18 Nov 2025

US Pizza Sedap!

Assalammualaikum readers


US Pizza Sedap! | Kali ketiga order US Pizza sebab sedap dan lembut. Salah satunya dah stop makan brand yang lain demi saudaraku. Antara pizza brand local yang ramai orang ingat kepunyaan overseas. Nononononooooooo



"US" pada nama tu refer pada "us" (kita in Malay), kalau tukaq jadilah "Kita Pizza" 😂 Company under Muslim Bumiputera. Yang mana suka makan pizza tu jangan risau dah ada pilihan lain. Bulan lepas anak beranak craving pizza. Area rumah ni outlet paling dekat ialah Raja Uda tapi paling Nina suka outlet Greenlane.


US Favourite Beef Pizza

Chicken Classic Pizza dapat hangit!! Tukang masak ni masak sambil marah atau fikiran dah sampai rumah tapi badan di dapur


Malangnya, selepas beberapa minit order, dapat notification 'hujan lebat'. Ahhh sudah jangan tiba-tiba cancel order. Dah kebulur dan malas nak drive cari makan. Alhamdulillah dalam 35 minit tengok rider on the way, hati berbunga dah 🌸 


Dalam FP dah ada hujan walaupun area rumah masih belum hujan

Suka order guna FP, setiap kali nak bayar akan dapat diskaun yang sama


Ini baru 1st time dapat pizza hangit, kalau outlet Greenlane memang pizza tiptop! Husnuzon sudah. Yang belum cuba, boleh cuba tau gerenti tak menyesal.

17 Nov 2025

Dapat Ole-Ole Dari Anies

Assalammualaikum readers


Dapat Ole-Ole Dari Anies | Ini bukan pertama kali dia turun Penang balik hari 😂 sudah lebih dari 6 kali sejak kenal. Haha kadang tu dapat barang tapi jasad tak berjumpa. Nina naik segan, banyak gift dari Anies. Semoga murah rezeki, seronok Harraz makan roti yang dia tak pernah makan.

Al kisahnya ada komen di entri review roti-roti dalam blog Anies, Kesemuanya tak ada rezeki nak cuba lagi. Bukan tak pernah jumpa tapi yang dapat rak kosong (Econsave, 99 Speedmart dan Shell), mungkin Nina kena beli pada waktu pagi. Perasan brand Sunshine lagi laku dari Gardenia.




Royal Butter Corn - Roti versi "limited edition". Ada rasa butter tapi tak terlalu kuat, sedap dan inti penuh.


Chocolate Hazelnut - Roti lembut dan rasa gabungan coklat dan hazelnut yang berlemak dan tidak terlalu manis. 


Summer Berries - Sekali ngap terus Harraz makan tak tengok kanan kiri, dah separuh roti dia cakap "sedap roti kawan mama beli ni, mama nak sikit?"

Lepas ni kena cari buat stok untuk anak. Sedap bau berries tu, ngam dengan roti Hokkaido Milk ni. Di packaging ada tulis "made with real fruit puree" .


Cream Cheese - Sekali makan terus rasa sedap, memang kena dengan tekak, tak rasa manis sangat dan bau susu sikit saja. Krim roti diperbuat daripada keju dan susu Hokkaido. 


Uji Matcha - Peminat matcha harus cuba, rasa pahit matcha tu ada tapi disebabkan 1st time Nina makan roti inti matcha, cannot go haha kena cicah dengan susu. Matcha ni kalau air atau ice cream sekejap habis. 


Shiro Chocolate - Menggunakan coklat putih Jepun tanpa pewarna. Tidak terlalu manis. Overall kesemua roti Sunshine menepati selera.



Kenapa roti Sunshine lagi sedap? Sebab rotinya lembut, mungkin kurang gluten atau gluten-free, yang pasti kesemua rotinya inti penuh dan tak terlalu manis. Lepas buka bau roti tu wangi, paling suka Cream Cheese dan Shiro Chocolate. Nak kena cari sampai jumpa ni.

Bau kedua-dua inti durian dan strawberi tak terlalu kuat, rasa pun tak terlalu manis. Memang tak manis macam inti perisa coklat, jagung dan yang lain.


Sedap coklat ni, nak carilah sebab kena bahagi dengan Harraz macam scene kira duit syiling emas dalam filem Ali Baba Bujang Lapok 



Selain tu ada juga kurma dan coklat dari Mekah. Fridge magnet pun tak terkecuali, budak tu pantang nampak terus berlari tuju ke fridge 🤣  Terima kasih Nis, InshaAllah nanti ada rezeki boleh balas.


Autopublish

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com