12 Jun 2014

Maksud GST - Goods and Services Tax?

Salam Readers..


Maksud GST - Goods and Services Tax? Bersediakah untuk GST tahun depan? Bila tengok resit shopping mesti dah ada total GST. Apa itu GST? Sejenis cukai di mana apa saja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itu juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Asasnya jauh lebih luas dari Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang. Cukai GST sebanyak 6% akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015.



GST - Good and Service Tax


Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh negara2 ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah - Value Added Tax (VAT) seperti di Eropah) dan Filipina 10%. Lebih dari 160 negara telah melaksanakan GST dan menunjukkan sistem cukai yang "telus, berkesan dan adil".



GST berdasarkan setiap barang dan peehidmatan


Hanya perniagaan yang mempunyai jualan tahunan (threshold) RM500,000 setahun dikenakan GST. Perniagaan itu mesti berdaftar dengan Jabatan Kastam. Mereka tak boleh lari. Contohnya, McD jual burger, jika jualan tahunan RM 500 k, baru boleh kenakan GST 6% kepada pelanggannya.



Barangan & Perkhidmatan yang dikecualikan GST

GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Barang yang dikecualikan adalah barangan makanan asas (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu & belacan), Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna, perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan (pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah), perkhidmatan pengangkutan (bas, keretapi, ETS, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya), Jual beli dan sewa rumah kediaman dan beberapa perhidmatan kewangan terpilih.



p/s: Makan pizza sekarang dah kena gov. tax 6%



8 comments:

  1. Huhuhu T_T Banyaknya tax sekarang ni..

    ReplyDelete
  2. Cukai is everywhere...banyak kena sedia ni..mentally & physically..he..he

    ReplyDelete
  3. Semuanya nak mencekik duit rakyat.

    ReplyDelete
  4. GST x slh tp kalu nk laksanakan tu jgn la smpi 6% trs...buat sket2...

    ReplyDelete
  5. Moga ramai dapat pencerahan tentang GST nie :)

    ReplyDelete
  6. ready ke tak?benda dah tabled and approved dah..nak tak nak, kena ikut jer laa sambil mengharapkan perlaksaanya tidak membebankan diri..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. gst mesti sgt dirasai oleh mereka yang dah mula mencari duit sendiri...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com