22 Sept 2019

Review Filem : Johnny English Strikes Again

 Assalamualaikum Readers


Selamat hari ahad buat semuaaa! Baru balik dari tengok wayang cerita lakonan Mr. Bean. Tak sia-sia Nina dan tunang layan. Memang tak kering gusi dengan lakonan Mr. Bean. Kalini turn tengok movie di Queensbay Mall sebab waktu tayangan banyak dan dapat seat yang ngam. Hehe. Jangan lupa tengok kerana movie ni box office di seluruh dunia dengan kutipan $159 million. 

Sinopsis :


Agen rahsia Johhny English kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah berasrama penuh di England. Tidak mengejutkan beliau juga mengajar anak muridnya teknik-teknik pengintip yang berjaya, di samping mata pelajaran sain. Kira cikgu 2 in 1. 



PM dan rakan karibnya


Sementara itu di office MI7, seorang penggodam handalan telah berjaya menggodam komputer MI7 dan mendedahkan identiti kesemua agen rahsia MI7. Oleh itu, kerana tiada lagi agen rahsia yang boleh bertugas, Johhny English diambil bertugas semula untuk menyiasat dan menangkap dalang di sebalik penggodam tersebut. Nasib baik data Johhny sudah dipadam kerana berpencen. 


Menyamar jadi chef. Babak kelakar

Tersalah makan ubat

Ophelia - perisik Rusia


Memandangkan Johnny seorang perisik yang ketinggalan zaman dari segi kecanggihan teknologi jadi Johhny terpaksa melaksanakan misinya menggunakan barang-barang lama yang terdiri dari jenis analog. Bolehkah Johnny menyelesaikan tugasnya? Saksikan di pawagam berhampiran.  


🌟🌟🌟🌟


No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com