3 Nov 2025

Makan Di Nando's Queensbay Mall

Assalammualaikum readers


Makan Di Nando's Queensbay Mall | 3 hari sebelum hubby dan mama mentua (ikut panggilan macam Fanny 😆) ke KL minggu lepas, kami ke QB cari baju kemeja untuk abah mentua pakai di majlis pertunangan Aufa (sepupu hubby). Sorry gais tiada gambar exclusive sebab Nina dan 3 adik ipar tidak ikut.


Mediterranean Rice + Chips + 1/4 Chicken (Nina)

Peri-Peri Wedges + Chips + Mediterranean Rice + 1/4 Chicken (Mama Mentua)

Sebelum masuk Nando's nak aiskrim Burger King, tak manis macam Mixue


Temanya Nude, nasib baik cari 1 mall yang besarnya lebih kurang 1Utama dan lastly jumpa baju di butik Unta Aktif Camel Active 😌 Walaupun perut lapar seronok sebab hubby belikan sepasang baju untuk Nina dan Harraz, terus hilang lapar. Hahaha. Tak minta belikan baju, rezeki jangan di tolak.


Menu-menu baru


Tahniah Aufa, macam dah nikah tapi bukan 😂

Macam biasa, dinner mesti di dalam mall, mama mentua suggest makan di Texas Chicken tapi hubby tak suka, terus laju dia masuk Nando's. Selalunya agenda begini isteri lebih arif, seronok sebab sudah setahun tak masuk makan Nando's. Senyum hingga ke telinga.

2 Nov 2025

Review Filem Karate Kid Legends (2025)

Assalammualaikum readers


Review Filem Karate Kid Legends (2025) | Kalau sebelum ini filem Karate Kids tahun 2010 lakonan Jaden Smith dan Jackie Chan dah bawa satu vibes Asia-Amerika. Untuk kali ini masih mengekalkan wajah Jackie Chan dan pelakon-pelakon baru.



Sinopsis : 


Li Fong (Ben Wang), seorang remaja yang sukakan kung fu berpindah dari Beijing ke New York selepas insiden tragik menimpa abangnya, Bo Fong yang mati ditikam selepas menjadi juara kung fu. Ibu Li, Dr. Fong yang merupakan sepupu kepada Mr. Han (Jackie Chan), mahu mereka memulakan hidup baharu jauh dari dunia seni bela diri yang pernah mereka ceburi.




Hidup di New York membawa cabaran baru, Li Fong bertemu dengan Mia (Sadie Stanley), gadis yang bekerja di kedai Pizza milik ayahnya, Victor Lipani (Joshua Jackson) dan secara tidak langsung menjaddi sasaran bekas kekasih Mia, Conor (Aramis Knight) yang juga seorang pelajar karate dan memenangi beberapa pertandingan.



Filem ini berjaya mencipta mood klasik dan pengembaraan di kota New York yang menampakkan vibes retro di set lokasi pizza, lorong gelap, studio latihan dan pentas pertarungan yang menarik. Paling memukau ialah ketika babak Li berlatih "dragon kick" - gabungan teknik kung fu dan karate.



Jalan cerita masih mengekalkan hidup remaja di bandar asing, dibuli, jatuh cinta, belajar bela diri dan masuk pertandingan untuk menang. Kerjasama antara dua guru - Mr. Han dan Mr. Miyagi di masa lampau. Hubungan Li dan Victor, bekas petinju yang bersara dan cuba kembali ke gelanggang. Li bukan sahaja pelajar tapi mengajar Victor dengan ilmu yang dia ada. Menarik untuk ditonton.


🌟🌟🌟🌟🌟/10

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com