Bulan May maybe orang lain seronok sambut birthday tapi aku tak seronok langsung, sebelum masuk bulan May pun aku dah banyak masalah. Orang lain seronok tido sampai berdengkur, boleh have fun sana sini, aku habiskan masa sampai ke subuh nak siapkan projek. Tak apalah sebab aku bukan jenis suka buat kerja last minute tapi akhirnya jadi last minute jugak sebab sorang ahli group malas nak buat keja. It's ok aku tolong siapkan bahagian dia untuk projek subjek lain last2 dia burukkan nama aku. Aku dah baik dengan orang sekali buat taik memang aku takkan tolong lagi. Sebab itu ada pepatah melepaskan anjing yang tersepit lepas tu dia gigit kita balik. Mungkin banyak orang tak suka dengan aku tapi kalau aku marah bukan sebab benci tapi nak siapkan keja.
Paling aku sedih bila presentation Multimedia Project Management, group aku ada masalah technical then kena present balik dalam minggu depan. Susah payah buat director tu tapi macam tak berbaloi, paling aku tak boleh lupa laptop masing2 buat hal sampai aku rasa nak campak jauh2. Memang sedih sangat bila buat benda tu sebulan lebih and last jadi macam ni. Aku tengok group selepas aku present keluar dari bilik dengan mata merah. Mana aku tak risau subjek ni paling killer. Dah tak boleh nak fikir aku dapat markah apa, grade apa. Otak aku macam kena format balik untuk diisi dengan nota2 final.
Apa perasaan aku nak masuk sem 5 nanti? hanya Allah saja yang tahu. Sem 5 nanti kebanyakan projek kena individu, so time tu dah tak payah fikir orang lain kot. 5 subjek nak hadapi belum tentu lagi susah payah macam mana. Doa ibu buat hati aku tenang, segala nasihat kadang2 bukan aku ikut sangat tapi mereka yang terbaik. Aku akui aku anak yang nakal tapi aku tetap sayang mereka.
to : Shafiqah Ahmad a.k.a Pika
Terima kasih banyak2, sem nie ko dah banyak tolong aku, sem ni jugak aku keje dating dengan ko sampai ke Kulim semata2 nak siapkan projek yang pecah kepala. Tahan dengan perangai aku yang kadang2 tak dengar cakap. Kalau terkasar bahasa, aku harap ko maafkan eh. Nak tunggu raya lambat lagi.
to : my Junior
Minta maaf banyak2 kalau dalam sem ni nina tak sempat nak bertegur sapa dengan korang, tak sempat nak join lepaking. Bukan sombong tapi terlalu sibuk mengejar masa. Kalau yang terkecil hati tu jangan masam muka. Untungnya sem ni dapat junior yang tersangat ramah. Tengs juga yang jadi adik angkat. Haha, maklum la tak ada adik.
Good Luck semua..lusa dah start exam.
to : my dear Zainul Fariz
Awak saya minta maaf, tak berniat pun nak tipu tapi kerana nak jaga hati saya terpaksa. Saya tahu kadang2 tak mesej or col awak, saya harap awak faham commitment saya. Kalau still marah saya faham. Maybe sebab kita dah lama tak jumpa. 50 days = Almost 2 months awak.
Alahai, siannya.. biasalah,, bila dah buat kerja kumpulan ni.. time ni la nampak belang masing2.
ReplyDeletetapi takpe, usaha kamoo mesti berbalas.
gud luck..
hari tu ade jugak jadi mcm ni bile buat team work. rase mcm lagi senang buat individu.
ReplyDeletebanyakkan sabar okay :)
Bighagenjo : terima kasih dengan kata2 semangat tu :)
ReplyDeletePuteri : individu lg senang sbb tak menyusahkan sape2.. tq :)
ReplyDelete