21 Feb 2019

Cottage Inn Hotel @ Subang Jaya, Selangor

Assalamualaikum Readers
 
 
Cottage Inn Hotel, Subang Jaya | Hotel Murah Dan Selesa Di Subang Jaya | Bila last minit cari hotel, baru rasa menyesal, itu tak kena, ini tak kena. Kejap-kejap balik dari kenduri nak singgah Genting, nak ke Cameron la, Ipoh lagi. Kalau dah 2 driver 1 kereta kena osom la. Haha.. Since seminggu lagi majlis akad nikah kawan baik bf memerangkap kawan study/kelas Nina, maka tiap-tiap hari godek Agoda. Blogger Anies ada suggest 1 hotel tapi tak ada rejeki, sold out pulak. Last-last cancel 2 hotel yang dah Nina book, decided stay sini sebab dekat dengan tempat majlis nikah.


Bilik bersih
 
Semuanya simple
 
View menghadap IPD USJ
 
Peti ais tak sejuk
 
Kalau sampai hotel nak terkucir, senang kan. Heheh
 
 
Bila dah sampai, rasa tak sia-sia book hotel ni. Alhamdulillah, lokasi hotel depan IPD USJ, banyak kedai makan, KFC, McD, senang cerita semua lengkap, kedai makan bersepah, sebelah masjid lagi. Time kami sampai tu, dah masuk waktu Zohor. Tengah malam kami berdua lapaq, pukul 2 pagi merayau keluar ke McD Taipan (case hantar nasi lemak sebab pengantin lapar). Nak shopping pun tak jauh sangat, Sunway Piramid ada, kecuali stuck dalam jammed. Nina 'book and pay now', tak nak terguna duit untuk belanja di KL, duit tol dan minyak. Receptionist akan mintak deposit sorang RM 50 (akan dipulangkan bila check out nanti).

 
Bilik mandi bersih dan wangi!
 
Air deras, best mandi


Ini bilik bf, no window (dia yang snapkan gambar)


Lelakikan macam ni lah


Toilet di bilik tak ada tingkap, lebih kurang sama


 
Bilik Nina di tingkat 3, kad boleh access pintu masuk ruang bilik dan bilik hotel, ini kerana bilik hotel dan receptionist dalam bangunan yang berlainan, sebelah menyebelah. Kami hanya tengok tempat untuk pekerja rehat dan makan.
 
 
Suasana waktu malam

 
 
Kemudahan di Cottage Inn Hotel :
 
  • Bilik bersih, tak ada bau hapak etc.

  • Toilet bersih (thumps up!)

  • Cermin yang besar di toilet, puas nak belek muka dan make up.

  • Ada water heater.

  • Ada juga TV, almari, peti ais, hanger

  • Nak park di sini kena bayar di mesin autopay, bayar setiap kali nak keluar (per entry).

  • Friendly staff (book and pay now tapi kena bayar deposit bila nak check in, akan dipulangkan).

  • Petunjuk arah kiblat juga disediakan tapi ruang bilik tak muat nak hampar sejadah (pandai-pandai la adjust).

  • Tuala disediakan (2 helai).



Jadi Nina suggest hotel ni kalau nak ke KL. Kiranya bersempadan antara KL dan Selangor. Tak crowded sangat jalan raya macam stay tengah-tengah Bandar KL. Kalau stay dalam KL faham saja lah, malas nak hadap jammed ditambah cuaca hujan. Untuk 1 malam harga dalam RM 78.85 (harga Agoda buat offer).


 


4 comments:

  1. Nasib ada hotel yang masih available lagi ya, kak Nina :D

    ReplyDelete
  2. kalau ada yg x kena dgn hotel tu jerit je panggil polis kt depan hehehheeh

    ReplyDelete
  3. uihs.. berbaloi sangat harga tu dengan kondisi bilik.. Okaylah tu.. Nak makan pun senang..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com