29 Apr 2022

The Alley Brown Sugar Deerioca Creme Brulee

 Assalamualaikum readers


Sedap Ke The Alley Brown Sugar Deerioca Creme Brulee | Lama tak minum air ni, ini antara minuman boba yang pertama Nina minum sebab masa tu SIL bongsu belanja (baru lepas tunang) bertarikh 25 Ogos 2019 😂 Suatu ketika dulu sebelum covid datang air ni viral sebelum Xing Fu Tang sampai Malaysia. 


The Alley Brown Sugar Deerioca Creme Brulee

RM 14 satu cup


Bukan sejenis peminat boba! Kalau minum Tealive (orang belanja) boba mesti buang minum susu saja. Tapi air ni memang sedap! Suka apa saja yang berasaskan creme brulee. Masa SIL ajar minum pun rasa teruja. Cucuk straw sampai ke dasar cawan, then sedut dulu pearl dengan air yang suam-suam kat bawah tu. Wallawehh, sedap! Lepas tu baru la kacau air tu. 


Setakat ni layan Tealive sahaja. Yang lain owner cina


Tapi kan Nina dah insof sekarang ni tambah-tambah dah ada anak. Nak makan sesuatu tu pastikan halal toyyiban. Kadang di Penang ni, pekerja melayu tapi owner cina. Tak boleh terjah gitu. Apa pun support lah bisnes orang kita.


12 comments:

  1. Tak pernah cuba lagi sebarang minuman The Alley, kurang gemar sebenarnya minuman boba. Betul tu nina, kena check dulu.

    ReplyDelete
  2. zaman tgh viral air boba..pernh juga minum the alley..tu pn kwn yg order..sedap juga

    ReplyDelete
  3. abe kie x bape suka minum bobba sbb manis sgt. maklum la kita ni dah berpenyakit. huhuhuh....

    ReplyDelete
  4. Pernah minum sekali je. Saya suka yang legend.. Cool Blog.

    ReplyDelete
  5. Saya pulak dulu suka Daboba roasted brown sugar pearl fresh milk sebab ada creme brulee jugak. Sebenarnya tak bagus minum boba tea ni sebab kandungan gula terlampau tinggi. Tapi kalau orang belanja kita minum je hehe.

    ReplyDelete
  6. Mencari yang halal itu fardhu.. Alhamdulillah..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir dan Batin

    ReplyDelete
  7. sy try sekali je. kebetulan the alley ni keluarkan fruit yogurt. laa ni x tau laa ada lg ke x

    ReplyDelete
  8. yaya peminat Tealive jugak. coolblog pun ok jgk.paling mura..hhehe tp ofkos rasa xsama mcm tealive =p

    ReplyDelete
  9. manis sangat x? turn off kalau terlebih manis

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com