan nak order ice bucket je, harus la order makanan untuk kudap-kudap kan. Kami tambah Bucket Potatoes. Untuk Ice Bucket order Ice Fruit Bucket. Kalau ke Ipoh jangan lupa terjah ke sini !! Meh cuci mata tengok menu-menu yang ada. Hahaha


Ice Bucket

Ice Parait (untuk seorang)

Bucket Potatoes with creamy cheese sauce . Sedap !!

Chicken meatballs

Choose your pasta

Burger ice bucket memang besar

Tekak melayu harus order ini laa. Hahaha



#Review Ice Bucket :


  • Satu bucket tu kena share ramai-ramai. Dorang akan bagi mangkuk kecil sorang satu
  • Hidangan untuk 5-6 orang
  • Berbaloi makan kat sini sepadan dengan harga
  • Ice Fruit Bucket yang kami pilih ni penuh dengan lapisan buah-buahan dan siap ada aiskrim lagi kat atas tu
  • Rasa pun tak terlalu manis jadi tak cepat muak
  • Aiskrim yang digunakan semuanya dari Walls
  • Bagi 4/5 🌟



OUTLET ICE BUCKET MALAYSIA :
 AEON, Ipoh Klebang
AEON, Shah Alam
IOI City Mall, Putrajaya (coming soon) 

Dibuka setiap hari
Jam 10.00 am - 10.00 pm
(last order 9.30 pm)



Official Instagram :
@IceBucket_Official

#icebucket
#icebucketipoh
#icebucketshahalam

Official Facebook :
Ice Bucket Malaysia


1 Oct 2016

Salam Takziah Buat Kawan Baik


Assalamualaikum Readers..


Orang kata, orang baik selalunya Allah sayang. Beruntungnya orang-orang yang meninggal time kecil sebab bebas dari dosa. Time reunion dengan housemates zaman study aritu, dorang ada bagi tahu ibu Mas di tahap kritikal, masuk HKL sebab kancer rahim stage 4. Lambat detect kata doktor, di tambah ada penyakit buah pinggang dan selang sehari kena buat dialisis jadi tiada apa dapat dibuat. Pagi 28 Sept, arwah meninggal. Sempat juga Mas balik KL. Sebak bila baca dalam group dia ws "Ibu kite dah takde" 😢


Alhamdulillah selamat dikebumikan pagi Jumaat


Pagi 29 sept, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam. Dari jauh kami kirimkan doa, yang mana stay KL ke kubur. Sedih sebab last jumpa tahun lepas, tu pun duduk rumah Mas. Semoga kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak yatim ni. Aminn..



Bukan nak ulang tayang gambar ni. Yang depan kiri tu Maslinda (ex housemate) dan kakak, Mastura Zakariah. Cousin dorang pun baik. Baik la tu bagi Nafis drive sepanjang stay KL. 


Bukan mudah nak dapat kawan yang tak berkira dan baik. Tak pernah kedekut dan ada bagi pinjam duit kalau ayah bank in duit lewat. Hurm.. Kalau ada jangan lepaskan. Entah bila nak turun KL 😌



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com