Servis Kurier J&T Teruk! | Nak marah pun tak guna sebab awal-awal dah remind kawan suruh pos album kahwin guna kurier lain sebab J&T branch Gelugor teruk nauzubillah. Patutlah adik ipar bongsu suka merungut barang sampai lewat bla bla. Bila keluar berdua, lalu tepi J&T dia menjerit J&T bodoh berulang kali 😂😂 Memang bengap pekerja, kali pertama beli tudung, call hanya sekali (customer tak angkat call terus tak call semula, bila call tak angkat). Kena pi tuntut dekat ofis. Satu hal pulak, barang letak merata 🤦🏻♀️ Nasib ada orang, kalau tak kena sound dah. Sabaq ada tahap.
Servis Kurier J&T Teruk! |
Tempat korang servis J&T teruk jugak ke? Kalau rasa Pos Laju teruk so far barang tak pernah posmen bagi hilang. Disebabkan sabtu lepas, gerak pi KL dengan fam in law, ingatkan pos album ke rumah MIL selamat lah rupanya tidak 😡 Sampai malam Isnin, suami bawa balik rumah dengan barang basah kuyup. Kalau iman tak kuat, nak saja pi ofis marah ke maki ke. Dah tau orang tak ada rumah, barang main lempar 😒 Ingat lempar cakera kat sekolah. Alhamdulillah, kawan Nina cerdik, dia wrap banyak kali sebab takut rosak. Harap pendrive tak masuk air.
Amboi sampai lempar. Bukan kena ada orang terima ke?
ReplyDeleteSaya di sini alhamdulillah ok sahaja untuk Pos Laju. J&T pula saya tidak pasti.
So far J&T okay je kat sini. Tengok tempat dan pekerja tu juga kot Nina kan. Harap dorang dapat jaga service dorang. Kalau banyak complain memang orang beralih arah lah guna courier lain. Harap barang Nina okay. Nangis kita kalau barang rosak. huhu
ReplyDeletemasa PKP hari tu memang slow ya amat. siap komplen kat J&T HQ, baru barang sampai. tapi sekarang dah okay area kulim ni. since diorang hire part time/ freelance. kadang2 lagi cepat daripada pos laju.
ReplyDeleteNasib baik kawan nina tu cerdik ye. Lain kali pakai ninja van. Ok jugak
ReplyDeletenasib baik xpecah ka apa ka nooooo
ReplyDeletetu yg penting balut dgn plastik tu