Harini dapat juga nengok wayang lepas di culik dari ofis. Sebabnya penculik aku tu nak balik Rawang malam ni. Sedih nak berpisah dengan BFF aku sorang ni. Sob.. sob. Memang best tengok time hari bekerja ni sebab takda orang sangat. Sebenarnya dari awal lagi dah tak sabaq nak tengok movie ni lepas Qila promote. Trailer macam best je. Lebih kurang macam The Hunger Games. Filem yang sarat dengan nilai2 kasih sayang. Tiba2 rasa nak ayah peluk aku lepas tengok movie ni.
Filem ini diadaptasi dari buku bestseller 'Divergent' karya Veronica Roth. Sehari selepas filem ditayangkan. Lionsgate memberi green light untuk filem kedua iaitu Insurgent yang bakal ditayangkan pada tahun 2015. Yang menariknya filem ni mengisahkan kehidupan selepas apocalypse, masyarakat dibahagikan kepada beberapa factions atau puak. Haa.. ni yang menarik minat aku nak tengok puak2 ni.
Filem ini diadaptasi dari buku bestseller 'Divergent' karya Veronica Roth. Sehari selepas filem ditayangkan. Lionsgate memberi green light untuk filem kedua iaitu Insurgent yang bakal ditayangkan pada tahun 2015. Yang menariknya filem ni mengisahkan kehidupan selepas apocalypse, masyarakat dibahagikan kepada beberapa factions atau puak. Haa.. ni yang menarik minat aku nak tengok puak2 ni.
Sinopsis :
Sebuah negara yang baru hadapi peperangan dan pihak kerajaan cuba untuk mengamankan negara mereka dengan membahagikan rakyat kepada puak2 berdasarkan sifat dalam diri sendiri. Rakyat akan memilih puak mereka sendiri apabila dewasa. 5 puak terbahagi kepada Candor (jujur), Erudite (genius), Amity (keamanan), Dauntless (berani) dan Abgenation (baik hati). "Divergent" dikategorikan orang yang mempunyai lebih dari 1 sifat yang ada dalam diri mereka. Divergent menjadi ancaman kepada kerajaan.
Hanya sorang Divergent, Beatrice "Tris" Prior terpaksa hidup dengan merahsiakan kategorinya. Kalau orang dapat tau, ia akan mengancam nyawanya serta orang2 yang disayangi. Tris sedar ada plot besar disebalik pemusnahan kaum divergent dan Tris yakin bila dapat tau salah satu gurunya, Four juga seorang Divergent.
Puak Abnegation (selfless) - puak yang mengutamakan kebajikan orang lain berbanding diri sendiri. Orang abnegation ni suka membantu, tak riak dan ada isu dengan cermin.. diorang tak boleh tengok cermin lama2 takut nanti timbul perasaan riak. Kiranya abnegation ni sangat baik hati dan humble. Rumah dan pakaian pun biasa2 je. Puak2 lain selalu perlekeh abnegation dan menggelarkan sebagai orang bosan.. Stiff people.
Puak Amity (peaceful) - sangat cintakan keamanan, tenang dan cintakan alam. Paling penting suka berkebun.
Puak Candor (truthful) - puak yang sangat jujur dan menegakkan keadilan. Meraka tak akan berbohong dan cakap direct je tak kira apa saja. Puak ni menjaga keadilan dan memegang badan kehakiman negara.
Puak Erudite (intelligent) - puak yang pandai2 je.
Puak Dauntless (brave) - puak yang berani dan dare-devil la jugak. Aku tengok puak ni paling happening dan meriah sekali lah berbanding puak2 lain. Nak jadi dauntless memang kena betul2 berani dan kuat.
Untuk masuk dalam masyarakat puak2 ni, ada ujian kecenderungan yang pemuda-pemudi kena lalui. Dari ujian tu, kita dapat tau cenderung kearah puak mana. Hari pemilihan nanti, kita akan pilih puak mana yang kita nak ikut. Tentang Divergent bermaksud mencapah.. of course ada twist kepada sistem puak2 ni. Manusia mana boleh suka2 hati dikategorikan kepada puak2 tertentu. Kadang2 dalam diri, ada semua jenis.. baik hati, jujur, berani kan?
kesemua puak2 berkumpul untuk pemilihan
Lepas ujian tu, keputusan Tris ialah Divergent. Dia tak cerita langsung kat mak ayahnya. Dia buat bodo sehingga tempat pemilihan di Choosing Ceremony. Boleh tengok Tris tak tau nak pilih puak mana. Lastly dia pilih puak Dauntless (berani). Mungkin Tris nak merasa puak2 Dauntless terjun dari train, panjat bangunan dan macam2 lagi.
Kiranya puak Dauntless ni lebih kurang macam tentera sebab kena buat macam2 ujian. Yang tak boleh blah tu, Tris terpaksa kongsi bilik lelaki dengan perempuan, tidur sekali oke. Jamban pun kongsi, bayangkan takda pintu weyh.. Hahaha.. nak tau kena tengok la.
Test pertama terjun bangunan. Tris jadi penerjun pertama dan terjumpa la Four. So Sweet!
Test membaling pisau.. Four kena buli dengan Eric. Menci tau kat Eric.. suruh main pisau pulak.. Haih
Kesian tengok tangan Tris berdarah sebab nak berlatih bertumbuk.
Macam2 ujian yang Tris kena hadapi bila dah masuk puak Dauntless. Nasi baik ada Four, boleh juga tolong Tris dan ajar cara2 nak ketenteraan. Setiap orang wajib berlatih untuk dapat markah tinggi. Maknanya kalau nama di bawah garisan bermakna orang itu akan dibuang dari puak dan menjadi pengemis. Lepas Tris berlatih bersungguh-sungguh sampai kena tendang, kena tumbuk dapatkah dia lawan bersama orang yang nak bunuh dia tu? Yang penting, kena tonton berjemaah baru syiokk.. Lemak ah nak cerita lebih2, penat aku nak menaip tau. Haha..
Time ni ahli puak baru Dauntless semua dah jadi zombi kena suntik serum "mendengar arahan" kecuali kebal kepada Tris dan Four.
“One choice can transform you..one choice can destroy you..one choice will define you..”
Kesimpulannya : aku rasa cam nak borong novel Divergent dengan sekuel-sekuel nye saja..menarik..especially tentang kategori puak, dan bagaimana puak itu berfikir.hehe..boleh relate dengan diri.
Are you candor? amity? abnegation? dauntless? erudite? or divergent?
dan.. dann.. daannn
filem ni lagi better dari Hunger Game 2 tu. Tak sabar nak tengok sekuel ke 2. INSURGENT 2015 !!
dan.. dann.. daannn
filem ni lagi better dari Hunger Game 2 tu. Tak sabar nak tengok sekuel ke 2. INSURGENT 2015 !!
nina ni blog baru..or url baru..junuh cari tau.. nanti kena adjust lain masukkan url blog ni dlm blog balik,, lama cari..blog nina.. he..he..
ReplyDeletebelum sempat nak tgk movie ne lg... :(
ReplyDeleteBiasa kalau filem diadptasi dari novel memang best Nina.. CUma kakak ni dah tak rajin nak menonton bila dah berusia ni..
ReplyDeleteasal nak tengok ceta ni mesti hana tengok ceta lain. ehhe
ReplyDeletemacam pelik je cerita dia.. dulu macam x de selera nk tengok.. tapi lepas baca sinopsis ni, rasa macam style plak.. hmm. tunggu yg boleh download je la.
ReplyDeleteHehe.. budak ni dah terpengaruh.. dah masukkan dalam list to watch pun :3
ReplyDelete