28 Feb 2025

Bawa Anak Ke Aquaria KLCC

Assalamualaikum readers


Bawa Anak Ke Aquaria KLCC | Sambungan ke KL bulan lepas, sebelum checked in kat sini, kami sampai terus tuju ke Aquaria, alang-alang Harraz pun baru bangun tidoq. Nak book tiket thru Klook, hubby tak bagi, jadi tiket mahal sikit kalau beli di kaunter. Ingatkan datang hari weekdays tak ramai, sangkaan meleset ramai dengan tourist overseas (Arab, India, Eropah).



1st time masuk sini, teruja jugak compare dengan Underwater World Langkawi. Dapatlah anak kenal dengan haiwan, ikan, serangga yang ada. Nak tengok show tapi tak mula lagi, kot lah boleh tengok kakak Emma Maembong jadi ikan duyung. Tak pasti dia ada lagi ke tak.



Dairy Cow Isopod

Central Bearded Dragon - lizard from Australia



Dalam bebola kaca ni ada ikan macam ikan emas




Peta Aquaria


Harga tiket (weekdays & pemegang Mykad/Mykid)

Dewasa : RM 52
Kanak-kanak : RM 42


Orang Malaysia nak tengok ikan Piranha, kat sinilah tempatnya. Tengok gigi pun seram. Duration kami habiskan masa dalam sejam lebih termasuk beli souvenir. Rambang mata nak beli sebab comel. Worth it bawa anak, asalkan anak seronok, bertambah rezeki. Aaminnn...

27 Feb 2025

Makan Di Daily Coffee

Assalamualaikum readers


Makan Di Daily Coffee | Daily Coffee adalah salah satu restoran yang makin rancak pembukaannya di serata negeri. Berkonsepkan garden dan modern, pelbagai pilihan makanan, air dan dessert, siap ada tumbler jenama sendiri macam Starbucks, Zus.


Kek coklat ni agak keras sikit texturenya, kalau kek ada cheese, semuanya lembut termasuk tiramisu.

Spaghetti Carbonara Mushroom - RM 19.90 add on cheese - RM 2.50

Puas hati makan, cheese banyak, secukup rasa


Terus terang harga makanan agak pricey. Sesiapa nak mencuba, boleh tengok dulu harga menu sebab harganya untuk satu menu kalau add on telur atau cheese ada penambahan harga. Suka dengan sistem order makanan Daily Coffee sebab customer boleh custom made minuman ikut kemanisan dan makanan especially orang yang tak makan sayur.


Makanan ada keju jadi faveret




Restoran ni sediakan wifi, sambil makan boleh lepak, sembang berjam-jam atau duduk sambil buat kerja siap ada bilik untuk solat. Alhamdulilah. Jangan lupa install apps Daily Coffee dan daftar sebagai ahli, boleh collect point, ada rewards untuk membership dan macam-macam lagi. Untuk menu boleh tengok sini

25 Feb 2025

Cetak Gambar Dengan Photobook

Assalamualaikum readers


Cetak Gambar Dengan Photobook | Semua orang suka selfie, simpan beribu gambar dalam fon. Dengan Photobook, mudah nak print gambar. Nina suka simpan hardcopy. Kenangan dari kecik arwah mak abadikan dalam album. Bila dah ada keluarga ni, terikut macam dia.


Sudah 3 kali print dengan Photobook


Cara-cara nak print untuk beginner. Sebelum tu korang edit lah gambar cantik-cantik dulu. Boleh ikut step ini. Click sini




Mudah tau dengan Photobook, sebelum print, boleh edit dulu gambar dalam website/apps. Harga bayaran pun ikut pada jenis kertas dan bilangan gambar yang di print. Yang penting affordable! Postage pun laju. Untuk Indonesia dan Singapura tak pasti available atau tak. Untuk info boleh tengok di website. Selamat print ya.

12 Feb 2025

The Raw Daily Ceramide Moisturiser

Assalamualaikum readers


The Raw Daily Ceramide Moisturiser | Tertarik dengan packaging The Raw dan ia produk local dan dihasilkan oleh ahli farmasi, orang melayu sendiri. Banyak review yang bagus dan sangat sesuai untuk jenis kulit kering. Moisturiser ini bebas dari alkohol dan pewangi.


The Raw Daily Ceramide Moisturiser

Beli di TikTok - RM 36.55 (30 ml)


The Raw ciptakan moisturiser yang mencegah dan memperbaiki kerosakan pada skin barrier. Skin barrier yang sihat = kulit yang lembab, lembut dan anjal. Tekstur moisturiser ini gel cream yang sangat mudah untuk absorb dan finishing agak lembab. Ada bau medicated scent, macam bau hospital tapi tak lama, lepas tu hilang.


Packaging sangat eksklusif




Hasilnya bila dah lama pakai boleh nampak kulit makin baik, berkilat, improved skin barrier serta lebih lembab secara keseluruhan kulit muka. Sebelum makeup pakai moisturiser ini dan muka tak kering, makeup tak bercapuk. Packaging bentuk tube dengan flip cap supaya mudah dibawa ke mana-mana sahaja tanpa risiko tertumpah. Satu tiub boleh pakai beberapa kali dalam sehari dan tahan selama 2 bulan. Sangat recommended kecuali untuk oily face :)

1 Feb 2025

Review Filem Sumala (2024)

Assalammualaikum readers


Review Filem Sumala (2024) | Filem ni di pertengahan mula terasa seram. Permulaannya sedih tengok hidup Kumala yang tidak disayangi oleh ibu bapanya. Mengharapkan kasih sayang orang gaji. Di adaptasi dari lagenda seram yang berlaku di daerah Semarang, Jawa Tengah.



Sinopsis :


Mengisahkan tentang Soedjiman dan Sulastri, sepasang suami isteri kaya yang mempunyai ladang jagung di desa terpencil itu pada tahun 1948. Kebahagiaan mereka diuji apabila 11 tahun perkahwinan masih belum dikurniakan anak. Soedjiman yang semakin terdesak mula mengugut Sulastri - jika dia tidak mengandung dalam masa terdekat, perkahwinan keduanya bakal menjadi kenyataan.




Tertekan dengan ugutan suaminya, Sulastri berjumpa bomoh ilmu hitam dan membuat perjanjian dengan iblis. Sulastri bakal melahirkan anak kembar - seorang lahir jelita dan baik budi, seorang lagi hodoh dan nakal. Mereka wajib membesarkan kedua-duanya dengan kasih sayang sehingga berumur 10 tahun. Selepas itu, anak yang hodoh akan diambil oleh iblis dan sebagai balasan, seumur hidup mereka akan bahagia. Jika gagal penuhi perjanjian, malapetaka akan menimpa keluarga mereka.


Tanpa berfikir panjang, Sulastri menerima syarat itu dan ritual dijalankan. Tiba waktu kelahiran, Soedjiman melihat wajah bayi bernama Sumala yang hodoh itu dan membunuhnya. Kembarnya, Kumala membesar sebagai gadis yang cantik namun dia tak sempurna. Kecacatan itu tak dapat diterima Soedjiman, rasa malu membuatkan dia tidak membenarkan Kumala rumah.


Kumala diseksa

Sumala rasuk Kumala untuk bunuh kanak-kanak yang membuli dan mengejek kembarnya


Beberapa tahun berlaku, Kumala membesar dengan kemarahan yang membara di dalam hati. Soedjiman dan Sulastri mula kejam dan menyeksa anak mereka. Kumala dihina dan dijauhi oleh ibu bapanya sendiri. Segalanya berubah pada hari ulang tahun ke 8, Sumala yang sudah mati datang dalam hidup Kumala untuk membalas dendam.


🌟🌟🌟🌟/10

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com